EKSKLUSIF! Bodyguard Dedah Pahit Manis Jaga FAZURA & FATTAH “Sampaikan Ada Dari Kami Yang Menangis..”

Baru-baru ini tular di laman sosial pelakon terkenal Fazura menjadi bualan netizen di Tik Tok berhubung video jam tangan mewah yang dimilikinya ketika sambutan hari lahir Fattah Amin. Disertakan sekali di dalam video itu adalah jenama dan harga jam tangan mewah tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fazura yang sentiasa merendah diri dan tidak gemar menayang kemewahan. Ada berpendapat ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Fatima itu layak menggayakan jam tangan seperti itu atas berkat usaha gigihnya dalam bidang seni dan perniagaan.

@fazuralotsoflover😭😭😭♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Namun, ada juga segelintir netizen mengatakan jam tangan mewah tersebut adalah sekadar pinjaman, dan tidak hairanlah Fazura memasang beberapa orang pengawal peribadi untuk tujuan tersebut.

Enggan lagi berteka teki, penulis NONA menghubungi Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau mesra digelar Shah selaku pengawal peribadi Fazura dan Fattah, bertanyakan tentang isu tersebut, kisah pahit manis serta pengalaman sepanjang bergelar ‘bodyguard’ power-couple

ini.

NONA: Boleh Shah kongsikan serba sedikit tentang diri Shah?

Shah: Baik, nama penuh saya Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin, anak kedua dari empat adik beradik. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang comel.

Shah dan keluarga.

NONA: Bagaimana Shah boleh menjadi ‘bodyguard’ kepada Fazura dan Fattah?

SHAH: Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari. Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini.

Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya.

NONA: Apakah tugas hakiki Shah sepanjang bergelar pengawal peribadi Fazura dan Fattah?

SHAH: Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. ‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini.

Pernah dalam satu event

, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar. Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!

NONA: Boleh Shah kongsikan momen manis sepanjang mengawal keselamatan Fazura dan Fattah?

SHAH: Wow momen manis ini banyak sebenarnya. Tapi kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis dari event itu Faz ajak kami semua ke JPO sementara nak menunggu ketibaan flight sebelah malam.

Sampai saja dekat JPO tu Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Selepas itu, Faz cakap… “You all pilih satu barang. Ambil saja apa apa..” Semua terkejut. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika itu, tapi bukan saya lah..nak control macho punya pasal. Tapi saya cukup bersyukur.

NONA: Bagaimana agaknya pula layanan Fazura dan Fattah ketika berurusan dengan Shah?

SHAH: Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar. Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya.

Shah mendukung Fatima.
Shah, isteri dan anak bersama-sama dengan Fattah dan Fazura.

Macam itulah baiknya insan yang bernama Fazura dgn Fattah ini. Saya bersyukur dapat bekerja dan mengenali pasangan ini. Padanlah mereka berdua disayangi ramai.

Wartawan: @Wan Mohd Firdaus | Kredit foto: @Shahaszrin Mohd Sabiruddin

Share
Published by
Wan Firdaus