Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique gembira apabila dapat meraikan anak-anak yatim dan asnaf pada Majlis Raikan Syawal PTTI di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor, kelmarin.
Iman, 21, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, penganjuran majlis itu sedikit sebanyak menceriakan hari penghuni rumah kebajikan itu yang jarang-jarang dibuat untuk mereka.
“Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih. Tentu saja sambutan ini menggembiran adik-adik di situ. Jelas kelihatan keceriaan pada raut wajah masing-masing.
Ads
“Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI juga turut menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.
“Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, di PTTI apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.
Ads
“Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah,” katanya.
Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah daripada PTTI.
Ads
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan guru-guru PTTI sempena Hari Guru. Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 17 tahun dalam kalangan anak-anak yatim dan golongan asnaf.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam menangani pandemik COVID-19, nampaknya bukan netizen Malaysia saja yang memuja kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Figura yang diangkat sebagai Our National Hero itu juga kini tersenarai sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini dunia atas ketangkasan beliau menangani krisis wabak di negara ini.
Memetik kata-katanya:
It is not about me. What is important at the moment is what we can do together as one for (the nation to break the chain of the) COVID-19 (transmission).
Dr. Noor Hisham pernah berkali-kali menyatakan bahawa bukan gelaran atau sanjungan yang dicari. Beliau sebaliknya menekankan misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu membendung penularan Coronavirus dengan secepat dan sebaik mungkin.
Pengiktirafan tiga doktor terbaik dunia ini diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Dr. Anthony Fauci, 79 tahun, merupakan wajah utama Amerika dalam menentang wabak COVID-19 di negara tersebut. Setiap hari beliau muncul di sidang akhbar White House bersama Presiden Donald Trump untuk mengemas kini perkembangan semasa. Dr. Ashley Bloomfield, 54 tahun, merupakan lelaki terpenting di sebalik pembendungan wabak COVID-19 di New Zealand. Beliau menjadi tumpuan dan kesayangan rakyat di negaranya kerana selalu bersifat tenang serta meyakinkan.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Tenang Tapi Tangkas
Nona juga pernah menyiarkan pelbagai jasa serta sumbangan Dr. Noor Hisham sebagai salah seorang frontliners kerajaan. Baca artikel tentang beliau di sini.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Dr. Noor Hisham kerap dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka gadis muda dari Sweden, Greta Thunberg ini mampu menggegarkan dunia dalam usahanya membela hak asasi manusia khususnya di Gaza. Lantang bersuara dalam isu melibatkan alam sekitar dan kemanusiaan, Greta yang kini berusia 22 tahun menjadi antara tulang belakang kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Lebih mengejutkan, Greta didiagnos menghidap sindrom Asperger iaitu satu bentuk autism ketika berumur 11 tahun.
Yang pasti, GSF bukan misi pertama disertai Greta Thunberg. Sebaliknya dia pernah turut serta dalam misi flotilla menggunakan kapal Madleen dan ditahan tentera Israel ketika hampir ke perairan Gaza pada Jun lepas.
Penahanan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat Greta untuk berjuang demi rakyat di Palestin. Dia kembali mengatur strategi memecahkan kepungan haram Israel menerusi GSF yang melibatkan lebih 500 aktivis dari 44 negara.
Memetik laporan media antarabangsa mengenai penahanan Greta Thunberg baru-baru ini, dia dilayan dengan sangat buruk oleh pihak berkuasa Israel ketika berada di penjara.
Menurut aktivis GSF yang telah dibebaskan, Greta bukan hanya diseret dan ditarik rambut. Malah diletakkan dalam troli, dipaksa merangkak dan mencium bendera Israel sebagai propaganda rejim berkenaan.
Selain memperjuang hak asasi manusia, figura berpengaruh dunia ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa atas tindakannya meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan alam sekitar.
Khabarnya, Greta mula mempelajari perubahan iklim pada usia lapan tahun dan menunjukkan minat mendalam terhadap isu berkenaan.
Atas keberanian itu, dia sering diundang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan meraih perhatian serta pujian masyarakat dunia. Pun begitu, Greta turut tidak terlepas daripada kecaman dan kritikan daripada tokoh politik.
Sebelum ini, dia pernah menyatakan bahawa misi GSF tidak sepatutnya wujud kerana ia menunjukkan kegagalan dunia menangani isu kemanusiaan sebelum menjadi sangat parah.
Ujarnya lagi, misi flotilla tidak sekadar menghantar bantuan keperluan asas dan ubat-ubatan. Sebaliknya ia mempunyai nilai simbolik lebih besar untuk menyatakan solidariti global, mencabar kekebalan rejim haram yang bertindak di luar undang-undang antarabangsa dan menuntut perhatian dunia terhadap kesengsaraan berpanjangan di Palestin sejak berdekad lamanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, tahniah buat Datuk Latif Romly dan Datin Nabila yang bakal jadi ibu bapa tidak lama lagi! Patutlah isteri kepada atlet paralimpik berkenaan kelihatan makin cantik dan berseri-seri, rupa-rupanya sedang berbadan dua. Alhamdulillah!
Perkongsian terbaharu suri hati kesayangan Datuk Latif ini di media sosial nyata mengejutkan ramai pihak.
Bijak menyembunyi perubahan diri daripada diketahui umum, foto terkini Datin Nabila bercuti dengan suami tercinta di sebuah pantai peranginan menarik perhatian warga maya.
Menerusi foto berkenaan, dia anggun mengenakan gaun labuh bercorak bunga-bungaan kuning dan hijau lengkap bertopi serta berkaca mata hitam. Namun paling mencuri tumpuan apabila jelas kelihatan baby bump Datin Nabila!
Rata-rata mereka yang melihat gambar tersebut menzahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah.
Tanpa berselindung, pendidik berusia 28 tahun ini menyertakan kapsyen, “Love, Mommy & Daddy.”
Bagaimana pun, Datin Nabila mahupun Datuk Latif Romly tidak mendedahkan usia kandungan.
Meskipun berkahwin pada usia muda namun kedua-duanya matang menjalani alam rumah tangga.
Usia Perkahwinan Datuk Latif & Datin Nabila
13 Disember nanti usia perkahwinan Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi bakal menginjak tiga tahun. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya detik hari bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri.
Bahkan, ia juga merupakan hari lahir wanita kesayangan atlet para tersebut.
Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif Romly, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.
Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila pernah mendedahkan mereka mula berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Semoga Datin Nabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rumah tangga di samping Datuk Latif Romly sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.