Elakkan Efek Pipi Bengkak, Ini Cara Betul Pakai BLUSHER Yang Wanita Mesti Tahu!

Peranan pemerah pipi mungkin minor dalam solekan. Tetapi kalau salah pilih warna atau tempat disapu, muka boleh berubah wajah. Bayangkan kalau orang berkulit putih menggunakan pemerah pipi yang terlalu merah, nampak janggal bukan?

Pemerah pipi bukan boleh dipilih secara rawak dan tidak semua rona pemerah pipi sesuai dengan kulit wajah. Wanita perlu tahu fungsi pemerah pipi adalah untuk memberi ilusi pada pipi dan dalam masa yang sama membentuk kontur wajah.

Warna yang banyak diminati adalah pink dan peach. Memang kedua-dua rona ini akan membuat kulit kelihatan natural dan segar.

Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat pemilik tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi. Hamizatul Maizan Mohamed

Make Up For Ever

Efek Shimmer Untuk Solekan Malam

Langkah 1: Sapu bedak tabur selepas selesai menyapu bedak asas pada wajah dan sapu pemerah pipi di atas tulang pipi.

Langkah 2: Bagi solekan siang hari, cukup hanya sapukan shimmer pada tulang pipi dan adun dengan pemerah pipi.

Langkah 3: Shimmer boleh juga diaplikasikan pada tengah hidung untuk ilusi hidung mancung.

Langkah 4: Sembur face mist agar solekan segar sepanjang hari

Pemerah Pipi Pilihan Nona

Les Merveilleuses Laduree Pressed Cheek Color

 

Tarte Amazonian Clay 12 Hour Blush

 

Cle de Peau Luminizing Face Enhancer
Zoeva Opulence Brush Palette

 

Elizabeth Arden Cheek Tint
Lancome Macaron Blush & Blender
Share
Published by
Norzalina