Sehebat pakaian dan barangan jenama Versace, insan di sebalik kejayaan jenama berprestij ini bukan calang-calang. Selain Gianni Versace yang telah lebih awal ‘meninggalkan’ empayar gemilang ini, kelangsungannya diteruskan oleh adik perempuannya, Donatella Versace. Bergelar Naib Presiden Versace Group merangkap Chief Designer, wanita kreatif ini bertekad meneruskan perjuangan keluarga Versace demi memastikan jenama ini tetap unggul di persada fesyen dunia.

IKLAN
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donnatella_versace

Donatella merupakan adik beradik bongsu keluarga Versace. Beliau merupakan individu yang paling rapat dengan abangnya Giavonni (Gianni). Beliau banyak belajar segala selok belok perniagaan dan rekaan dari abangnya hingga dia sampai ke tahap kini. Sebelum terlibat sepenuhnya dalam bidang rekaan pakaian, beliau menamatkan pengajiannya di Florence University. Beliau hanya bermula sebagai PRO kepada abangnya dan banyak mendedahkan nama Versace kepada media. Malah idea menggunakan selebriti-selebriti popular untuk memperagakan rekaan di pentas ‘catwalk’ adalah ideanya. Potensi yang ada pada dirinya membuka mata Gianni dan memberi kepercayaan kepada beliau mengendalikan rekaan terbaru Versus 100% kepadanya.

Tragedi kematian Versace mengubah hidup beliau. Dia tidak pernah terfikir akan mengambil alih tanggungjawab menggantikan tempat abangnya. Pertunjukan fesyen pertama Dona ialah selepas 3 hari kematian Gianni selepas membatalkan ‘Spring Summer Collection 1998’. Beliau memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi memastikan reputasi Versace tetap gah di mata penggemar jenama itu terutama di kalangan selebriti-selebriti dunia. Trend beliau menjadikan selebriti ternama ‘wajah’ Versace bukan hanya memberi impak kepada kemasyhuran nama Versace itu sendiri, malah meletakkan selebriti tersebut di kelas fesyen teratas di persada seni antarabangsa. Antara selebriti yang setia dan menjadi tempat rujukan beliau dalam menghasilkan rekaan baru ialah Madonna, JLO dan Demi Moore.

EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donnatella_versace
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donnatella_versace

LUASKAN EMPAYAR
Meluaskan empayar Versace, Donatella menyebarkan pengaruh jenama ini dengan rekaan perabot dan barangan perhiasan mewah. Dengan pembinaan resort berprestij, Palazzo Versace di Cold Coast, Australia ianya merupakan satu lagi simbol kegemilangan empayar Versace. Malah hotel paling tinggi di dunia iaitu Burj al-Arab, Dubai Emeriah Arab Bersatu turut memperagakan perabot dan barangan mewah Versace di setiap bilik.

Sebuah lagi resort Pallazzo Versace yang dibina di tepi pantai peranginan Dubai. Resort kedua diilhamkan oleh Donatella ini mengandungi bilik-bilik mewah dan telah siap pada tahun 2008. Donatella mengendalikan segala perancangan, pelan serta reka letak di dalam resort yang dijangka menjadi antara resort termahal di dunia. Dengan terbinanya ‘mahligai idaman’ beliau ini, beliau telah memberi satu lagi sinar gemilang bagi Versace dan menjadikan impian abangnya, mendiang Gianni satu kenyataan.
Selain dari penghormatan tertinggi yang dianggap amat manis bagi beliau apabila rekaannya dan Gianni dipamerkan di sebuah pameran khas di Victoria and Albert Mesuem, London pada 2002 yang lalu sebagai menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam dunia fesyen seluruh dunia.

EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @palazzoversacedubai
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @pallazoversacedubai
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @pallazoversacedubai
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @pallazoversacedubai
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @pallazoversacedubai
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donatella_versace

KEHILANGAN ANAK PEREMPUAN
Biarpun bergelar antara wanita paling berpengaruh, beliau tidak boleh menyembunyikan perasaan kecewanya apabila kehilangan anak perempuannya yang diharapkan dapat menyambung kelangsungan empayar Versace di masa depan. Anaknya Allegra yang telah dididik mengikuti jejaknya meninggal dunia akibat aneroksia pada 14 November 2006. Ini memberi tamparan hebat pada beliau.

IKLAN

Donatella menganggap kematian Allegra akibat kegagalannya mengawal cara hidup Allegra yang sentiasa mahu kelihatan kurus persis model untuk menyarung setiap rekaan ibunya. Allegra yang diumumkan bakal mewarisi kekayaan Versace bernilai berjuta-juta juga menjadi harapan bapa saudaranya, Gianni untuk menjejak langkahnya serta ibunya untuk meneruskan kegemilangan empayar jenama Versace.

Kini Donatella mengharapkan anak lelakinya Daniel yang berusia hasil perkongsiannya dengan model Amerika, Paul Beck akan memberi nafas gemilang yang berterusan pada empayar fesyen keluarganya.

IKLAN
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donatella_versace
EMPAYAR VERSACE TERUS ‘MEGA’ DALAM DAKAPAN DONATELLA
Foto: @donnatella_versace

PERCAYA KECANTIKAN PALSU
Dikelilingi model dan wanita-wanita cantik membuatkan beliau menanamkan satu prinsip bahawa tiada kecantikan semula jadi bagi wanita di dunia ini. Untuk mengekalkan kecantikan wanita perlu menggunakan segala alternatif yang ada untuk tampak sentiasa muda dan jelita. Ini jelas dengan beberapa kali melakukan pembedahan plastik pada wajahnya, terutama di bahagian hidung dan bibir.

“Saya memang tak bersetuju dengan kecantikan semula jadi wajah, tubuh atau apa sahaja tentang wanita. Seperti rambut yang memerlukan penjagaan melibatkan bahan kimia untuk menjadikannya sihat dan cantik begitu juga dengan wajah. Bagi saya yang semula jadi dalam dunia ini hanya tumbuh-tumbuhan. Dan dengan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu untuk kita kekal cantik.”

Beliau yang kini bergelar antara wanita berpengaruh dalam dunia fesyen mendapat pelbagai penghormatan dalam dunia seni dan menjangkau batasan politik, apabila pengamal-pengamal politik dunia juga membuka mata terhadap rekaannya. Pastinya ini adalah sesuatu petanda baik yang Versace akan tetap terkenal dan tak akan lenyap di telan arus persaingan kebanjiran jenama baru di pasaran fesyen dunia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI