Fabrik memainkan peranan penting untuk memastikan pakaian yang dipilih selesa saat ia dipakai. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadan ini. Pemilihan fabrik yang tepat perlu ditiitikberatkan agar anda berasa selesa sepanjang hari.  Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, jadi bagaimana untuk kurangkan masalah dehydration ni? salah satu cara ialah dengan pemilihan material fabrik yang betul untuk dipakai sepanjang bulan Ramadan ini. Nak tahu fabrik apa yang dimaksudkan? Jom Nona kongsikan 5 fabrik yang sesuai dipakai di bulan Ramadan!

Ads
  1. FABRIK COTTON

Fabrik  mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim iaitu Cotton Fabric/Kain Kapas. Pada musim panas kain kapas ni mampu menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk. Jadi memang sesuailah untuk dipakai sepanjang bulan Ramadhan disebabkan fabriknya yang tidak panas dan si pemakai akan lebih selesa sepanjang berpuasa.

Fabrik Yang Betul Di Bulan Ramadan Ini, Barulah SELESA Nak Beribadah & SEGAR Sepanjang Hari!

  1. FABRIK SUTERA

Kain sutera dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Menyejukkan tubuh pada musim panas dan menghangatkan di musim sejuk.

  1. SIFON

Rasanya ramai yang kenal kan dengan fabrik jenis chiffon ini. Kebanyakannya digunakan untuk gaun pengantin dan baju kurung moden serta juga muncul dalam pakaian malam, gaun prom, dan tudung. Sifon  ni sangat selesa dan tak panas sebab kainnya yang nipis. Sifon boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti sutera, poliester, atau rayon.

Ads

Fabrik Yang Betul Di Bulan Ramadan Ini, Barulah SELESA Nak Beribadah & SEGAR Sepanjang Hari!

Ads
  1. AKRILIK

Kain akrilik juga boleh dirujuk sebagai bulu tiruan. Kegunaan utama kain akrilik adalah sebagai t-shirt. Kain akrilik ini terkenal dengan memberi keselesaan buat si pemakai. Akrilik juga tidak pudar dalam tempoh yang lama.

  1. FABRIK CREPE

Sejenis kain yang nipis dan lembut dengan permukaan yang bergerutu, ia mudah digosok dan tidak mudah berkedut. Kain crepe ini bersifat jatuh, senang untuk dibentuk, selesa dan tidak panas. Tidak peliklah ramai yang memilih fabrik ini untuk dijadikan baju.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI