Selamat tahun baru buat semua pembaca Nona sekalian!! Apa azam anda semua untuk tahun baru? Pastinya selain untuk menjadi insan yang lebih positif, berjaya dan beriman, sudah semestinya ada dari kalangan kita yang berazam untuk tampil lebih bergaya.
Setelah penat setahun ‘membanting tulang’ bekerja demi mencari rezeki halal untuk keluarga tercinta, pasti anda juga mahukan ‘reward’ buat diri sendiri dengan membeli pelbagai item fesyen serta aksesori untuk kepuasan diri kala anda bergaya nanti. Namun, pastinya tidak syok andai barangan fesyen yang anda beli nampak saja asli dan original, tetapi rupa-rupanya tiruan dan fake!
Sudah pasti rasa terkilan apabila “terbeli” handbag tiruan (FAKE). Disangkakan handbag original, tetapi tidak! Pengalaman ditipu sebegini amat menyedihkan. Namun jangan risau! Berdasarkan dapatan dan perkongsian peribadi dari pengasas Sellection.com, Puan Nor Rafidah beliau kongsikan tip untuk kenal pasti mana satu bag ori dan fake. Semoga bermanfaat!
Original VS Fake
Gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil daripada rujukan sendiri dan juga gambar daripada customer yang telah mendapat beg tangan tipu (mereka telah kongsikan kepada saya). Saya menangkap gambar-gambar ini dengan menggunakan iPhone untuk kualiti gambar yang jelas dan terang. Berikut adalah contoh lebih lanjut untuk evolusi dan transformasi logo dan perincian sehingga tahun 2020. Saya sediakan juga tentang ciri-ciri beg original dan beg fake. Boleh baca setiap perincian di setiap gambar-gambar yang saya sediakan.
ZIP
Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaraya ialah YKK, IDEAL & Cursive C (berbentuk lingkaran) rujuk gambar. Berikut adalah 3 jenis Zip yang digunakan pada tahun 2020.
BUTANG
Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag ada yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar dibawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.
Perbezaan Butang Original dan Fake untuk Model Handbag Minetta Satchel pada tahun 2017.
FONT & TULISAN
RANTAI & PEMEGANG KULIT HANDBAG
LOGO – PEDATI KUDA
Logo Coach Yang Original telah menampakkan transformasi hampir setiap tahun. Terdapat sedikit evolusi pada bentuk pedati kuda. Boleh rujuk gambar yang dikongsikan. Selain daripada Logo Pedati Kuda, Coach juga mempunyai variasi logo yang berbeza mengikut model barangan kulit yang mereka keluarkan. Yang pasti, untuk melihat Logo Original, kita boleh lihat secara dekat pada Logo Pedati Kuda, Huruf Coach.
Gambar dibawah ialah variasi Logo Coach Sehingga Tahun 2020. Model Logo untuk koleksi Wanita & Lelaki
KEMASAN JAHITAN & BENTUK KULIT
Gambar di atas ialah beg tangan ORIGINAL. Jika dibandingkan dengan beg ORIGINAL (merah) disebelah kiri bawah, kedua-duanya mempunyai mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah. Berbanding beg FAKE (putih) disebelah kanan bawah, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.
SELLECTION menyediakan pelbagai koleksi barangan yang ORIGINAL, berjenama dan berkualiti. Anda tidak perlu berasa was-was untuk membeli dengan kami kerana semua item dibeli secara terus di Amerika Syarikat. Kami menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik agar semua dapat merasai item berjenama dan original. Ansuran sebanyak 3 hingga 6 kali juga ditawarkan hanya dengan membayar deposit terus dapat handbag!
Untuk melihat koleksi handbag, boleh terus ke laman web rasmi Sellection atau ke Facebook Page.
Facebook Page : https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah/
Website : https://sellection.com
Instagram: https://www.instagram.com/sellectioncom/?hl=en
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.