“Sejak akhir-akhir ini susah sungguh nak tidur malam. Pusing ke kanan salah, pusing ke kiri pun salah. Tak kan nak tidur duduk pula. Sakit pinggang ini semakin menjadi-jadi, nak berjalan jauh pun kejap-kejap asyik cari kerusi saja. Ini mesti sebab masa bersalin anak pertama dulu aku ambil epidural,” kata Zai mengadu kepada teman sepejabatnya.
Apabila usia kandungan masuk ke trimester kedua, perut pula sudah makin membesar. Rasa sakit pinggang di kalangan wanita mengandung adalah normal. Tetapi, bagaimanakah pula kalau sakit pinggang itu terlalu ketara dan mengganggu aktiviti harian. Benar kah epidural menjadi punca?
Adakah benar pengalaman mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang apabila usia meningkat 30an?
Mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur ibu yang hamil.
Sebenarnya bagaimana sakit pinggang ini boleh berlaku?
Sakit pinggang atau sakit di bahagian bawah tulang belakang semasa mengandung adalah berkaitan dengan beberapa faktor. Sesetengah wanita mula mengalami sakit belakang di awal kehamilan lagi. Wanita yang lebih berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau telah mempunyai sakit sebelum kehamilan.
Apakah faktor sebenar yang menyebabkan sakit pinggang kepada wanita?
Berikut adalah senarai perkara yang berpotensi menyebabkan sakit belakang semasa mengandung: ·
Bagaimana pula dengan wanita yang mengambil epidural. Benar atau tidak epidural menyumbang kepada sakit pinggang?
Kajian awal telah mencadangkan bahawa ‘analgesia’ epidural semasa proses bersalin boleh dikaitkan dengan peningkatan insiden sakit belakang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah kajian retrospektif dan reka bentuk metodologi yang kurang baik. Semua kajian yang lebih baik diterbitkan selepas itu menghasilkan keputusan yang sama : tidak ada hubungan di antara ‘analgesia’ epidural dan sakit belakang selepas bersalin dalam jangka masa panjang.
Terdapat sebarang suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang?
Tidak ada diet khas atau suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang, tetapi anda boleh membantu menjaga tubuh anda dalam keadaan yang baik dengan makan makanan yang sihat dengan banyak buah-buahan , sayur-sayuran , dan bijirin penuh. Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan gula. Minum banyak air.
Makanan yang tinggi dalam antioksidan ( seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan buah ) boleh membantu melawan keradangan. Elakkan kafein dan perangsang yang lain, alkohol, dan tembakau.
Bersenam dengan sederhana sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, 5 hari seminggu. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan rejimen senaman yang sesuai.
This website uses cookies.