Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik terkemuka yang berasal dari pantai timur, Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sinonim dengan produk jenama Qu Puteh.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding sekaligus menjadi peratian umum.
Terdahulu, Vida telah memberi kejutan buat warga net, apabila tampil dalam satu majlis keramaian dengan busana minimalis namun mengekalkan gayanya yang elegan.
Selain penampilannya itu yang menjadi bualan hangat di alam maya, netizen turut terpukau dengan ‘Bunga Tangan Emas 916’ yang digayakan Vida pada majlis tersebut.
Menurut Harian Metro, bunga itu bertujuan menggantikan tas tangan ahli perniagaan tersohor itu.
Ads
Lebih memeranjatkan warganet, apabila Vida mendedahkan bahawa harga bunga tangan yang diperagakannya itu mencecah harga setengah juta ringgit. Malah ia merupakan koleksi terbaharu Vida.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Ads
Barang Kemas Di Badan Saya Hampir Cecah RM 1 Juta
Vida menjelaskan dia kini lebih selesa untuk menggayakan konsep “less is more”. Tegasnya lagi, konsep itu perlulah memakai barang kemas yang sedikit tetapi besar nilainya. Tak perlu pakai banyak-banyak kalau dah besar.
Ads
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar.
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi merealisasikan konsep gaya “less is more” yang menelan belanja jutaan ringgit itu, Vida juga telah menggajikan beberapa pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya dan barang kemas yang diperagakannya itu ketika di khalayak ramai.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan follower, Puteri Sarah yang berjaya menarik perhatian NONA!
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Rezeki Nabila Razali diundang masuk istana jumpa Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Lima bulan mendirikan rumah tangga dan pertama kali sambut Aidilfitri sebagai isteri, pelantun lagu Pematah Hati ini akur beraya di kampung suami tercinta di Kelantan.
Sejak berkahwin, populariti Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali kian melonjak naik. Apatah lagi peminat mengagumi personaliti pasangan suami isteri tersebut yang romantis.
Lebih istimewa, lagu raya terbaharu dendangan Nabila iaitu Raya Mana semakin meniti di bibir pendengar dan viral di media sosial bersempena lebaran tahun ini.
Tampil berbusana sedondon navy blue di samping suami, isteri Nir Iruwan ini menitipkan ucapan Hari Raya buat peminat tersayang.
“Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.”
Pertama kali rai Hari Raya di negeri Che Siti Wan Kembang, Nabila bagaimana pun teruja dapat bertemu keluarga mentua, sanak saudara dan peminat di sana. Selain dapat menikmati pelbagai juadah tradisi masyarakat di Kelantan ketika musim perayaan.
Namun paling mencuri tumpuan apabila Nik Iruwan dan Nabila Razali jumpa DYMM Tengku Anis dan diundang masuk ke Istana Kota Lama. Turut kelihatan ialah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Momen cukup bermakna dan bukan calang-calang orang diberi peluang sedemikian.
Kagum dengan semangat Noraniza Idris gigih berjuang mengetengahkan genre muzik Irama Malaysia. Bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu berentak sebegini malah penyanyi ini mahu memartabatkan budaya anak bangsa.
“Kak Ani sebenarnya tengah susun single terbaharu. Single terbaharu ini masih kekal dengan fusion etnik irama Malaysia bersama Luca Sicta sebagai penciptanya.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
“Selain sibuk dengan nyanyian, Kak Ani juga merupakan pengasas program modal insan, Corporate Sosial Responsibility (CSR) Budaya.
Kini Kak Ani tengah membangunkan suatu modul khas untuk beginner yang ingin mengenali asas tentang seni tari tradisional Malaysia. Daripada sejarah sampai ragam-ragam seni, ada 12 subjek semuanya.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Kak Ani juga sedang membangunkan satu lagi modul khas untuk nyanyian irama Malaysia bagi mereka yang berminat untuk menyanyi, yang pandai menyanyi atau yang nak menambah ilmu tentang lagu-lagu irama Malaysia.
Selain itu, Kak Ani juga tengah membangunkan satu modul khas untuk mereka yang nak cuba nyanyi lagu irama Malaysia serta satu lagi mengenai asas-asas lakonan teater secara online.
Foto: Instagram @noraniza_idris
Semuanya berkait dengan sejarah seni dan budaya. Kita nak bangunkan jiwa masyarakat pelapis untuk dekat dengan irama Malaysia, budaya kita dan mengenali asas jati diri dan semangat patriotisme melalui pendekatan yang Kak Ani buat.
Dalam program Akademi Tatih Malaysia ini memang program tahunan sejak tahun 2010 sampai sekarang memang tiap-tiap tahun kita anjurkan dan akan berakhir dengan majlis konvo,” terang Noraniza Idris gigih berjuang mengetengahkan genre muzik Irama Malaysia.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Kesempatan menemu bual penyanyi kelahiran Kluang, Johor ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Rugi rasanya jika tidak bertanya tentang rahsianya kekal cantik di usia 54 tahun.
“Sebenarnya bila faktor usia ni, banyak benda yang kena repair terutama kulit wajah kita dah tak boleh ambil sambil lewa. Sebab bila sampai satu ke peringkat usia muka kita akan ada jeragat.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Kak Ani tak pernah ada masalah jerawat tapi kini dah ada masalah jeragat dan pori yang besar. Bagi mengatasi masalah ini Kak Ani membuat rujukan dengan doktor kecantikan peribadi untuk merawat kulit wajah,” tutur wanita yang mempunyai nama sebenar Nor Aniza Haji Idris ini.
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.