Semangat patriotik yang tersemat dalam diri pengasas Eskayvie ini telah mencetuskan hasratnya untuk membantu negara menyumbang Tabung Harapan Malaysia. Demi tanah air tercinta, Eskayvie telah melancarkan kempen Tabung Harapan Malaysia pada 4 Jun 2018 lalu. Istimewanya sumbangan terkumpul berjumlah RM30,000 ini datangnya daripada para pengguna produk Eskayvie yang sayangkan Malaysia dan mengimpikan negara tercinta terus pesat membangun dengan penuh harmoni untuk dinikmati rakyatnya.
Melalui Yayasan Eskayvie pula, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan dengan menyelami kehidupan anak-anak yatim, warga tua, warga kurang upaya serta fakir miskin. Syarikat hak milik penuh Bumiputera ini bukan sahaja membekalkan produk kesihatan dan kecantikan semenjak 2009, malah telah membantu puluhan ribu pesakit yang menghidapi masalah Diabetes di seluruh dunia.
Sebagai sebuah syarikat yang membawa visi mementingkan pembangunan ekonomi dan kesihatan Ummah, Eskayvie bukan sahaja berjaya menyuntik semangat perpaduan yang utuh terjalin di antara HQ, Stokis dan Agennya. Malah ia memberi satu dimensi baru melalui penglibatan setiap individu melalui program-program ‘Kembalikan Semula Kebaikan’ kepada masyarakat yang memerlukan.
Pada 7 Julai lalu, Eskayvie telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Eskayvie bersempena Hari Raya. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan disertai oleh Agen serta Stokis selaku nadi utama syarikat. Sambil menikmati hidangan enak cita rasa Melayu, Kelantan dan Siam sebagai hidangan utama majlis ini, tetamu dihiburkan dengan gelagat para peserta yang ‘sporting’ menyertai pertandingan mengikat samping dan pakaian keluarga sedondon.
Eskayvie juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua terutama para pengguna produk Eskayvie yang sebenarnya telah memberi impak besar kepada masyarakat yang memerlukan. Andalah sebenarnya Hero Negara kita yang tercinta ini. Semoga Eskayvie terus maju ke hadapan dengan memacu peningkatan ekonomi dan kesihatan sejagat.
Jualan Mabuk Diskaun Karangkraf Mall Sempena MYCYBERSALE 2017, Dapat Hadiah & FREE SHIPPING Lagi!
Pada 9 hingga 13 Oktober ini, Karangkraf Mall Online bersama-sama lebih 1,000 e-tailers di seluruh Malaysia akan memulakan perang diskaun sesama sendiri! Dan yang pastinya diskaun sehingga 90% Karangkraf Mall tidak harus anda lepaskan!
Apa yang Karangkraf Mall Online tawarkan sepanjang lima hari?
- MAJALAH & BUKU RM1, RM3, RM5, RM10
- BUKU RESEPI TERPILIH 30%
- LEBIH 50 PAKEJ SUPER JIMAT
- FLASH SALE RM1 SETIAP HARI (Syhh… Nonarians standby jam 10am – 11am dan 3pm-4pm tau)
- FREE SHIPPING – PEMBELIAN LEBIH RM100
- HADIAH MISTERI EKSKLUSIF
- BAUCAR TUNAI PERCUMA
- CABUTAN BERTUAH
“Tahun ini, kami yakin dapat mencapai sasaran itu didorong dengan jualan buku dan majalah baharu yang paling laris, serta hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi pembeli setiap hari, antaranya baucar tunai, baju kemeja-T, set bekas makanan dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
Selain itu, Karangkraf Mall juga menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara bagi pembelian RM100 ke atas dan cabutan bertuah setiap hari yang nilainya lebih RM100,” katanya Pegawai Pemasaran dan Promosi, Muhamaad Hazani Sukri.
Menurutnya, pihaknya berharap MYCYBERSALE 2017 akan mendapat sambutan baik daripada pelbagai golongan pembeli di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak dengan membawakan pelbagai promosi hebat dan kelainan tahun ini.
Bagi penyertaan kali keempat ini, Karangkraf Mall akan menawarkan harga menarik serendah RM1 bagi majalah di bawah penerbitan Karangkraf dan buku serendah RM5 dari penerbit Alaf 21, Buku Prima, Kids Prima, Karya Bestari, Buku Pojok dan Bestari Karangkraf.
Muhamaad Hazani berkata, jualan online selama lima hari itu akan menyaksikan lebih 100 majalah akan dilelong dan lebih 3,000 buku dan novel akan dijual murah.
“Terdapat juga lebih 50 pakej buku ‘super jimat’ antaranya pembelian melebihi RM100 akan mendapat penghantaran percuma; lebih RM200 penghantaran percuma dan baucar tunai; serta lebih RM250 menerima penghantaran percuma, baucar tunai dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
Kami ada juga pakej buku dari penulis-penulis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid dan tokoh-tokoh seperti Dr. Basit Abd Rahman, Dr. Rozaimi Ramle serta Ustaz Kazim Elias disamping tawaran beli satu percuma satu serta lebih 15 pakej Al-Quran terbaik serendah RM40 bagi dua naskhah.”
Sempena MYCYBERSALE 2017, Karangkraf Mall turut menganjurkan pertandingan ‘LIKE, SHARE, COMMENT & WIN’ di Facebook Page Karangkraf Mall sehingga Ahad ini, yang menawarkan hadiah penapis air bernilai lebih RM1,000. Layari Karangkraf Mall sekarang! Norzalina Mohd Alias
“Putuskan Kluster Dosa Yang Merosakkan Ramadan” Prof Madya Dr Sharifah Hayaati
Me Time Nona Tanya Ustazah episod kedua hari ini membincangkan topik “Ramadan Di Kala Wabak COVID-19”. Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail berkongsi huraian yang cukup menarik untuk panduan kita bersama.
“Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana caranya untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang merupakan sebaik-baik bulan. Dalam banyak-banyak bulan, bulan ini ada satu malam yang cukup istimewa iaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan.
Dalam bulan ini juga ada sebaik-baik doa di mana apabila ‘diangkat’ doa itu akan menjadi mustajab di sisi Allah SWT. Bulan ini juga adalah masanya untuk seseorang itu beramal soleh demi mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagai tanda dirinya bertaqwa kepada Allah SWT.
Seseorang itu juga akan menghitung dosa-dosanya untuk memohon keampunan Allah SWT. Maka ia akan menjadi amalan yang lebih baik berbanding amalan-amalan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan. Amalan-amalan itu juga akan diganda-gandakan pahalanya oleh Allah SWT.
Apabila seseorang itu menghulurkan kebaikan-kebaikannya seperti bersedekah termasuk kepada ahli keluarga, kaum kerabatnya dan masyarakat di sekeliling maka sedekah itu akan menjadi sebaik-baik sedekah kerana bersedekah dalam bulan Ramadan.
Pendek kata, apa yang dilakukan dalam bulan Ramadan menjadi lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Marilah kita sama-sama berdoa, dengan doa yang ringkas ini.
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sampaikanlah kami dalam bulan yang penuh keberkatan ini”
Justeru, bagaimana kita dapat menyambut kedatangan bulan ini dalam suasana sekarang iaitu ketika pandemik COVID-19? Dalam keadaan kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Walaupun pergerakan kita dikawal namun ia sebenarnya mengawal kita daripada melakukan dosa-dosa kepada Allah SWT. Ia juga mengawal hati kita supaya tidak terus leka serta lalai kepada perintah Allah SWT.
Selain itu, ia juga mengawal emosi kita supaya sentiasa meningkatkan rasa syukur, tenang dan tabah. Sekarang Allah SWT sedang menduga kita dengan ujian berat yang tidak pernah kita fikirkan dan lalui. Maka dengan sebab itulah kedatangan bulan Ramadan kali ini menjadi begitu istimewa bagi kita sebagai umat Islam.
Inilah masanya untuk kita benar-benar bertaubat, benar-benar beribadah kepada Allah SWT, benar-benar bermunajat kepada Allah SWT. Ada hikmah di sebalik situasi yang kita lalui sekarang ini. Namun sedarlah, kita tidak bersendirian kerana bukan hanya Malaysia yang merasai detik kesukaran ini bahkan di seluruh dunia. Sudah tentu ia memberikan keinsafan yang tinggi buat kita.
PERSIAPAN
Persiapan pertama, niatkan bahawa bukan hanya rantaian wabak COVID-19 yang hendak kita putuskan bahkan juga rantaian dosa-dosa. Niat untuk meningkatkan keinsafan dalam diri kita sepanjang Ramadan yang berlainan pada tahun ini. Niat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taubat kita kepada Allah SWT. Maka, betulkan niat kita.
Kesilapan dan kealpaan kita datangnya dari musuh-musuh pelbagai ‘kluster’ antaranya ‘kluster syaitan’. Sebelum bulan Ramadan pun syaitan tetap datang mengganggu kita. ‘Kluster nafsu’ pula lebih kepada nafsu makan terutama ketika berbuka puasa. Orang yang sentiasa menjaga iman dengan baik, ibadahnya pasti tidak akan terganggu dengan mudah.
Mudah mudahan kita bukan sekadar dapat memutuskan rantaian virus COVID-19 tetapi juga rantaian ‘kluster-kluster’ ini yang boleh merosakkan jiwa, akal, emosi serta fokus kita. Semua ini datangnya daripada kluster syaitan, kluster nafsu yang jahat, kluster dunia yang melalaikan dan kluster orang-orang yang merosakkan.
Di dalam satu hadis Rasulullah SAW menyebut “Setiap amalan bergantung kepada niat kamu. Dan kamu akan mendapat apa yang kamu niatkan.” Maka niatkanlah yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik, hasratkan yang baik-baik.
Persiapan kedua, banyakkan memohon ampun kepada Allah SWT. Sekarang apabila diuji kita reda, kita tabah. Istighfar selalu contohnya sambil memasak, sambil buat apa sahaja kerja pastikan lidah kita banyak beristighfar.
Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita, ahli keluarga, masyarakat, apa sahaja dosa-dosa kita dahulu yang kita sedar dan tidak sedar. Mohon ampun dengan Allah SWT. Persiapkan hati, minda dan emosi. Baca perkara-perkara yang baik, elakkan provokasi yang menjuruskan kita untuk memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
Bacalah sesuatu yang boleh memberi inspirasi untuk kita terus membuat kebaikan khususnya dalam bulan Ramadan. Kita kekalkan #kitajagakita Bukan sekadar jaga keselamatan, kesihatan, kebersihan dan ahli keluarga tetapi juga jaga hati kita. Apabila hati bersih dan baik, jaga akal fikiran kita supaya sentiasa positif. Jaga emosi supaya sentiasa tenang dan sabar. Fikirkan apa yang lebih penting untuk kita beramal soleh di dalam bulan Ramadan.”
NU Ideaktiv menyokong penuh kempen duduk rumah sepanjang tempoh PKP. Jadikan ujian ini sebagai asbab untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Bersyukurlah kerana ujian inilah kita dapat meningkatkan ibadah dan berdoa mohon keampunan dari Allah SWT.
Bersyukurlah kerana ujian ini juga tanda kasih sayang Allah kepada kita. Kasih sayang kita terhadap ahli keluarga juga kembali subur. Jika sebelum ini ibu bapa sering sibuk dengan urusan kerja namun kini Allah SWT memberi ganjaran ‘masa ekstra’ untuk kita bersama keluarga. Jika sebelum ini kurang masa untuk beristirehat namun kini kita ada banyak masa untuk seimbangkan masa antara urusan kerja dan rumahtangga.
Bersyukurlah kerana Ramadan kali ini cukup istimewa kerana ianya penuh dengan hikmah yang tersirat. Hanya Dia Maha Mengetahui.
#syukurbersama
Ibu-Ibu Jangan Susah Hati Kalau ANAK Lambat BERCAKAP, Ini Penyelesaiannya!
Hampir dua tahun si kecil anda dilahirkan. Zahirnya, dia kelihatan normal tetapi hanya sedikit perkataan terpacul dari mulutnya. Semakin hari, semakin risau si ibu namun si kecil tadi tetap dengan aktiviti lasaknya. Masih menyanyi, berborak dan membebel walaupun butir bicaranya tidak jelas dan lancar. Bagi ibu bapa, selain membawa mereka bertemu pakar, anda tidak perlu berfikir yang bukan-bukan. Informasi ini pasti menambah pengetahuan anda.
Kenali si kecil ‘late talker’
- Kanak-kanak berusia 18 hingga 30 bulan
- Boleh memahami bahasa atau percakapan dengan baik
- Meningkatkan keupayaan skil bermain, berfikir dan sosial
- Boleh memberi tindak balas terhadap sesuatu emosi
- Terhad dari segi pertuturan dan penggunaan perkataan
Ketahui bagaimana untuk menilai keupayaan ‘late talkers’:
- Sebelum 12 Bulan
- Si kecil akan memulakan butiran atau sebutan mereka dengan penggunaan perkataan yang singkat-singkat. Bercakap secara lembut dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan mereka. Semakin usia mereka meningkat, pertuturan si kecil bertambah jelas dengan penggabungan perkataan singkat menjadi satu perkataan. Biasanya anda boleh melihat peningkatan ini pada usia mereka sembilan bulan.Perkembangan mereka boleh terus diperhatikan dengan keupayaan untuk peka kepada bunyi. Mereka mula mengenali objek-objek yang paling hampir seperti botol susu dan puting. Seandainya mereka tidak memberi tindak balas terhadap perkara-perkara ini, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar pendengaran.
- Dari 12 Hingga 15 BulanDalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan Mama bola itu.”
- Dari 18 Hingga 24 BulanKanak-kanak mempunyai pelbagai keupayaan dan lazimnya mereka boleh menyebut 20 patah perkataan. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkataan yang boleh disebut oleh si kecil. Jika diperhatikan, si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “adik menangis“ atau “bas besar.”
- Dari 3 Hingga 4 Tahun
Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya.Pada usia tiga tahun, mereka mampu untuk menerima arahan dan bertindak balas terhadap apa yang disuruh. Contohnya, jika mereka disuruh menyimpan kembali barang mainan yang berselerak ke dalam bakul atau duduk untuk menikmati hidangan.
Apa yang perlu anda lakukan?
- Bawa mereka berjumpa doktor
- Pertemuan dengan pakar untuk memeriksa pendengaran mereka adalah langkah pertama yang perlu diambil. Sesetengah ibu bapa berpendapat, setelah melepasi ujian pendengaran sewaktu bayi baru dilahirkan, ia menunjukkan bahawa si kecil tidak mempunyai masalah pendengaran. Pendapat ini adalah salah dan sebagai ibu bapa, anda perlu membawa mereka bertemu pakar.
- Perhatikan tindak balas tubuh badan, cara bermain dan pandangan mata
- Selidik gerak-geri mereka terutama ketika mereka berada di sekeliling rakan-rakan mereka. sekiranya mereka dilihat agak ketinggalan, bawa si kecil bertemu dengan pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang sesuai untuk mereka.
- Aktiviti berulang
- Baca buku atau nyanyian secara berulang kepada si kecil. pengulangan ini boleh membantu mereka mengingati dan mengikut apa yang dibaca dan dinyanyikan. Lama kelamaan, mereka boleh menyambung nyanyian anda dengan perkataan, dan ini boleh menambahkan koleksi perkataan si kecil.
- Gabungkan perkataan dan aksi
- Bantu mereka mempelajari kuasa perkataan seperi “Sedia…mula!” sebelum melakukan aktiviti menggembirakan. Ulangi dan anda boleh lihat perkembangan mereka mengikut kata-kata anda.
- Sayangi mereka
- Kasih dan sayang mengatasi segalanya-galanya. Kanak-kanak perlu disayangi dengan hubungan yang lebih akrab dengan ibu bapa.