Elak Main Guna Saja, Silap Haribulan Boleh ‘Breakout’! Ini Panduan Beli Skincare Dari Founder THE RAW.

Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan kisah seorang jurusolek yang mengalami masalah muka ‘break-out’ selepas membeli produk penjagaan muka dari satu jenama yang agak terkenal. Akibat dari kesilapannya itu, wajahnya kini dipenuhi dengan jerawat batu gara-gara menggunakan produk bermerkuri sekitar Disember lalu.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2023/01/28/wajah-penuh-jerawat-batu-mua-sampai-malu-nak-mekap-pelanggan-terpedaya-dengan-produk-merkuri-kulit-cantik-cuma-sementara

Menyedari akan hakikat kesilapan tersebut yang boleh terjadi pada sesiapa saja. NONA mendapatkan penjelasan serta panduan dari Miss Adibah, pengasas kepada produk kecantikan The Raw. di mana beliau merupakan bekas kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 7 tahun di Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pegawai farmasi.

Kepakaran Miss Adibah adalah mengenal pasti serta memformulasikan produk kecantikan yang selamat, berkesan serta berkualiti tinggi bagi mendapatkan kulit yang sihat untuk diri dan keluarga.

Sebagai pengasas produk kecantikan dan pegawai farmasi, Miss Adibah berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan bagi mengelakkan diri anda menggunakan produk penjagaan kulit yang tak selamat untuk kulit wajah.

BACA JUGA: Tinggalkan Profesion Di KKM Demi Bisnes Kosmetik, MISS ADIBAH Kini Lebih Sukses Dengan The Raw.

  1. Fahami Jenis Kulit

Menurut Miss Adibah, ramai yang ambil remeh tentang jenis kulit masing-masing. Ada yang tak peduli langsung pun. Ini satu kesilapan besar. Bagaimana hendak tahu? “First step, cuci muka anda dengan pencuci muka. Kemudian lap kering dan biarkan selama 30 minit. Sekiranya kulit wajah kelihatan berminyak seluruh muka, maknanya jenis kulit anda adalah kulit bermiyak.

Sekiranya kulit dan pipi rasa ketat dan susah untuk senyum selepas mencuci, maka anda mempunyai kulit jenis kering. Ada juga yang mempunyai jenis kulit kombinasi dimana kawasan T-Zone (berminyak) dan U-Zone (kering), begitulah sebaliknya. Ada juga yang bertuah mempunyai jenis kulit normal yang rasa selesa tidak terlalu berminyak atau kering. Yang pasti, kenali dahulu jenis kulit anda,” jelas Miss Adibah membuka bicara.

Foto: Freepik
  1. Fahami Kondisi Kulit

Selepas kenal pasti jenis kulit, anda juga perlu memahami kondisi kulit anda. Kenal pasti apa lagi masalah terkini yang dihadapi kulit anda, sama ada ianya berjerawat ataupun berpigmentasi. Masalah kulit berpigmentasi terdiri daripada banyak jenis seperti, age-spots atau liver-spots, melasma, post-inflammatory hyperpigmentation (parut gelap).

Kondisi lain yang mungkin turut dihadapi adalah kulit sensitif dimana pemakaian produk sebarangan boleh buat kulit rasa gatal, merah, pedih dan kering. Selain itu, kondisi lain adalah penuaan. Kulit wajah mulai kedut, kurang keanjalan dan kering.

Foto: Freepik
  1. Pilih Produk Yang Sesuai

Selepas dah faham jenis dan kondisi kulit anda, sekarang barulah anda boleh memilih produk yang bersesuaian.

Untuk kulit berjerawat, selalunya ia datang dengan pakej kulit berminyak. Jadi, anda boleh memilih produk yang mengandungi kandungan bahan aktif seperti Niacinamide 2 hingga 5 persen dan bahan exfoliation seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan/atau BHA (Beta Hydroxy Acid). Alternatif lain, boleh juga memilih ekstrak botanikal seperti teh hijau, hazel witch, salix alba dan tea tree.

Contoh produk yang mengandungi bahan-bahan di atas adalah The Raw. Acne Ceramide Cleanser (Salicylic Acid 2%) dan juga The Raw. Niacinamide 5% serum.

Jika anda berkulit matang pula, selalunya ia datang dengan pakej kulit kering. Jadi, anda perlu memilih bahan yang tidak mengeringkan dan membantu merangsang penghasilan kolagen bagi mengurangkan kesan penuaan. Antara bahan aktif yang disarankan untuk kulit kering itu adalah seramid, kolestrol, asid fatty, hyaluronic Acid dan vitamin B5. Manakala untuk kedutan pula, anda boleh cuba bahan aktif seperti vitamin C dan juga peptide.

Contoh produk yang mengandungi bahan-bahan di atas adalah The Raw. Strong Barrier Serum dan The Raw. Ethylated Ascorbic Acid 20% Serum.

Foto: Freepik

Selain memilih produk, Miss Adibah juga turut menyarankan ‘back to basic’, iaitu rutin mencuci muka yang teratur dan sistematik. Anda disarankan untuk memulakan rutin penjagaan wajah anda dengan 3 bahan asas wajib –  iaitu pencuci muka (cleanser), pelembap muka (moisturizer) dan pelindung matahari (sunscreen).

“Bagi betul-betul merawat kondisi kulit bermasalah, selain 3 rutin wajib di atas anda boleh tambah produk seperti serum yang mengandungi bahan-bahan aktif kerana ianya lebih fokus untuk mengawal dan menyelesaikan masalah kulit.”

Jadi sebelum membeli mana-mana produk skincare, ambil masa untuk lihat dan meneliti deskripsi bahan-bahan yang digunakan pada label produk tersebut, dan jangan culas mahupun ambil ringan, kelak wajah anda akan menerima padahnya,” ulas Miss Adibah menutup bicara.

Untuk informasi lanjut serta pembelian produk The Raw. anda boleh layari laman media sosial di bawah.

Facebook  : https://www.facebook.com/theraw.skin

Website : https://www.theraw.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/theraw.skin/

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Share
Published by
Wan Firdaus