Setiap kali berkunjung ke pasaraya, rambang mata melihat aneka sos yang ada di rak-rak pameran. Ya, terlalu banyak! Malah ada sesetengah daripadanya yang kita tak pernah berani untuk mencuba. Sebagai contoh sos pesto.
Mungkin ramai pernah menikmati Pasta Pesto yang diperbuat dari gabungan basil, kacang pine nut dan minyak zaitun. Namun begitu, hidangan berasaskan pesto ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Resipi Ayam Pesto ini juga tidak kurang hebatnya untuk dicuba!
AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
2 sudu makan pesto basil
2 sudu makan minyak zaitun
2 cawan tomato ceri | dipotong dua
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan tepung agndum
2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 sudu makan pesto basil
1 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuah. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
This website uses cookies.