Dahulu, namanya pernah terpalit dengan kontroversi apabila acapkali diuji dengan kegagalan dalam sebuah perhubungan. Dua kali gagal perkahwinan dan pernah putus tunang, usahawan kosmetik Joy Revfa percaya setiap ujian yang ditetapkan Allah untuknya pasti terselit sebuah hikmah.

Ads

Malah, ujian getir yang diterimanya, sedikit pun tidak melunturkan semangatnya. Sebaliknya dia akur dengan ketentuan Ilahi serta tidak mengalah untuk kembali bangkit, tidak berputus asa apatah lagi mengalah dalam perjalanan hidupnya.

Kini Joy Revfa atau pemilik nama penuh Siti Arifah Mohd Amin terus melangkah ke hadapan dengan memfokuskan bisnes yang dimiliki serta memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia sembilan tahun.

Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir enam tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.

Saya terus bangkit dan segera move on demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” kata pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini.

Jelasnya lagi, tidak wujud istilah serik untuk berkahwin lagi, kerana itu semua adalah ketentuan ilahi. “Sekarang saya merupakan tunang kepada Adrian Yeah, dalam masa sama bercinta dengan perniagaan saya lebih menenangkan. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak. Jodoh milik Allah!”

Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan

Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan

Ads

Bagaimanapun, selepas ini Insya-Allah saya terbuka menerima jodoh  ditipkan Allah kepada saya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

Jelas Joy lagi, dia kini tidak mahu memandang kembali masa lalu, serta enggan terlalu larut dibuai perasaan cinta. Joy Revfa mahu terus bangkit membina empayar niaganya. Baharu sahaja melancarkan JOYLIPOP 2 dalam 1, iaitu produk penjagaan bibir dua fungsi.

Dimana terdapat Treatment Lip Butter berbentuk half moon dan Glam Lip Cream yang sangat cantik apabila dioleskan pada bibir.

Ads

Jadi jelas penjagaan bibir yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #joylolipop mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” kata Joy Revfa penuh semangat dan kini tak menang tangan menguruskan perniagaannya.

Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan Enggan Toleh Ke Belakang! Joy Revfa Bangkit Bina ‘Empayar’ Perniagaan, Letak Soal Jodoh Di Tangan Tuhan

Untuk rekod, Joy Revfa kini sedang menjalani hubungan hati dan sudah pun bertunang dengan seorang jejaka cina muslim yang dikenali sebagai Dr Adrian Yeah. Mereka mula berkenalan sejak Februari lalu sebelum memutuskan mengikat tali pertunangan pada Mei 2023.

Kredit Foto: Instagram Joy Revfa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI