Kuasa solekan bukan untuk mengubah wajah tetapi adalah untuk memperindah wajah. Sebenarnya solekan berfungsi sebagai pembentukan wajah. Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah tertentu bagi menutupi setiap kekurangan.
Ads
Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindah wajah seseorang.
Trik Untuk Dicuba
Ads
- Wajah yang bersolek tetapi nampak seperti tidak bersolek adalah gaya solekan yang menjadi trend kini. Tampil asli dan semula jadi. Bagi gaya solekan begini guna span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air.
- Tekan hujung span dengan bedak asas mengikut tona kulit dan tekap di wajah yang sudah dibersihkan. Jangan menyapu bedak asas di wajah kerana solekan tampak tidak sempurna.
- Bagi pembentukan wajah boleh memilih bedak asas yang sedikit gelap dan sapu di bahagian yang mahu ditonjolkan seperti garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir. Kemudian sapu bedak debu dengan berus khusus agar solekan tampil sempurna dan sekata.
- Solekan mata adalah perkara utama dalam solekan. Mata boleh berubah bentuk hanya dengan kuasa solekan. Bagi mendapat efek mata yang lebih besar boleh mencuba pengalit mata selain daripada rona hitam. Pilihan rona seperti hijau, biru atau coklat memberikan efek mata yang berbeza.
- Pakai pembayang mata yang berona terang di bahagian tulang kening untuk memberi kesan mata yang lebih galak. Jangan lupa pakai penyamar noda di bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam bawah mata.
- Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu.
- Kemudian lukis kening menggunakan pensel kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Kemudian boleh letak gam di bahagian bawah kening yang tebal dan biarkan seketika. Sapu bedak asas di bahagian yang digam tadi berhati-hati. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening.
Jom serbu Fabulous MUA Nona x FCC yang bakal berlangsung pada 14 & 15 September nanti. Jumpa di sana…
Ads