Eksklusif & ‘Memorable’, Majlis Khatan Anak Lelaki VIE SHANTIE Tarik Perhatian!

Terharu tengok usaha Vie Shantie dan bekas suami, Datuk Seri Eizlan Yusof ‘menghargai’ fasa alam dewasa buat satu-satunya anak teruna mereka. Walau pun kedua-duanya sudah berpisah kira-kira enam tahun lalu namun Vie dan Datuk Seri Eizlan masih menjalin hubungan baik demi anak-anak.

Menginjak usia 11 tahun, Zareef Yusof yang merupakan anak kedua dan lelaki tunggal daripada tiga beradik selamat menjalani prosedur berkhatan di Hospital Umra pada 19 Mac lepas. Menerusi perkongsian yang dibuat ibunya, kelihatan Zareef segak mengenakan Baju Melayu rona biru lembut dan berkain pelikat sedondon sebelum dibawa ke hospital untuk berkhatan.

Dalam video berdurasi 3 minit 58 saat itu juga Vie Shantie sempat menitipkan pesan buat anakanda tersayang. Ujarnya, “Hari ini tanggungjawab mummy untuk jaga, khatan, sunatkan abang telah sampai. Jadi hari ni abang akan bertukar jadi real man. And your responsibility will be bigger than today. InshaAllah but don’t worry mummy always here to guide you.”

Tidak cukup dengan pesanan tersebut, usahawan muslimah ini turut menzahirkan rasa sebak, teruja dan syukur kerana Zareef kini beralih ke fasa lelaki dewasa. “Mummy doakan semoga Zareef selalu dalam rahmat penjagaan dan perlindungan Allah SWT. Semoga Allah SWT memilih Zareef menjadi golongan orang Mukmin yang bermanfaat bagi kaum Mukminin yang lain.

Saya berdoa nak SEORANG sahaja anak lelaki dan alhamdulillah Allah SWT makbulkan. Bukan saya menolak rezeki, tapi saya tahu bukan senang tanggungjawab sebagai anak lelaki. Mereka harus dididik dengan akhlak yang baik dan mereka harus punya nilai tanggungjawab yang melebihi anak perempuan dari pelbagai segi. Bukan sahaja harus bertanggungjawab, tapi mereka juga adalah perintis generasi dan kehidupan bagi sebuah keluarga, masyarakat, negara dan juga agama.”

Majlis berkhatan Zareef nyata cukup istimewa kerana dia turut ditemani bapa tersayang. Sedia menyambut ketibaan Zareef sebaik tiba di hospital, Datuk Seri Eizlan yang tenang dan ceria mendedahkan ‘rahsia’ di sebalik baju yang dipakai pada hari Zareef bersunat.

Terang aktor kacak tersebut, baju merah yang dipakai adalah baju yang sama beliau sarung ketika menyambut kelahiran Zareef. Tak sangka, masih elok dan ia pastinya meninggalkan kenangan yang sangat bermakna buat ayah dan anak ini!

Dalam pada itu, Datuk Seri Eizlan yang menyifatkan Zareef seorang anak yang baik mendoakan agar anak terunanya membesar sebagai lelaki yang hebat.

Selain Zareef, Datuk Seri Eizlan turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Vie Zaara dan Vie Zaalia hasil perkahwinan beliau dengan bekas isteri, Vie Shantie Khan.

 

 

Kredit foto: Instagram Vie Shantie & Eizlan Yusof

Share
Published by
Suzi