#FabulousMUA Episod PERTAMA Dah Kena Tegur Sampai MENANGIS, Apa Pula Cabaran Seterusnya

18345

Program Realiti Digital Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA pertama seumpamanya di Malaysia kini bermula. Program ini menyaksikan 9 peserta berentap bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian makeup artist pertama di Malaysia ini. Siapakah bakal menjadi pemenangnya? Jangan lupa ikuti program ini hingga ke episod akhir.

IKLAN
IKLAN

Penaja rasmi Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA ini adalah Farmasi Colour Cosmetics (FCC) Malaysia dan bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona; Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.

Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA ini berjumlah 6 episod dan akan bersiaran selang 2 hari. Save the Date! untuk menyaksikan episod seterusnya; Episod 2 (3 November – 8.00 malam), Episod 3 (6 November – 8.00 malam), Episod 4 (8 November – 8.00 malam), Episod 5 (10 November – 8.00 malam) dan Episod 6 (13 November – 9.00 malam).

Menurut Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak program ini adalah platform mencari makeup artist amatur untuk dilonjakkan namanya di bidang solekan dan keusahawan.

Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang Trofi, wang tunai RM6,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM10,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, Beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.

Pemenang tempat kedua akan membawa pulang Trofi, wang tunai RM3,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM5,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.

Pemenang tempat ketiga akan membawa pulang sebuah Trofi, wang tunai RM2,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O Bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co. Manakala pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang Sijil Penyertaan, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah Nafura dan barangan O bag.

Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan diadili oleh juri profesional iaitu Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap. Manakala juri jemputan untuk episod 1 ialah Makeup Artist Selebriti terkenal Deqsha, MUA Bellaz dan pelakon terkenal Zulin Aziz.

Setiap peserta akan diberi cabaran berbeza setiap minggu dan diberi masa hanya 1 jam untuk menyiapkan model mereka. Cabaran episod 1 ialah Secret Make Over. Lebih mencabar apabila model yang telah dipilih adalah model Plus Size dan peserta diuji sekali lagi apabila tidak boleh memilih model sebaliknya model yang memilih peserta.

Ketika sesi penjurian 9 peserta ini telah mempersembahkan hasil solekan mereka mengikut masa yang diberikan. Ada yang mendapat pujian juri dan tidak kurang juga yang dikecam sehingga menitiskan air mata.

PESERTA PERTAMA

 

Hasil Solekan EL MANDA berkonsepkan editorial majalah
PESERTA KE-2
Hasil Solekan SUZANA berkonsepkan mempertingkatkan kecantikan wajah
PESERTA KE-3
Hasil solekan UMMI KAYY berkonsepkan nude makeup
PESERTA KE-4
Hasil solekan ALBIN berkonsepkan muka depan majalah berinspirasi Robin Hood
PESERTA KE-5
Hasil solekan ZUKIF berkonsepkan solekan minimalis
PESERTA KE-6
Hasil solekan ARDA DHIA berkonsepkan Arabian Doll Look
PESERTA KE-7
Hasil solekan SHAHZARD DUO berkonsepkan Bollywood
PESERTA KE-8
Hasil Solekan NIK ASWAT berkonsepkan Inspirasi Negeri Kedah
PESERTA KE-9
Hasil Solekan WIRA berkonsepkan Summer Romanticism

Tahniah diucapkan kepada ShahZard Duo telah dipilih oleh Juri Profesional sebagai Pemenang Cabaran Episod 1. Manakala Zukif dan Ummi Kayy perlu berhati-hati untuk episod seterusnya kerana merupakan 2 peserta markah terendah tetapi beruntung kerana tiada penyingkiran pada episod ini. Bangkit di episod 2 ya!

Jangan lupa saksikan 9 peserta ini di episod akan datang pada 3 November 2019 jam 8.00 malam bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.