Pergolakan rumahtangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ibarat belum berkesudahan kini memasuki episod baru selepas sebentar tadi, pelakon dan pengarah filem Mat Kilau itu seakan-akan mencabar kesabaran isteri pertamanya dengan meminta dia dan madunya bertenang. Hantaran Syamsul tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi, kebanyakkan terkejut dengan kenyataan dibuat seakan-akan tidak menghormati perasaan isteri pertamanya. “Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulis Syamsul.
Selepas kenyataan Syamsul Yusof tersebut, Puteri Sarah dilihat memuat naik gambar dia dan anak-anaknya dan membuat kenyataan balas minta untuk dilepaskan kerana tidak rela bermadu dan bersuamikan seorang yang toksik dan narsistik. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better.”
Sebelum hantaran tersebut dibuat, Puteri Sarah juga ada buat kenyataan betapa kecewanya dia membaca hantaran terbaru Syamsul tersebut. “Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I can’t deny them from phones. Don’t ever hurt my kids and their feelings. Think before u post anything. Jaga sensitivity terhadap anak2 dan family u. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni.”
Baru-baru ini, Syamsul Yusof mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, secara sah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran di Thailand. Sejurus selepas itu, Puteri Sarah memberikan respon dengan membuat live dan memberikan maklum balas perkahwinan ‘rahsia’ tersebut.
NONA mendoakan semoga urusan semua pihak diberkati dan dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.