Elak Pesan Makanan Segera, Cuba Hidangan Spageti Sejuk Beku Ini Yang Lebih Mudah & Menyihatkan

Lumrah duduk di rumah, selera makan tiba-tiba bertambah dan mulut asyik nak mengunyah. Tambah lagi sekarang musim cuti sekolah dan ramai yang work from home, pasti ada yang suka fast food sebagai alas perut.

Baru-baru ini, Nona didatangi tiga hidangan spageti sejuk beku yang mudah disediakan. Rasanya sedap macam hidangan di kafe dan paling menarik, sangat cepat dan mudah dimakan. Ketiga-tiga spageti Ayam Brand ini juga lazat serta diperakui halal oleh JAKIM.

Tuna Kari Hijau

 

Saba dalam Sos Tomato

 

Udang Pedas

5 KELEBIHAN 

  1. Hidangan untuk seorang yang seimbang dan menggabungkan karbohidrat, protein dan lemak untuk hidangan yang enak, mengenyangkan dan rendah kalori bagi membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menghadapi cabaran bekerja atau belajar dari rumah.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya 4g serat pemakanan setiap hidangan supaya anda kenyang.
  3. Tidak mengandungi lemak trans untuk hidangan yang lebih sihat.
  4. Makanan cepat, sihat dan mudah untuk memastikan kita mendapat makanan sempurna walau sesibuk mana sekalipun – kurang 330 kalori setiap hidangan!
  5. Dibuat daripada makanan sebenar yang tidak diproses termasuk ikan kembung, ikan tuna, udang dan sayur-sayuran serta pasta yang disahkan organik. Tanpa MSG, perisa tiruan atau bahan pengawet, hanya rasa yang kaya dan semula jadi. Dimasak sehingga cukup sempurna kemudian dibeku segera di atas pasta organik bagi mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti tanpa bahan pengawet.

Hanya lima minit diperlukan dengan empat langkah mudah. Buang sarung, buka penutup dan tutup semula secara tidak rapat, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro pada kepanasan tinggi untuk 4 minit 30 saat, dan makan. Lebih cepat dari pesan makanan segera, malah menyihatkan!

Selamat mencuba.

Share
Published by
Norzalina