
Bermula sekadar suka-suka, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka meniaga buah durian di tapak car boot sales mampu menjana pendapatan lumayan buat dirinya, Manakan tidak, hanya dalam tempoh 5 jam saja, Aliff Syukri dapat menjana keuntungan sebanyak 50k dalam tempoh 5 jam.
Kata Aliff sebelum ini dia sering memberikan durian secara percuma sahaja namun kerana lambakan buah tersebut membuatkan dia terfikir untuk menjual saja, dan memilik lokasi Kota Damansara, Selangor sebagai tapak meniaganya.
Berkata kepada Mstar, “Saya jual di tapak car boot, buka meja meniaga dan tidak sangka dalam 30 minit jualan saya cecah RM3,000. 5 jam dapat RM50,000.
“Saya terkejut… Ya Allah banyaknya, padahal saya dah sedekah, yang jual itu hanyalah durian yang saya tidak tahu nak bagi siapa lagi.
“Selepas itu saya terfikir nak jual secara serius pula,” jelasnya. Akui terkejut, Datuk Aliff Syukri tidak menyangka yang menjual buahan-buahan bermusim seperti durian mampu memberikan keuntungan lumayan.
“Syukur sambutan durian hasil tanaman sy dah berhasil.. 3hari berniaga hasil memang best…”, jelasnya di dalam salah satu hantaran di Instagramnya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Akibat Suami Suka Tukar Beli Kereta Lama-Lama Wanita Ini Ceburi Bisnes Kereta MEWAH

Ini yang orang kata rezeki tak pernah salah alamat. Siapa sangka bermula daripada hobi sehingga boleh menjana pendapatan lumayan. Seronok melihat kejayaan yang dikecap oleh wanita cantik ini setelah berkecimpung dalam perniagaan kereta mewah. Sememangnya tak ramai wanita yang menceburi bidang ini.


Walaupun sudah berjaya dalam bidang yang diceburi namun wanita yang mempunyai nama sebenar Siti Azwani Abu Bakar ini tetap merendah diri. “Masih banyak perkara yang saya kena belajar lagi,” tutur wanita yang mesra digelar Meme ini memulakan bicara.


Sedar tak sedar sudah 8 tahun Meme mengusahakan perniagaan kereta mewah ini bersama-sama suaminya. Malah sikap suaminya yang sukar tukar dan beli kereta telah menjadi pencetus kepada pasangan sama cantik sama padan ini memulakan perniagaan ini.

“Bisnes itu saya usahakan bersama-sama dengan dengan suami. Kami berdua terjebak dalam perniagaan ini secara tak sengaja. Dulu suami dan mentua suka sangat tukar dan beli kereta. Jadi boleh dikatakan tiap tahun nak beli kereta baru.

Waktu tu saya dan suami sama-sama masih bekerja di syarikat keluarga mentua. Jadi bila dah minat kereta, suami terfikir untuk mengusahakan sendiri perniagaan kereta. Akibat asyik beli kereta, jadi lebih jimat kalau boleh beli sendiri,” bicara wanita yang berusia 36 tahun ini.

Membina syarikat sendiri sudah tentu banyak cabaran yang terpaksa diharungi oleh wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini. “Ketika di awal-awal dahulu memang banyak cabarannya. Dengan tak ada ilmu, modal dan Approved Permit (AP) pun tak ada terpaksa guna orang lain punya. Kami memang bermula dari zero,” terang Meme tentang cabaran awal memulakan perniagaannya dahulu.

Sebagaimana ahli perniagaan lain, Meme juga tidak terkecuali terkesan dek pandemik COVID-19 ini. “Serangan pandemik COVID-19 ini menyebabkan usahawan termasuk saya melalui saat sukar. Ini disebabkan tiada jualan. Walaupun syarikat perbankan dibuka tapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tutup. Oleh itu, pelanggan tak boleh nak daftar kereta,” katanya.

Pengalaman banyak mengajar wanita ini untuk terus maju dalam bisnes kereta ini. “Saya banyak belajar melalui pengalaman. Saya belajar sendiri, sambil buat kerja tu sambil belajar,” ujar Meme yang gembira apabila berjaya mendapat AP sendiri pada tahun lalu.

Melihat kecantikan milik ibu kepada 4 orang anak ini, terlintas untuk bertanya petua kecantikannya. “Saya percaya kecantikan itu bermula dari dalam diri. Saya amalkan minda positif. Kena sentiasa fikir positif tentang apa sahaja. Sebab bila minda negatif akan membuatkan aura tak bagus untuk diri. Kemudian akan timbul stres, tak boleh tidur malam dan sebagainya.


Selain itu saya wajib cuci muka, 2 kali sehari. Saya tak pernah lupa pakai sunblock dan krim pelembap. Kalau nak kulit wajah yang cantik kena rajin belai kulit. Produk memang membantu tapi pokok pangkal berbalik pada diri. Bagus macam mana sekali pun produk itu kalau tak amalkan takkan bagi hasil yang baik,” terang ibu kepada Natasya, 17 tahun, Qistina, 14 tahun, Haseev, 9 tahun dan Hazeeq, 2 tahun.
*Nak cari produk cantik boleh tengok kat sini tau!
Yoo In Na Aktres K-Drama Goblin & Snowdrop, Jiwa Pemurah Derma 230 Juta Won

Bagi peminat drama Korea sudah pasti mengenali selebriti dan pelakon cantik yang diberi nama Yoo In Na ini. Pelakon wanita ini pernah mencipta fenomena apabila muncul dalam drama Goblin bergandingan dengan Lee Dong-Wook.
Nama selebriti cantik ini kembali menjadi sebutan apabila muncul dalam drama Korea, Snowdrop yang baharu sahaja melabuhkan tirainya.

Drama yang disiarkan di Disney Hotstar ini ternyata mendapat tempat di hati peminat k-drama sementelah dibarisi dengan pelaokn yang hebat termasuk pelakon utamanya iaitu Jisoo Blackpink.
Dalam drama Snowdrop ini, Yoo In Na membawakan watak sebagai Doktor Kang Chung-Ya seorang perisik dari Korea Utara yang bermain cinta dengan orang atasan parti di Korea Selatan.

Kalau dah berbakat kan, beri watak apa sahaja pasti akan menjadi. Ramai yang masih belum move on dengan drama yang mempopularkan kembali lagu One Way Ticket nyanyian Eruption.
Bukan hanya memiliki rupa paras yang menawan semata-mata, wanita yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 pada 5 Jun nanti juga seorang yang dermawan.

Memulakan dunia lakonan sejak tahun 2006 nyata pendapatan yang dimilikinya telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Yoo In Na dikatakan sering berbagi rezeki dan khabarnya telah menderma sejumlah 230 juta Won (USD&195,566.72) kepada Pertubuhan Kanak-kanak Cacat Pendengaran selama tiga tahun berturut-turut.

Beruntung Pertubuhan Kanak-kanak Cacat Pendengaran yang diberi nama Snail of Love itu. Sejak tahun 2019 pelakon ini telah menyokong pertubuhan tersebut melakukan pembedahan koklea buatan untuk kanak-kanak cacat pendengaran.
Dilaporkan, dengan jumlah derma yang telah dihulurkan oleh pelakon ini, seramai 20 orang kanak-kanak cacat pendengaran telah melakukan pembedahan untuk membantu mutu pendengaran yang lebih baik lagi.

Mulia sungguh hati aktres yang pernah menjadi DJ sejak tahun 2011 hingga 2016 ini. Aktres ini juga khabarnya pernah menghulurkan derma kepada pertubuhan kebajikan Cochlea of Love.
Tidak hanya menderma kepada pertubuhan kebajikan tersebut pelakon yang pernah memenangi beberapa anugerah ini juga dikatakan pernah menderma kepada mereka yang terkesan dengan banjir di Korea Selatan.
“Air Tangan Ibu Sangat Berkat Dalam Kehidupan Seorang Anak” Datin Belina Didik Anak Makan Bersuap

Menarik perkongsian Datin Belina Abdul Hamid yang mesra disapa sebagai Datin Belina ini. Maka tak hairanlah anak-anak sangat akrab dengannya walaupun beliau menyifatkan dirinya seorang ibu yang tegas.
Berusia 34 tahun, Datin Belina merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Shahputra Nasri berusia 10 tahun, dan sepasang anak kembar perempuan iaitu Shahirah Safiyya dan Shahirah Silfiyya, masing-masing kini berusia enam tahun.
“Setiap hari saya akan suapkan makan semua anak dengan tangan seperti mana yang diajar oleh ibu saya sendiri. Amalan ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang dan ikatan adik beradik.
Alhamdulillah berkat amalan itu hubungan saya dan adik beradik akrab sampai ke hari ini. Itulah yang cuba saya terapkan terhadap anak-anak agar keakraban itu kekal sampailah mereka dewasa nanti.
Saya percaya air tangan ibu sangat berkat dalam kehidupan seorang anak. Walaupun ada pembantu rumah tetapi memasak dan menguruskan anak-anak tetap menjadi tugas utama saya. Ini juga antara pesanan ibu saya sejak kecil.
Selain memasak, jangan kedekut dengan jiran tetangga. Selalunya saya akan masak lebih untuk sedekah kepada jiran-jiran. Sama-sama kongsi rezeki.”
Datin Belina turut mengamalkan solat berjemaah setiap hari bersama suami dan anak-anak.
DIDIK ANAK HIDUP BERSEDERHANA
Saya dan suami menerapkan cara hidup Islam dalam mendidik anak-anak. Kami banyak membaca dan merujuk buku-buku berkaitan cara-cara didikan Islam termasuk amalan Rasulullah SAW.
Manakala dari segi pendidikan pula kami sangat tegas. Kalau waktu bermain mereka bebas bermain tapi kalau waktu belajar mereka perlu fokus betul-betul. Saya seorang ibu yang sangat tegas maka anak-anak mudah mendengar kata.
Satu lagi didikan kami ialah mengajar anak-anak agar tidak bermewah-mewahan. Kami ajar anak-anak bagaimana susahnya untuk mendapatkan sesuatu. Kena usaha sendiri dan hidup bersederhana.
INSPIRASI WANITA LAIN
Untuk masa depan anak-anak, saya dan suami mendoakan agar mereka berjaya dalam apa jua bidang yang diminati.
Sebagai ibu bapa kami tak boleh memaksa asalkan mereka menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.”
Walaupun bergelar suri rumahtangga sepenuh masa, Datin Belina turut menjadikan wanita lain sebagai sumber inspirasi terutama wanita yang bekerja.
Apa yang membuatkan Datin Belina kagum ialah kebolehan mereka dalam menguruskan hal kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Kredit Foto: Instagram belina_hmd