
Peranan pemerah pipi mungkin minor dalam solekan. Tetapi kalau salah pilih warna atau tempat disapu, muka boleh berubah wajah. Bayangkan kalau orang berkulit putih menggunakan pemerah pipi yang terlalu merah, nampak janggal bukan?
Pemerah pipi bukan boleh dipilih secara rawak dan tidak semua rona pemerah pipi sesuai dengan kulit wajah. Wanita perlu tahu fungsi pemerah pipi adalah untuk memberi ilusi pada pipi dan dalam masa yang sama membentuk kontur wajah.
Warna yang banyak diminati adalah pink dan peach. Memang kedua-dua rona ini akan membuat kulit kelihatan natural dan segar.
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat pemilik tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi. Hamizatul Maizan Mohamed

Efek Shimmer Untuk Solekan Malam
Langkah 1: Sapu bedak tabur selepas selesai menyapu bedak asas pada wajah dan sapu pemerah pipi di atas tulang pipi.
Langkah 2: Bagi solekan siang hari, cukup hanya sapukan shimmer pada tulang pipi dan adun dengan pemerah pipi.
Langkah 3: Shimmer boleh juga diaplikasikan pada tengah hidung untuk ilusi hidung mancung.
Langkah 4: Sembur face mist agar solekan segar sepanjang hari
Pemerah Pipi Pilihan Nona






Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Biar Kulit Anda Tua Sebelum Usia! Bagi Kulit Makan Secukupnya…

Adakah kulit anda menggambarkan usia anda sebenar? Mungkin ada wanita yang sangat bertuah memiliki kulit yang tegang dan cantik. Jika ada seorang perokok, kulit kerap terdedah di bawah sinaran matahari, menghadapi kekeringan kulit dan kedutan maka anda akan kelihatan lebih tua daripada usia yang sepatutnya.
Produk penjagaan kulit, anti-penuaan dan rawatan jerawat adalah merupakan industri yang kian berkembang pesat dek kerana memahami kehendak wanita yang sentiasa ingin kelihatan muda dan sihat. Proses penuaan adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan, namun keprihatinan anda dalam penjagaan kulit sedikit sebanyak dapat membantu melambatkan proses ini. Pelbagai punca yang harus dihindari oleh anda untuk mengelakkan penuaan sebelum usia sebenar.

Hindari risiko penuaan
1. Alkohol
Kesan pengambilan alkohol yang boleh meyebabkan kekurangan air dalam badan adalah memang sudah diketahui umum seperti kulit akan menjadi kering, garisan halus di bawah mata, dan juga kedutan. Selain itu, alkohol menjadi punca kepada kemerahan dan alahan apabila salur darah mengembang.
2. Kafein
Menikmati secawan kopi pada bila-bila masa sahaja memberi kenikmatan yang tidak terhingga terutama aromanya. Walaupun anda cukup menggilai minuman ini, tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu mengambil banyak air kosong selepas itu. Kadang-kadang anda perlu berhati-hati dengan minuman tenaga berkafein yang ada di pasaran kerana dikhuatiri mengandungi lebih banyak kafein berbanding kopi. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kering, kusam dan berkedut.

3. Rokok
Nikotin yang terdapat di dalam rokok meningkatkan jerutan salur darah. Kesannya pula adalah seperti ton kulit akan menjadi kusam dan dipercayai mengurangkan vitamin C.

Alam semula jadi kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit anda seperti buah-buahan. Kulit seharusnya dijaga dengan sempurna agar tiada garisan halus, kedutan dan kekusaman dapat dielakkan. Mungkin buah-buahan yang anda selalu ambil pada setiap hari dapat membantu untuk mengekalkan kulit anda supaya kekal muda.

- Buah oren mengandungi vitamin yang menjadi keperluan untuk melindungi kulit anda dari sinaran ultraviolet. Vitamin C menghasilkan kolagen di dalam kulit yang boleh menghalang kulit menjadi kedut.

2. Buah betik berkalori rendah mengandungi karoten yang menghasilkan vitamin A. Ia mengandungi bahan anti oksida yang keremajaan kulit boleh dikekalkan dengan hanya pengambilan sekurang-kurangnya 200-250 gram buah betik sehari sudah memadai
3.Bahan anti oksida terdapat di dalam teh hijau juga. Ia mampu melindungi kulit dari sinaran ultraviolet dan juga bahan kimia yang ada di udara, menghalang kedutan terbentuk serta menyingkirkan jeragat pada kulit muka.
4. Lidah buaya atau aloe vera boleh dikatan sebagai tumbuhan ajaib yang mempunyai pelbagai kegunaan positif terutama untuk kulit anda. Jus lidah buaya dipercayai boleh menghalang jerawat tumbuh dan pigmentasi kulit. Anda boleh minum 30-40 ml jus ini untuk kulit yang baik. Awas! Jangan estrak sendiri jus aloe vera, tetapi anda boleh mendapatkannya dalam jus yang sudah diproses.

Wanita dan penjagaan kulit adalah sinonim sekali pada zaman yang serba moden ini. Kecantikkan kulit mendorong mereka untuk melakukan apa sahaja agar kulit sentiasa kelihatan muda dan sebarang kecacatan.
Tidak dinafikan ramai yang kurang arif tentang penjagaan kulit lalu mendorong mereka ini untuk mengambil langkah yang tidak sepatutnya seperti suntikan vitamin C, botox dan rawatan kolagen. Namun mereka tidak sedar akan kesan pada jangka masa panjang nanti. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengekalkan keremajaan kulit adalah dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan segar dengan teratur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang. Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 53 tahun.




Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni. Suhaila Sulaiman yang bakal meniti usia 44 tahun pada 29 Jun nanti juga seorang pelakon dan pernah bergandingan bersama Faizal Hussein menerusi drama Sayang Puteri.
Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu. Hasil perkongsian hidup 16 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-15 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 12 tahun.

Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.

Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.
Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.
Keperluan seisi keluarga ada di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik From Head To Toe Dengan Kuasa ALOE VERA! Jom Tiru 7 Trik Ekspres Cantik Ini

Tahukah anda, lidah buaya dipercayai sebagai salah satu yang membantu mengembalikan kelembapan kulit, agen vitamin dan mineral. Bahkan lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral dan vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E. Aloe vera turut digunakan oleh Ratu Cleopatra untuk merawat kecantikan kulitnya.
Lidah buaya diketahui secara meluas kerana fungsinya yang bersifat menyegarkan. Tanaman ini bersifat anti-inflamasi iaitu mampu meredakan panas di kulit akibat terbakar matahari. Di dalamnya terkandung banyak vitamin C dan E untuk melembapkan kulit, terutama jika dehidrasi dan membantu proses regenerasi sel kulit.
7 TRIK EKSPRES CANTIK

- Pupur Wajah
Campur lidah buaya dengan minyak zaitun, kemudian oles merata pada wajah. Biarkan selama kurang lebih lima minit dan basuh wajah menggunakan air suam. Ini akan memberikan nutrisi pada kulit wajah agar kelembapannya tetap terpelihara.
- Nutrisi Rambut
Miliki rambut lembut dan mudah diurus dengan mengoles lidah buaya pada helaian rambut dan biarkan beberapa saat sebelum mencuci rambut seperti biasa.
- Asas Solekan
Untuk membuat kulit wajah nyata segar, campurkan sedikit lidah buaya dengan pelembap atau pun bedak asas.
- Rehatkan Mata
Atasi mata lelah agar segar kembali dengan mengoles lidah buaya pada kapas, kemudian lekap pada kelopak mata. Biarkan beberapa saat hingga kapas mengering.
- Nail Essence
Gunakannya untuk melembutkan kutikel pada kuku yang kering, sekaligus membuat kondisi kuku jadi lebih kuat dan tidak rapuh.
- Rawatan Sunburn
Boleh digunakan sebagai bantuan tambahan untuk kulit yang terbakar dek sinar mentari. Khasiatnya akan menenangkan kulit yang iritasi.
- Waxing Soother
Membantu menenangkan kondisi kulit badan yang pedih setelah melakukan perawatan, sekaligus membuat kulit sensitif tidak iritasi dan kemerah-merahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


