Cantik manis orangnya dan sangat merendah diri biarpun berasal dari golongan bangsawan. Engku Liyana Zafirah Engku Mohd Suhaimi, kerabat Diraja Pahang yang berusia lewat 20an serta mesra digelar sebagai Engku Liyana ini sebenarnya seorang yang sangat aktif dan bijak.
Ads
Dalam erti kata lain beauty with brain! Engku Liyana juga seorang anak muda yang sangat komited serta cemerlang dalam kariernya.
Sebelum bergelar Pegawai Eksekutif di salah sebuah universiti tempatan, siapa sangka Engku Liyana pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah farmasi kesihatan sekitar tahun 2007. Terbukti, sejak usianya belasan tahun Engku Liyana sudah pun mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berdikari.
“Saya seorang yang komited dengan apa yang dilakukan dan sukakan cabaran. Prinsip saya sentiasa berusaha, ikhtiar, tawakal dan doa. Namun dalam masa sama saya perlu beringat juga, tak semua yang kita nak tu akan dapat.”
AKTIF BERSUKAN
“Selalunya selepas waktu kerja jadual saya penuh dengan aktiviti sukan. 1-2 kali dalam seminggu saya bersama rakan-rakan akan turun ke Kuala Lumpur untuk bermain badminton atau futsal. Namun memandangkan keadaan semasa sekarang, saya hanya melakukan aktiviti kecergasan di rumah.
Kadang-kadang lepas kerja saya akan berjoging saja di trek berhampiran tempat kerja. Kalau terlalu penat barulah saya akan berehat di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak saudara. Walaupun aktif bersukan saya juga seorang yang family oriented. Saya juga tak akan membawa semua urusan kerja ke rumah kecuali kalau terlalu mustahak.”
AMAL PEMAKANAN SIHAT “Saya hanya amalkan air kosong secukupnya setiap hari. Disebabkan aktif bersukan telah mendorong saya untuk minum air dengan banyak. Saya turut mengurangkan makanan berminyak dan bergoreng.
Sejak kecil keluarga saya memang tak galakkan kami ambil makanan ringan, minuman manis dan bergas. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih pegang nasihat itu.
Ads
Selain itu, saya sentiasa melalui hari-hari dengan positif demi kesihatan mental dan fizikal yang baik sekaligus dapat mengekalkan awet muda.”
MAHU MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
“Sebagai anak saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan menyenangkan kedua ibu bapa. Mungkin tak akan terbalas jasa mereka tapi saya akan merasa puas jika dapat melihat mereka bahagia dan gembira.
Merekalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kedua-duanya tegas dan berdisiplin dalam mendidik. Sejak kecil saya dan adik beradik dah diajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Seterusnya saya mahu fokus kepada kerjaya. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya lakukan yang terbaik.”
Ads
WANITA INSPIRASI
“Perjalanan untuk mencapai gelaran sebagai wanita inspirasi masih jauh. Setiap wanita ada potensi tersendiri untuk berjaya walaupun apa pun statusnya. Tuhan menjadikan wanita untuk memberi manfaat luar biasa buat keluarga, masyarakat dan negara.
Apa yang penting yakin untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya masing-masing. Seorang wanita inspirasi mampu berdiri di kaki sendiri dan tak bergantung sepenuhnya dengan lelaki walaupun bergelar isteri dan ibu.”
Umurnya baru dua tahun tapi sudah pandai bersedekah. Gelagat Yusuf Iskandar yang sempat dirakam ketika kanak-kanak ini berada di Mekah nyata mengundang rasa kagum di mata masyarakat. Mana tidaknya, tanpa rungutan … Yusuf secara sukarela menghulurkan makanan kepada kanak-kanak dan jemaah yang berada di sekelilingnya.
Usaha murni Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendidik Yusuf bukan sekadar patut diberikan pujian, malah ia juga wajar menjadi ikutan ramai. Tidak kiralah pada peringkat usia mana sekalipun asalkan ia perkara baik dan memanfaatkan anak-anak, perlu diberi pendedahan awal. Bak kata pepatah, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Lagipun, anak-anak lebih mudah ‘menyerap’ apa yang mereka pelajari seawal usia 0 hingga 3 tahun.
Iyalah, tidak lama lagi pun Yusuf bakal bergelar abang. Jadi kenalah belajar berkongsi mulai sekarang.
Menerusi video berdurasi seminit tersebut, Yusuf tidak hanya memberi sedekah berupa makanan kepada kanak-kanak. Tetapi juga kepada golongan dewasa. The best part is, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi takut. Sebaliknya anak sulung Hanis dan Hairul ini kelihatan selesa berbuat demikian. Allahu, sejuk perut ibu mengandung!
Hanis Zalikha yang kini hamil anak kedua berangkat menunaikan umrah di samping suami dan keluarga tersayang sejak awal Disember lalu. Turut berkongsi foto terbarunya, baby bump usahawan Cakenis ini juga kian jelas kelihatan.
Patutlah laman sosial mereka berdua seakan sepi beberapa minggu lepas, rupa-rupanya pergi melakukan ibadah umrah. Apa-apa pun, mereka semua telah selamat sampai di tanah air semalam.
Hairul Azreen mendirikan rumah tangga bersama Hanis Zalikha pada tanggal 5 Jun 2015 dan dikurniakan Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.
Kredit: Instagram Hanis Zalikha, The Yusuf Iskandar & Hairul Azreen
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura hebat pelakon bertaraf antarabangsa, Dato’ Shah Rukh Khan (SRK) bertebaran ke seluruh pelosok dunia. Manakan tidak, bakat lakonan semula jadi yang ada dalam dirinya membuatkan namanya terkenal di seluruh dunia. Sumbangan beliau terhadap dunia lakonan tidak boleh dipertikaikan lagi setelah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar negaranya.
Nama Dato’ SRK terus mewangi apabila aktif menjalankan aktiviti kemanusiaan sehingga diiktiraf menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang kemanusiaan (Philanthropy) dari University of Law, London. Sebelum ini Raja Bollywood ini telah menerima pengiktirafan yang sama dari University of Bedfordshire dan University of Edinburgh.
Anugerah tertinggi ini dihulurkan kepada Dato’ SRK sebagai pengiktirafan karyanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, akses kepada keadilan dan pengurangan jenayah.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Dato’ SRK selepas menerima anugerah tersebut, “The acid attack victims are the bravest women I have met in my life. They have suffered tremendously,” katanya yang bekerja keras di bawah badan kebajikan naungannya, Meer Foundation. Badan kebajikan ini berusaha untuk memperkasakan mangsa serangan asid di sana.
Dato’ SRK memulakan kerja amalnya dengan memperjuangkan hak asasi manusia di India dan sentiasa memberi sokongan kepada kempen kerajaan India.
Dato’ SRK turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada University of Law, London di laman media sosialnya, “Thank u for the honour @universityoflaw and my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more,” ucap suami kepada Datin Gauri Chibber ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik wajahnya yang cantik dan menawan, wanita jelita yang merupakan pensyarah dan penyelidik kawalan vektor serta penyakit bawaan nyamuk terutamanya Aedes dan culex di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Prof Madya Dr Nur Faeza Abu Kassim sebenarnya cukup bimbangkan peningkatan kes demam denggi di negara ini.
Turut bergelar Medical Entomologist, kepakaran sains Prof Madya Dr Nur Faeza juga membuatkan beliau dilantik sebagai Pengerusi COMBI Negeri Pulau Pinang/USM. Saintis dari USM itu mendapat perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan inovasi baharu untuk mencegah nyamuk Aedes.
Dikenali sebagai BioGel, Prof Madya Dr Nur Faeza berjaya mencipta manik hidrogel yang mampu menarik dan membunuh nyamuk serta penggunaan tumbuhan tempatan untuk menghalau nyamuk Aedes.
Bercakap kepada Utusan, wanita pintar dan disegani masyarakat itu tidak keberatan berkongsi rahsia ciptaannya yang diakui mampu membantu masyarakat sekaligus sektor kesihatan.
“BioGel Bait menggunakan sugar bait technology iaitu memanipulasikan cara pemakanan vektor bertindak dengan kaedah serang dan bunuh.
Ia bertujuan memusnahkan nyamuk Aedes iaitu vektor demam denggi dalam semua peringkat kitar hidup termasuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Menurut Prof Madya Dr Nur Faeza lagi, Biogel Bait berasaskan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan tempatan ialah salah satu kaedah kawalan biologi yang bersifat mesra alam sekitar dan selamat kepada manusia serta haiwan.
Jelasnya, Biogel Bait itu juga mudah digunakan, mesra pengguna malah rendah kos pembuatan. Ia juga sesuai digunakan di dalam dan di luar kawasan rumah, malah boleh diperoleh dengan harga RM10 untuk sebulan penggunaan.
Bukan itu saja, saintis hebat ini turut berkongsi rahsia alam dengan memperkenalkan produk herba anti-Aedes iaitu:
Limau Kasturi
Pokok Basil
Pokok Pudina
“Pokok yang paling berkesan dan mudah setakat ini ialah pokok basil yang selalunya dijadikan ulam manakala limau kasturi dan pudina memerlukan tempoh tertentu untuk berupaya menghalau nyamuk Aedes.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Beliau sempat berpesan kepada masyarakat agar menyokong usaha pencegahan nyamuk Aedes dengan sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membiarkan air bertakung yang membolehkan nyamuk Aedes membiak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...