Elak Jadi Bahan Sindiran Di Pejabat, Berikut 15 Cara BERPAKAIAN Yang Dilarang Di Tempat Kerja!

Sebenarnya bukan mudah untuk tampil menarik di tempat kerja setiap hari terutamanya wanita. Biarpun latar karier berbeza, berpakaian formal dan sopan adalah sebaik-baik contoh etika berpakaian ke tempat kerja. Menurut seorang Pengurus Sumber Manusia di Negara Barat, “Kaedah berpakaian ke tempat kerja semakin membimbangkan dan berubah menjadi semakin kasual, tetapi harus ada had. Individu yang bekerja tidak boleh terlalu keterlaluan ke tempat kerja seperti menindik tubuh, atau mewarnakan rambut dengan rona yang terlalu terang.”

Faktor begini menyebabkan bukan sahaja anda dipandang serong tetapi menyekat peluang promosi.

Bagi wanita, keyakinan diri dan penampilan yang bersih dengan imej tersendiri adalah digalakkan. Style tidak salah, namun jangan menjadi mangsa fesyen dan memakai koleksi yang in-trend

tetapi langsung tidak sesuai dengan diri dan tubuh.
Pakaian yang tak patut dipakai ke pejabat

Jika mengalami masalah dengan koleksi pakaian, periksa dan perbaikinya. Sekiranya anda mendapati koleksi pakaian anda tidak bersesuaian dengan diri anda dan keadaan semasa, anda berhak melontarnya. Tetapi awas jangan buang keseluruhannya kerana masih terdapat pakaian anda yang boleh dipelbagaikan daripada dibuang terus.

Pilihan yang tepat ke tempat kerja

Berpakaian seksi tidak salah namun haruslah yang tidak terlalu menjolok mata kerana menghormati rakan sekeliling dan menjaga imej ‘profesionalisme’. 15 cara berpakaian yang dilarang di tempat kerja seharusnya menjadi perhatian anda :

  1. Pakaian dalam yang menjolok mata dan kelihatan dari luar seperti tali baju dalam yang jarang, kamisol atau pakaian dalam.
  2. Pakaian sukan. Simpan ia untuk kegunaan ke gim dan jangan memakainya ke tempat kerja.
  3. Baju yang berkedut, lembap atau basah. Kebersihan sebagai keutamaan dan lebih baik bagi anda memiliki pakaian yang kosnya agak murah agar ia mudah dicuci berbanding yang mahal, melainkan anda biasa melakukan cucian kering.
  4. Seluar pendek. Sama ada Bermuda, seluar untuk aktiviti pantai atau kasual.
  5. Tatoo atau inai berukir di jari. Ada baiknya sembunyikan daripada orang memerhati.
  6. Warna rambut yang terlalu terang. Jika anda highlight rambut anda tidak mengapa tetapi jangan menggunakan warna yang terlalu terang seperti biru, magenta atau warna lain yang bukan natural.
  7. Minyak wangi yang terlalu pekat baunya. Bau yang terlalu kuat membuat orang lain sesak nafas dan merasa terganggu.
  8. Kuku yang panjang dan diwarnakan. Kuku seharusnya dibiarkan pendek dan bersih, elakkan pewarna kuku yang terlalu terang atau hitam.
  9. Jambang tanpa dicukur. Secara amnya, kebanyakan pejabat lebih mengutamakan penampilan yang bersih dan jika anda memang keturunan banyak jambang, baik untuk anda mencukurnya setiap pagi atau selang sehari.
  10. Mikro-miniskirt. Memakai sekurang-kurangnya 3 atau 4 inci daripada lutut dan lipatan bawah skirt, kerana yang terlalu pendek, membuatkan anda jadi bahan keji.
  11. Pakaian yang tidak menutupi keseluruhan badan. Secara amnya buah dada, belakang badan dan lengan seharusnya ditutup. Elakkan pakaian yang terlalu ketat, sekurang-kurangnya ruang satu inci antara tubuh badan dan fabrik.
  12. Stoking sukan di dalam kasut pergi membeli-belah. Lelaki harus mengelakkannya kerana membuatkan wanita merasa jelik.
  13. Menindik tubuh. Kajian menunjukkan mereka yang menindik tubuh sebagai tidak profesional dan mereka yang memakai aksesori tubuh lebih jarang mendapat promosi atau kenaikan pangkat.
  14. Pakaian atasan yang lebih panjang dan menutupi keseluruhan. Ruang antara kulit dan pakaian hendaklah kira-kira 1 inci dan sekurang-kurangnya menutupi keseluruhan bahagian atas badan. Jangan biarkan pakaian anda menampakkan perut anda yang menggeleber atau anjal sekalipun. Ia melambangkan mentaliti anda.
  15. Seluar potongan rendah. Kategori sebagai menjolok mata dan tidak digalakkan, lagipun kebanyakan bentuk seluar begini adalah tidak formal.

 

Share
Published by
KR