Kata orang, masakan ibu pengikat kasih sayang. Dan kerana seni memasak itu sering dikaitkan dengan wanita, Majalah Nona meninjau kemahiran wanita VIP di dapur ketika mereka menyiapkan hidangan kegemaran keluarga.
Meskipun majoriti wanita kenamaan mempunyai pembantu atau tukang masak sendiri, namun kemahiran memasak mereka juga tidak kurang hebatnya. Seperti wanita lain, golongan rich and famous ini juga mewarisi bakat memasak dari ibu masing-masing, malah ada yang sanggup menyertai kelas memasak di luar negara demi minat di dada.
Sesekali tengok personaliti VIP Nona menyinsing lengan baju, menumbuk cili, menggaul rendang dan tomyam… aduh, terangkat selera dibuatnya! Banyak juga petua dan tip yang dikongsi, selain kesempatan meninjau dekorasi dapur mereka yang serba mewah.
Rancangan video yang diterbitkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd ini mula bersiaran setiap bulan di saluran YouTube dan Facebook rasmi Majalah Nona. Menariknya, penonton dapat mendekati sisi sebenar wanita kenamaan yang dipaparkan, inspirasi gaya mereka di dapur berbanding hanya berpenampilan cantik dan elegan semata-mata.
Ads
Ads
Ads
Video masakan berdurasi sekitar 10-15 minit ini dihoskan oleh Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak secara santai dan bersahaja. Beberapa personaliti VIP yang pernah ditampilkan adalah YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham dan Puan Seri Nooraisha Farizan.
Selama 33 tahun di pasaran, jenama majalah gaya hidup berbahasa Melayu, Nona, terus menjadi pilihan wanita di Malaysia. Dari helaian majalah ke layar digital, Nona versi online kini terus melengkapi lifestyle wanita moden. Layari YouTube Majalah Nona untuk pelbagai lagi video menarik dan menginspirasikan.
Selamat menonton!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahu, beruntungnya Shireen Sungkar dikurniakan seorang lelaki yang sangat menjaga peribadi dan aurat isteri tercinta. Tidak pernah lelah mengajak isteri ke arah kebaikan sejak perkenalan hingga bergelar suami isteri… usaha Teuku Wisnu akhirnya berhasil apabila adik Zaskia Sungkar ini terbuka hati untuk berhijab.
Menceritakan detik manis itu dalam sebuah program televisyen di Indonesia, Shireen mengakui pada mulanya dia rasa amat berat untuk mengenakan hijab kerana belum bersedia selain takut tawaran lakonan dan kerjaya seni terjejas kerana penghijrahan tersebut.
“Keputusan untuk berhijab memang permintaan dari suami kerana dia adalah imam saya dan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya nanti. Sejujurnya, sejak dari kecil lagi saya sudah dididik memakai hijab dan bapa saya juga sudah penat menasihati supaya menutup aurat… kerana sekejap pakai, sekejap tanggal.
Selepas bernikah tentunya tanggungjawab bapa itu tadi dilepaskan ke suami. Saya pula tak pernah terfikir akan berhijab secepat ini. Dulu bila suami tanya bila mahu bertudung, saya akan berdolak-dalik dan selalu beritahu akan berhijab bila sudah ada anak atau minta dia tunggu lagi sebab belum terfikir,” telus aktres cantik ini.
Menurut Shireen, suaminya Teuku Wisnu mula berubah ke arah kebaikan ketika mereka masih berpacaran. Katanya, Wisnu sudah enggan kerap bertemu dan menolak untuk bersalaman dengannya seperti sebelum ini. “Saya bersyukur dapat imam yang sangat tahu bagaimana untuk mengajak wanita iaitu isteri ke arah lebih baik. Iyalah, wanita kan tidak suka dipaksa-paksa dan ditegur secara kasar.
Sebagai orang yang terlibat dalam industri hiburan, tidak mudah untuk saya mahu terus bertudung. Kerana saya harus melupakan banyak job dan karier yang menuntut agar tidak berhijab. Lagi pula ketika itu tengah berada di atas. Tapi suami ajar ke arah itu perlahan-lahan.
Balik dari menghadiri kelas agama, dia akan cerita tentang tudung lagi. Dia takkan pernah berhenti ajak saya berubah. Misalnya, lepas sembahyang dan nampak saya masih pakai telekung… dia akan puji cantik sangat tutup aurat dan pakai tudung. Hingga saya jadi hilang kata-kata.”
Sah bergelar suami isteri pada tanggal 17 November 2013… Shireen bagaimana pun terdetik untuk mengubah penampilan diri bukan saja dari segi luaran tetapi juga dalaman kerana tidak mahu mengheret suami tercinta ke jalan kebinasaan di akhirat kelak.
“Suatu hari saya mengikuti ceramah agama yang mengatakan tentang betapa besarnya tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga. Saya mula rasa tak adil dan sedih bila nanti di akhirat suami terpaksa masuk neraka kerana kesalahan isteri. Tak adil bagi Wisnu kerana dia sudah berhijrah menjadi lebih baik tapi hanya kerana sikap saya yang tak mahu berubah, dia yang akan terima balasannya.
Dia sudah tegur, menasihati dan mendoakan saya. Apa yang membuatkan saya sedih dan terdetik untuk segera berhijab bila suami menangis dan berkata, “Sayang, aku tak mahu masuk syurga sendirian. Aku tak mahu lihat isteri yang aku cintai masuk neraka gara-gara aurat. Aku mahu masuk syurga bersama-sama isteri aku.”
Ya Tuhan, sampai begitu sekali rasa kasih dan sayangnya Teuku Wisnu terhadap Shireen. Dia bukan hanya memikirkan tentang nasib dirinya di akhirat tetapi turut mahu membawa isteri tercinta melangkah masuk ke syurga Allah. Sesungguhnya, hidup berpasangan itu cukup indah apabila kedua-duanya saling mengejar perintah dan ganjaran Yang Maha Esa.
https://www.instagram.com/p/BzLEytFn9_f/
“Saat saya memikirkan wang dan tawaran yang terpaksa dilepaskan bila sudah berhijab, suami dengan tegas berkata yang wang boleh dicari tapi takkan tahu sampai bila umur kita dan takut tak sempat berubah. Dalam ceramah yang saya hadiri, ada juga ustaz mengingatkan supaya jangan sampai kerudung yang dipakai itu adalah pertama dan terakhir ketika dikafankan.
Apa yang penting untuk saya sampaikan di sini ialah kebahagiaan bukan datang dari wang. Ajaibnya, lepas bertudung… wang datang dengan sendiri dari arah yang tak disangka. Begitu juga tawaran berlakon yang saya sama sekali tak sangka.”
Hasil perkongsian hidup selama hampir 6 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Teuku Adam Alfatih, Cut Hawa Medina Alfatih dan Cut Shafiyyah Mecca Alfatih.
Kredit foto: Instagram Shireen Sungkar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik menawan, handal bersukan dan menjadi harapan negara masing-masing, atlet wanita yang berjuang dalam Sukan SEA 2017 kali ini tentunya meletakkan seluruh tenaga untuk memenangi pingat yang diimpikan.
Jadi sambil-sambil menonton upacara pembukaan rasmi temasya Sukan Sea 2017 tu, ayuh semak tiga atlet wanita ini yang paling mencuri tumpuan Nona.
(a) Sirivannavari Nariratana
Sirivannavari Nariratana merupakan puteri Raja Thailand saat ini, Vajiralongkorn, atau cucu mendiang Raja Bhumibol. Pada tahun 2008, kerabat raja ini pernah tersenarai dalam daftar ke-16 sebagai The 20 Hottest Young Royals oleh Forbes.
Bermula dengan sukan badminton dan pernah menyumbangkan medal emas di acara badminton beregu wanita pada Sukan SEA 2005, kini beliau mewakili acara olahraga berkuda pula untuk sukan kali ini.
Bersama kuda yang diberi nama Prince Charming, Sirivannavari mewakili negaranya, Thailand pada Sukan SEA 2017 ini.
(b) Farah Ann Abdul Hadi
Farah Ann Abdul Hadi, 23, anak kelahiran Subang Jaya dan merupakan adik kepada perenang synchro negara, Katrina Ann.
Dua tahun lalu, nama Farah Ann viral selepas mempamerkan prestasi memukan dan meraih banyak pingat dalam Sukan SEA 2015.
Pernah terpalit kontroversi tentang bajunya yang terdedah sewaktu itu, atlet jelita itu kini tekad membuktikan kehandalan dirinya dalam acara gimnastik.
Selain memiliki rupa paras yang sangat cantik, seluruh rakyat Malaysia juga meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Farah Ann mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA 2017.
(c) Lindswell Kwok
Cantik dan lincah, inilah atlet wushu Indonesia yang berasal dari Medan, Sumatera. Nama Lindswell Kwok pernah menjadi sebutan apabila meraih dua pingat emas dalam acara sukan wushu di Sukan SEA 2015. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pendakwah terkenal yang juga usahawan ini sering melayani dan menyantuni isterinya dengan penuh kasih sayang.
Bertuahnya Dr Husna dikurniakan seorang suami yang bukan sahaja bergelar ustaz ternama bahkan suami dan bapa yang penyayang, bertanggungjawab.
Hari ini, 23 Ogos 2023 genaplah 11 tahun Dr Husna atau nama penuhnya Dr Husna Mohd Zahry bergelar suri hati kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki yang sangat comel serta bijak iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.
NONA tertarik dengan hantaran video ringkas yang telah dimuat naik Ustaz Don di Instagram peribadinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka ini.
Ayat-ayat yang dititipkan buat isteri tersayang juga sangat romantik!
“Dinda Mencintaimu adalah sesuatu yang indah dalam hidupku, Kerna;
“Aku bukan sehebat Sayyidina Ali, tetapi Allah menganugerahi-ku, kamu. Dan Allah menghiasi hidupku dengan kamu “Fatimah-ku”.
“Dinda Di saat ini Cinta-ku Aku berdoa agar, “hari itu kita berdua berlari-lari di tempat Kekasih Allah ﷺ & Cinta Hati Baginda berlumba lari,
“Moga esok-esok إنْ شَآء الله kita berdua berlari-lari di Syurga Firdausi bersama yang kita cintai.”
“Kata pujangga KH Zawawi Imron Kalau mendung hitam di atas kepala, jangan larang hujan turun ke bumi.
“Kalau angin bertiup dengan kencangnya, jangan larang daun-daun kering berguguran.
“Kalau senyummu selalu mekar dalam hati ku, jangan larang aku tetap setiap dan rindu pada mu.
“Aku menambah, Dinda Kalau memori indah bersamamu selalu bermain di minda ku, jangan larang aku memilih kamu dalam setiap hidup ku.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-11 Adinda Puspitaku @husnazahry 23/08/23″
Dalam video tersebut, memaparkan Ustaz Don dan isteri sedang berlari di satu kawasan dipercayai tempat Baginda Rasulullah ﷺ biasa berlumba lari dengan Saydatina Aishah ra.
“Dalam reel ni adalah kawasan Baginda Rasulullah ﷺ biasa berlumba lari dengan Saydatina Aishah ra.”
Walaupun usia perkahwinan menjangkau lebih sedekad, Ustaz Don dan Dr Husna kekal bahagia bahkan makin romantik. Sentiasa berpimpin tangan setiap kali berjalan berdua.
Semoga Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna sekeluarga kekal bahagia sampai syurga. Relationship goals!
Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal, Dr Husna Zahry
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.