Perhiasan barang kemas dan wanita pastinya menjadi sahabat baik antara satu sama lain. Selain mempunyai nilai yang tinggi, barang kemas juga mampu menunjang penampilan seorang wanita. Namun tahukah anda, pemilihan aksesori yang tempat pada tata gaya anda bukan sahaja melengkapkan gaya anda bahkan, ia juga boleh menaikkan seri penggayaan anda. Jangan gusar kerana Majalah Nona boleh membantu anda mencari aksesori yang serasi dengan tema dan acara yang anda mahu hadiri.

Ads

KEMILAU GLAMOR(ACARA MALAM)
Untuk kategori ini, barangan kemas seperti emas putih atau berlian amat sesuai digayakan. Sedikit perincian dan kilauan pada rantai atau subang anda membantu menaikkan seri wajah anda. Pikat hati si dia dengan penampilan anda yang memukau!

Etika Memakai Aksesori Barang Kemas Sempurna Mengikut Acara!

ANGGUN KE PEJABAT(ACARA FORMAL)
Acara ini termasuklah berhias untuk ke tempat kerja atau menghadiri mesyuarat. Kami sarankan untuk memilih item yang lebih minimalis dan serba ringkas agar ia tidak menganggu penampilan anda. Sebagai contoh rantai labuh dan sepasang subang mutiara atau batuan kecil untuk melengkapkan gaya formal anda.

Etika Memakai Aksesori Barang Kemas Sempurna Mengikut Acara!

 

Ads

TRENDY DENGAN GAYA IKONIK(ACARA SEMI FORMAL)
Majlis semi-formal termasuklah menghadiri acara peragaan fesyen atau majlis pelancaran yang kebiasaanya diadakan pada sebelah petang. Oleh itu, tidak salah untuk memberikan sedikit ‘usaha’ dalam bergaya dengan barang kemas anda. Anda juga bebas memilih warna dan bentuk aksesori anda mengikut acuan penampilan anda.

Etika Memakai Aksesori Barang Kemas Sempurna Mengikut Acara!

Ads

ATUR LANGKAH LINCAH(ACARA SANTAI)
Untuk acara santai anda boleh memilih barangan perhiasan yang lebih ringan dan ringkas. Elakkan memakai rantai atau subang yang sarat dengan perincian. Ia mungkin tidak sepadan dengan penampilan anda.

Etika Memakai Aksesori Barang Kemas Sempurna Mengikut Acara!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI