Aktif, bijak dan sangat humble.. Itulah yang boleh diperkatakan tentang YM Engku Liyana Zafirah Engku Mohd Suhaimi, kerabat Diraja Pahang yang kini berusia 28 tahun. Mesra digelar sebagai Engku Liyana, antara contoh anak muda yang sangat komited dan cemerlang dalam kariernya.

Sebelum bergelar Pegawai Eksekutif di salah sebuah universiti tempatan, siapa sangka Engku Liyana pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah farmasi kesihatan sekitar tahun 2007. Terbukti, sejak usianya belasan tahun Engku Liyana dah pun ada semangat juang yang tinggi untuk berdikari.

Ads

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

“Saya seorang yang komited dengan apa yang dilakukan dan sukakan cabaran. Prinsip saya sentiasa berusaha, ikhtiar, tawakal dan doa. Namun dalam masa sama saya perlu beringat juga, tak semua yang kita nak tu akan dapat.”

AKTIF BERSUKAN

“Selalunya selepas waktu kerja jadual saya penuh dengan aktiviti sukan. 1-2 kali dalam seminggu saya bersama rakan-rakan akan turun ke Kuala Lumpur untuk bermain badminton atau futsal.

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

Kadang-kadang lepas kerja saya akan berjoging saja di trek berhampiran tempat kerja. Kalau terlalu penat barulah saya akan berehat di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak saudara. Walaupun aktif bersukan saya juga seorang yang family oriented. Saya juga tak akan membawa semua urusan kerja ke rumah kecuali kalau terlalu mustahak.”

AMAL MAKANAN SIHAT

Ads

“Saya hanya amalkan air kosong secukupnya setiap hari. Disebabkan aktif bersukan telah mendorong saya untuk minum air dengan banyak. Saya turut mengurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Sejak kecil keluarga saya memang tak galakkan kami ambil makanan ringan, minuman manis dan bergas. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih pegang nasihat itu. Selain itu, saya sentiasa melalui hari-hari dengan positif demi kesihatan mental dan fizikal yang baik sekaligus dapat mengekalkan awet muda.”

MAHU MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

“Sebagai anak saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan menyenangkan kedua ibu bapa. Mungkin tak akan terbalas jasa mereka tapi saya akan merasa puas jika dapat melihat mereka bahagia dan gembira.

Ads

Merekalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kedua-duanya tegas dan berdisiplin dalam mendidik. Sejak kecil saya dan adik beradik dah diajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sampai jadi.

Seterusnya saya mahu fokus kepada kerjaya. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya lakukan yang terbaik.”

GELARAN WANITA INSPIRASI MASIH JAUH

“Perjalanan untuk mencapai gelaran sebagai wanita inspirasi masih jauh. Setiap wanita ada potensi tersendiri untuk berjaya walaupun apa pun statusnya. Tuhan menjadikan wanita untuk memberi manfaat luar biasa buat keluarga, masyarakat dan negara.

ENGKU LIYANA ZAFIRAH Bukan Sekadar Cantik, Kerabat Diraja Pahang Ini Juga Lasak Di Sebalik Kelembutan

Apa yang penting yakin untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya masing-masing. Seorang wanita inspirasi mampu berdiri di kaki sendiri dan tak bergantung sepenuhnya terhadap lelaki walaupun bergelar isteri dan ibu.”

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI