Bercuti bersama pasangan memang menyeronokkan tetapi bila dikurniakan cahaya mata ramai pasangan yang mula berhenti menghabiskan masa bercuti bersama dan tidak terkecuali juga ada di kalangan pasangan yang meninggalkan anak bersama pengasuh di rumah. Bagi Dato Jovian dan Datin Nina pula, lebih selesa membawa ke mana-mana sahaja anak kesayangan kala bercuti.
“Kalau ikutkan memang banyak perbezaan ketika melancong berdua dan sesudah memiliki cahaya mata. Dulu semasa melancong berdua kami lebih spontaneous dan adventurous tapi sejak kehadiran Jeanelle, everything has to be well-planned. Even the flight timing has to follow her schedule supaya tidak mengganggu nap time atau waktu tidur Jeanelle.
And in terms of preparation juga pasti berbeza, kalau dulu semasa masih berdua kami tidak terlalu fikir apa barang yang nak dibawa, memadai bawa yang asas dan penting sahaja tetapi, dengan adanya Jeanelle kadang-kala saya rasa macam perlu pack bawa satu rumah, semuanya demi keselesaan dan untuk kemudahan Jeanelle,” kata Datin Nina sambil tertawa kecil.
Menurut ibu kepada Jeanelle Nika Mandagie yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan November, sejak kehadiran Jeanelle, pengalaman bercuti begitu berbeza sekali. Ini kerana pasangan ini akan memilih destinasi yang baby friendly dan yang ada aktiviti yang bersesuaian untuk puteri kesayangan mereka. Sebagai contoh lokasi yang bakal dilawati adalah zoo. Dato Jovian dan Datin Nina juga akan memilih destinasi yang mudah untuk bergerak dan mempunyai pengangkutan asas bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ramai orang yang suka melancong dan teruja membilang hari detik percutian tetapi tidak gemar untuk mengemas pakaian yang perlu disediakan untuk melancong. Situasi ini pasti berlegar di kalangan setiap individu. “Bagi kami pula bergantung kepada tempoh percutian itu sendiri, kalau percutian hujung tahun yang selalunya mengambil masa dua hingga tiga minggu, pastinya masa yang diambil untuk packing adalah lebih lama, dalam dua atau tiga 3 hari. Lebih-lebih lagi kalau it’s a winter holiday, bertambah banyak barang yang harus disiapkan terutama baju-baju sejuk. Setelah kehadiran Jeanelle, saya mengambil masa yang lebih lama untuk packing demi memastikan segala keperluan dan kelengkapan Jeanelle tiada yang tertinggal.
Barang-barang yang wajib dibawa kala bercuti? Sudah semestinya kelengkapan dan keperluan untuk Jeanelle terutamanya ubat-ubatan sekiranya diperlukan, dan juga stok-stok susu, snek, lampin pakai buang, tisu basah anak dan losen. Ini kerana saya akan pastikan semuanya mencukupi dan teratur.
Dato Jovian dan saya juga wajib membawa laptop semasa bercuti untuk memastikan kami boleh dihubungi melalui e-mel oleh pekerja-pekerja kami sekiranya perlu. Ini kerana kadang-kala kami akan berada di luar negara dalam tempoh yang agak lama jadi kami harus pastikan yang kami tetap reachable sekiranya ada hal-hal kecemasan yang berkaitan dengan urusan kerja yang memerlukan perhatian segera daripada kami. Dato Jovian juga akan membawa sketch papers ke mana-mana beliau pergi, jadi sekiranya idea datang tiba-tiba beliau akan terus melakar idea tersebut,” terang Datin Nina sambil tersenyum.
Momen percutian sepatutnya indah untuk disimpan dalam kamus kehidupan setiap individu. Namun kadang-kadang percutian itu menjadi huru-hara kerana tiada persediaan awal untuk melawat ke negara orang. Itu lah pentingnya membuat itenary sebelum keluar melancong.
“Tip daripada saya bagi yang mahu keluar bercuti plan ahead and plan well especially if you’re going on a holiday in a peak season. Begitu juga kalau hendak melawat tempat-tempat pelancongan seperti muzium, eloklah tiket dibeli awal secara online kerana ia lebih murah dan menjimatkan,” ungkap Datin Nina.