Program Realiti Digital Pencarian Make Up Artist Fabulous MUA pertama seumpamanya di Malaysia hari ini memasuki episod kedua . Pada episod kali ini, sembilan peserta masih berentap bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia setelah episod satu menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan oleh para juri.
Program Realiti Fabulous MUA ditaja oleh Farmasi Colour Cosmetics atau FCC Malaysia ini bersiaran melalui platform digital Majalah Nona, YouTube, Facebook dan laman web rasmi majalah Nona iaitu www.nona.my.
Episod kali ini turut menampilkan beberapa orang personaliti yang bakal mengadili hasil solekan para peserta pada episod kali ini. Juri jemputan untuk episod ini ialah jurusolek professional yang sering menata rias Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Epie Temerloh, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pematah Hati dan Vroom Vroom, Nabila Razali dan Editor majalah Hijabista, Suria Hassan. Manakala Pengarah Urusan FCC Malaysia, Illi Zawani Ismail dan Editor Pengurusan majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap Fabulous MUA. Manakala Fiza Frizzy pula selaku hos untuk rancangan istimewa ini.
Pada episod kedua, para peserta telah diberi tugasan yang lebih mencabar bagi menguji sejauh mana mereka mampu mempersembahkan hasil solekan yang menepati tema yang bakal diberikan. Kali ini, peserta dibenarkan memilih model masing-masing dengan tema Naked & Hijab Styling. Para peserta diberikan masa satu jam untuk menyolek model dengan solekan naked face serta mengenakan hijab tajaan Sofea Rose untuk digayakan oleh para model.
Para peserta nampak teruja dengan tema tugasan hari ini walaupun ada yang merasakan solekan naked face sebenarnya adalah sukar memandangkan solekan yang ditampilkan perlu nampak natural. Juri jemputan Epie Temerloh turut berkongsi beberapa tips solekan nude make up dengan para peserta bagi menyuntik lagi semangat para peserta menghasilkan karya solekan yang terbaik!
Usai satu jam memenuhi task, para peserta dinilai di hadapan juri tetap dan juri professional. Sebelum memulakan proses penjurian, Epie Temerloh selaku juri jemputan turut berkongsi definisi sebenar nude make up yang kebanyakan peserta agak keliru dengan fresh make up.
Pelbagai reaksi dan komen positif dan negatif diberikan oleh para juri memandangkan ada di antara para peserta tidak mempunyai sentuhan pemakaian hijab yang kemas dan teliti pada model pilihan mereka. Juri turut berkongsi pandangan mereka mengenai penggayan hijab yang sesuai apatah lagi sekiranya para peserta Fabulous MUA ini menjadi hijab stylist untuk jenama scarf yang ingin menonjolkan lagi keindahan produk mereka berbanding sekadar ikatan tudung biasa sahaja.
Kali ini, Arda Dhia terpilih sebagai Pemenang Cabaran Episod 2. Tahniah diucapkan buat wanita berusia 29 tahun dari Johor Bharu ini. Jika ada pemenang, tidak sah jika tidak ada peserta yang berada di tangga tercorot. Episod ini menyaksikan sekali lagi Zukif sekali lagi berada di tangga tercorot.
Bukan sahaja Zukif, Albin juga turut diheret ke tangga tercorot. Jika episod 1 tiada penyingkiran dilakukan, namun episod ini penuh kejutan apabila bukan seorang, tetapi dua orang peserta terpaksa meninggalkan program digital realiti Fabulous MUA. Nampaknya, Albin dan Zukif menjadi peserta terawal meninggalkan program ini pada episod kedua.
Pemenang hadiah utama Fabulous MUA NONAXFCC akan membawa pulang trofi, wang tunai RM6,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM10,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang trofi, wang tunai RM3,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM5,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan kambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Manakala pemenang tempat ketiga pula bakal menerima sebuah trofi, wang tunai RM2,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Tidak dilupakan, pemenang saguhati akan membawa pulang sijil penyertaan, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah Nafura dan barangan O bag.
Jangan lupa saksikan 7 peserta di episod 3 pada 6 November 2019 jam 8 malam di platform digital majalah NONA iaitu YouTube majalah NONA dan Facebook majalah NONA. Apakah pula cabaran yang bakal dihadapi oleh para peserta yang mara ke peringkat seterusnya? Sudah tentu cabaran makin sengit dan task yang diberikan pastinya lebih mencabar! Siapakah peserta favourite anda ? Jangan lupa tonton aksi mereka 6 November nanti!
Mari kita lihat hasil sentuhan peserta Fabulous MUA untuk cabaran kedua ini:
This website uses cookies.