Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada dua cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk review, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 30 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak klient untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Nadya Shahera
This website uses cookies.