#FabulousMUA Lipstik Tamat Tempoh Punca BIBIR GELAP? Cuba Amalkan Tip Mujarab Ini, No. 3 Tu Paling Menjadi

Wanita mana tak risau bila tiba-tiba tengok cermin, kulit bibir jadi bertambah gelap dan kusam. Macam perokok pun ada. Mungkinkah sebab pemakaian lipstik yang mengandungi plumbum? Atau adakah kerana faktor usia yang semakin meningkat?

Apa punca kondisi bibir yang merah berubah gelap? Usah khuatir! Kini tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah.

Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan ini untuk mencerahkan bibir semula.

  1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
  2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
  3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
  4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
  5. Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
  6. Hadkan daripada pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
  7. Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
  8. Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
  9. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test
    Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur, bersihkan bibir anda DAN jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
  10. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan pelembap bibir bagi melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.
Share
Published by
Hamizatul Maizan