Sekarang ni kebanyakan majikan memberi kelonggaran kepada para pekerjanya untuk bekerja dari rumah atau ‘Work from Home’ (WFH). Tak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Apabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan.
Makanan yang dibenarkan ialah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat. Manakala makanan yang patut dielakkan ialah semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Peraturan diet yang perlu dipatuhi:
MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.
Kajian menunjukkan lebih cepat kita makan, lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti seperti menghadap telefon bimbit.
Jangan biarkan jarak masa melebihi 4 jam di antara waktu makan utama dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
This website uses cookies.