Eksklusif Promosi 8.8, Ini Tawaran Astro Paling Menguntungkan Sempena Ulang Tahun Ke-25!

Sama-sama dewasa dan berkembang mekar, majoriti rakyat Malaysia hari ini pasti tersenyum mengenangkan Astro di hati. Selama perjalanan selama 25 tahun, Astro berevolusi setiap masa seiring dengan cara penyerapan informasi di kalangan pengguna TV, radio dan digital.

Dengan hidangan program hiburan untuk pelbagai lapisan usia dan bangsa, banyak emosi terakam di depan kaca TV. Selari dengan tingkah laku pengguna, Astro juga terus memberikan keceriaan dan membuat kita tak kering gusi menonton.

Memahami tingkah laku pengguna ini, Astro berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan mampu membawa jenama anda ke barisan hadapan pasaran, disokong oleh rangkaian pengguna besar di belakang Astro dan keseluruhan ekosistem media.

 

PROMOSI 8.8

Bersempena ulang tahun ke-25 Astro, golongan usahawan digalakkan merebut PROMOSI 8.8

oleh Astro Media Solutions. Promosi istimewa ini disasarkan untuk membantu perniagaan anda pulih lebih pantas dan bangkit lebih kuat pada waktu pandemik.

Di Astro, kami berusaha menerokai and mencari peluang pemasaran baharu untuk membantu memperluaskan jenama anda di kalangan pelanggan baharu. Pandemik kali ini juga melahirkan trend penggunaan yang baharu. Kami akan bekerjasama dengan jenama anda untuk mengenal pasti kelompok sasaran baharu dan memahami keperluan mereka hari ini.

Hampir separuh daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnnya 1 dos vaksin COVID-19. Sekarang, jenama anda pula perlu membina hubungan emosi baru dengan khalayak ini sama ada memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama anda dan mengenal pasti jenis pelanggan baharu anda.

 

MANFAAT BERGANDA

Ekoran festival membeli-belah 8.8 yang masih hangat, PROMOSI 8.8 ini juga turut dilanjutkan bersempena ulang tahun ke-25 Astro.

Ini merupakan tawaran rangsangan mega istimewa yang menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan media anda. Dengan diskaun extra 8% dan 25% spot ekstra, nikmati semua pakej off-the-rak di TV, radio dan platform digital secara eksklusif.

Bayangkan kandungan yang dilokalkan di setiap platform penonton anda berada, pakej ini diyakini boleh menggandakan peluang perniagaan anda agar sampai kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaburan kecil, anda dapat publisiti besar dan tentunya dapat mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan anda.

(1) Contoh Tawaran: Pakej Gempak 2021

 

(2) Contoh Tawaran: Pakej MyDunia Starter B

 

Tawaran ini terbuka kepada semua pengiklan dengan media orders baharu yang diterima pada 2 Ogos – 15 September 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.

#WeAreBetterTogether, hubungi team kami hari ini di mediasolutions@astro.com.my. Klik (di sini) untuk melihat ke semua pakej terbaik yang optimum untuk TV, radio, digital dan platform OTT.

Sekiranya anda adalah SME, daftar sebagai ahli SME360 di sini untuk lebih banyak pakej pengiklanan dengan diskaun eksklusif sehingga 90% sesuai untuk semua jenis saiz perniagaan.

 

TERMA & SYARAT

• Tawaran ini sah untuk semua pakej Astro off-the-rak untuk TV, radio dan platform digital.
• Hanya sah untuk media orders BAHARU yang diterima pada 2 Ogos– 15 September 2021.
• Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan inventori pada masa tempahan.
• Pengiklan boleh menebus 25% spots ekstra untuk mana-mana saluran yang telah ditempah dalam media order

yang sama kecuali Astro Ria (6pm – 12am) dan Astro AEC (6pm – 12am).
• Semua spots ekstra mesti ditebus bersama-sama dengan spots yang telah dibayar dan saluran yang ditempah dalam satu media order dan Astro tidak bertanggungjawab untuk mana-mana spots iklan yang tidak ditebus atas apa alasan sekali pun.
• Semua spots hendaklah dimanfaatkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022; tiada tempoh lanjutan akan diberikan untuk spots yang tidak digunakan.
• Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat pengiklanan, sila layari terma & syarat lengkap (klik di sini) untuk maklumat lanjut.
Share
Published by
Norzalina