Ramai wanita lebih memilih untuk membeli alat solekan tanpa memikirkan keadaan kulit. Lebih parah apabila produk solekan yang dibeli tidak sesuai dengan jenis kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi rosak.
Adakah anda sedar kulit kering dan menggelupas adalah kesan daripada produk solekan yang anda gunakan? Apakata kali ini, anda cuba ubah rutin penjagaan kulit dengan cara yang lebih selamat dan mudah serta sesuai dengan kulit.
Sebelum itu, anda boleh intai dahulu petua kecantikan cara tradisional.
1. Minum banyak air kosong untuk meningkatkan kelembapan di dalam kulit. Mungkin anda biasa mendengar tips ini tetapi ia adalah kunci kepada kecantikan kulit secara semula jadi.
2. Lebihkan makanan berunsur protein, termasuk makanan tinggi sulfur seperti bawang putih, bawang merah, telur dan asparagus. Vitamin A dan C sangat baik untuk kulit jadi diet dengan lobak merah dan aprikot patut menjadi pilihan anda!
3. Anda juga boleh mengoles minyak zaitun kerana ia mengandungi vitamin E dan sangat seusia untuk melembapkan kulit serta mengatasi masalah cela pada kulit.
4. Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seelok-eloknya ia diminimumkan seketika. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.
5. Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan.
6. Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.
7. Selain pelembap, pilih sabun atau cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai keadaan kulit masing-masing. Elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.
8. Pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa agar kulit kekal sihat dengan rutin membersihkan wajah, ‘eksfoliasi’ dan melembapkan kulit. Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah yang merosakkan penampilan.
9. Ambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat.
10. Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi zat pada kulit secara optimum. Yogurt juga boleh dijadikan pupur kulit untuk kekal berseri.