Gaya Hidup

Eksklusif & Luasnya Rumah Keluarga Kasih Iris Leona, Macam Dalam Resort Mewah!

Nama Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini memang selalu menjadi perhatian. Selain kisah kejayaan akademik yang cemerlang dan penampilannya yang memikat, apa saja perkongsian yang dibuat Leona pasti meraih tumpuan khalayak.

Terbaharu, perkongsian gambar Raya Leona di kediaman keluarga yang memperlihat suasana rumah dengan berlatar belakangkan kolam renang mengundang rasa kagum. Ini bukanlah kali pertama rumah keluarganya menjadi tumpuan.

Bahkan sebelum ini keluasan kediaman tersebut yang dikelilingi landskap tumbuhan menghijau dan besar serta mewah juga pernah menjadi bualan ramai. Tidak ubah seperti suasana di resort penginapan terkenal. Nampak eksklusif!

Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona

Memilih baju Raya warna putih seisi keluarga pada Aidilfitri tahun ini, hanya kelibat kembarnya iaitu Rees tidak kelihatan dalam potret keluarga mereka.

Pun begitu, lebaran tetap disambut meriah Leona di samping kakak, ibu dan bapa tersayang.

Terkenal sebagai TikTokers dan jiwa muda yang kreatif menghasilkan video, kepulangan Leona menyambut Hari Raya kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bertemu sanak-saudara dan menghadiri rumah terbuka.

Walau belum puas meraikan Syawal bersama keluarga, Leona terpaksa pulang ke UK untuk kembali sesi pengajian di sana pada hujung April lepas.

Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona
Kredit Instagram @kasihirisleona

Leona merupakan anak kepada Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin. Datuknya ialah pengasas bersama AirAsia Berhad dan pernah berkhidmat dalam kementerian serta agensi kerajaan lebih 30 tahun.

Bahkan datuk Leona juga pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. Bukan calang-calang!

Isteri Azhar Sulaiman jadi inspirasi https://www.nona.my/27-tahun-kahwin-ada-3-anak-bijak-chempaka-emalin-pahamin-wanita-hebat-azhar-sulaiman/

IKLAN
Share