Makin lama makin ‘panas’ tengok program realiti digital pertama pencarian makeup artist Fabulous MUA. Memasuki episod ketiga, bahang dan tekanan merebut gelaran juara kian terasa dalam kalangan para peserta dengan masing-masing mula tunjuk ‘taring’ demi menarik perhatian juri selain enggan tersingkir. Namun, nasib tidak menyebelahi Suzana Zainan dan El Manda Suhairy dalam episod kali ini kerana kedua-duanya berada di kedudukan dua terbawah!
Mengetengahkan tema solekan Quick Makeup, peserta hanya diberi masa 30 minit untuk menyiapkan tugasan kali ini. Dalam keadaan masih terpinga-pinga menerima cabaran tersebut, peserta sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi ujian… iaitu hanya dibekalkan 10 produk Farmasi Color Cosmetics (FCC) sahaja!
Ads
Aduh, sudahlah kena cepat. Cuma guna 10 barang mekap pula tu. Memang menguji kemampuan. Patutlah emosi peserta terganggu dan salah seorang yang paling tercalar emosinya ialah Suzana Zainan!
Mana tidaknya, orang lain dapat sekotak barangan mekap FCC yang lengkap dengan 10 produk. Tetapi Suzana atau lebih dikenali sebagai Ana pula, dapat kurang daripada jumlah itu. Semuanya gara-gara kesilapan Ana sendiri yang tidak membawa kesemua barangan kosmetik FCC yang telah diberikan kepada setiap peserta. Sebaik menyedari kekurangan tersebut, air mata Ana mengalir laju dan berkali-kali ayat ‘Aku tak boleh buat’ terpacul dari bibirnya sambil menghentak-hentak kotak mekap yang ada di atas meja sebagai tanda kesal.
Melihat keadaan Ana yang sedang berang, para peserta dan model datang menenangkan ibu empat anak ini dengan kata-kata semangat. Kata Ana, “Dengan rasa tak sedap hatinya, saya tengok dekat meja saya tu hanya ada powder, ada eyeliner, eyebrow dan maskara set. Saya terus cakap, ‘Apa ni… Aku tak boleh buat, aku tak boleh perform benda ni. Takkan benda ni je ke aku nak bagi makanan untuk family aku.’
It’s very hard, very frustrated… makeup ni my passion. Nak berkarya memang sepenuh jiwalah. Ia bukan sebab kita nak buat benda-benda ini untuk glamor. No! Saya ada strong reason tak bawa full kotak mekap FCC.”
Situasi tegang itu berlarutan selama hampir 15 minit sebelum Ana kembali tenang dan mula menata rias wajah model yang juga rakan karibnya sejak kecil. Disangkakan ‘derita’ Ana sudah berakhir, rupanya ia kembali hangat sebaik jurusolek terkemuka iaitu Nurul Shukor datang memantau solekan peserta. Terkejut dengan barang mekap Ana yang sangat terhad, Nurul Shukor atau selesa digelar Babah menyapa dengan penuh tanda tanya.
“Kenapa jadi macam ni? Dengar khabar mereka bagi satu box, kan? Ini pertandingan, I don’t care. Aku cabar kau, Ana… aku cabar kau betul-betul sekarang. Aku nak dalam masa dan produk ni kau boleh buat mekap terbaik daripada mereka. Jangan tunjuk kau nak menangis, aku nak tengok kau buat betul-betul,” tegas Nurul Shukor.
Ads
Dek kerana kreativiti Ana terhad akibat kekurangan barang mekap, dia berada di kedudukan tercorot bersama seorang lagi peserta, Manda yang akhirnya disingkirkan daripada Fabulous MUA.
Ads
Sementara Ummi Kay yang pernah dikritik hebat juri dalam episod pertama disebabkan solekannya seperti ‘perempuan kampung’… kembali bangkit membuktikan kemampuan diri. Dalam episod kali ini, konsep ‘the eye upside down’ yang dipertaruhkan berjaya menarik perhatian para juri dan disifatkan sangat urban, chic dan fresh. Sekaligus dinobatkan sebagai pemenang bagi episod ketiga setanding pemenang episod terdahulu iaitu Shahzard Duo dan Arda Dhia.
Kini hanya tinggal enam sahaja peserta yang masih bertanding untuk memenangi gelaran juara Fabulous MUA yang turut bakal membawa pulang trofi, wang tunai, barangan kemas Habib Jewels, penginapan dua hari satu malam di hotel Sunway Group, produk penjagaan wajah Nafura, produk kosmetik FCC dan Bag O Bag. Episod ketiga ini turut menampilkan Nurul Shukor, Sheila Mohamed dan Kilafairy sebagai juri jemputan. Manakala Kiffy Razak dan Ili Zawani kekal sebagai juri tetap.
Saksikan episod seterusnya Fabulous MUA pada Jumaat, 8 November ini jam 8 malam di saluran Youtube, Facebook dan laman web Majalah Nona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh berbasikal trek negara dikenali The Pocket Rocketman berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan pingat Darjah Kebesaran berkenaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu menerusi hantarannya di laman sosial.
Meskipun sibuk membuat persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos ini, Dato’ Azizulhasni atau nama penuhnya Muhammad Azizulhasni Awang hadir ditemani isteri tercinta, To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samad.
Tampil segak berbaju Melayu serba hitam lengkap tengkolok dan samping, penyampaian pingat Darjah Kebesaran Terengganu ini kepada atlet anak jati Dungun, Terengganu itu dilihat cukup tepat.
SEMANGAT OLIMPIK
“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia diatas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu.
Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.
Patik sungguh terharu diatas pengurniaan ini dan berasa bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman,” titipnya yang menerima darjah kebesaran itu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu.
Susulan kurniaan bersebut, graduan Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia itu tersebut menzahirkan penghargaan buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Patik sekalian juga mendoakan agar Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan,” kongsinya.
Pasangan suami isteri tersebut turut berkesempatan hadir ke Majlis Santapan Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada hari yang sama.
Tahniah Dato’ Azizulhasni dan To’ Puan Athiah Ilyana! Semoga atlet negara ini terus diberi kekuatan untuk berjuang memenangi emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti!
Penampilan menarik, bergaya bagai model! Itu adalah persepsi awal penulis tatkala melihat penampilan peserta Fabulous MUA NONAXFCC menghadiri sesi briefing awal peserta baru-baru ini. Muhammad Zulkifli Naim Mohd Daud, merupakan peserta termuda Fabulous MUA yang terpilih menyertai rancangan realiti digital anjuran majalah NONA yang julung kali diadakan.
Sebagai peserta termuda di antara sembilan peserta yang lain, pastinya pengalaman dirinya masih ‘hijau’ berbanding peserta-peserta lain yang mempunyai pengalaman dalam bidang solekan.
Namun itu tidak pernah menjadikan Zukif tidak yakin dan rendah diri untuk meneruskan persaingan dalam rancangan realiti digital bagi menimba pengalaman bukan sahaja dari para peserta, malah para juri yang bakal mengadili hasil seninya itu. Bagi Zukif, ini merupakan platform dan peluang terbaik buat dirinya menimba ilmu untuk digunakan dalam kerjaya hariannya.
Segalanya bermula dari minat terhadap alat solekan menjadi titik permulaan untuk Zukif mencari keserasian dalam dunia solekan yang menjadi sebahagian rutin seorang wanita. Bagi dirinya, melihat wanita tampil cantik dengan bantuan alat solekan menjadi salah satu sebab mengapa dia meminati make up.
“Pada mulanya saya tidak tefikir untuk menjadi MUA. Tetapi, lama-kelamaan apabila saya mula bereksperimen dengan alat solekan dan menggunakan wajah kakak saya sebagai model solekan, lama-kelamaan saya belajar mengenai teknik solekan melalui pemerhatian, latihan dan You Tube. Itu antara sejarah awal bagaimana saya bermula dalam bidang solekan ini sejak tahun 2016,” ujar Zukif yang mempunyai perwatakan yang mudah untuk didekati.
Ditanya apa yang mendorong dirinya menyertai Fabulous MUA NONAXFCC, tambah Zukif dia menyertai program realiti digital ini setelah dicabar oleh kawan baiknya untuk sama-sama mencuba bakat menghadiri sesi ujibakat yang diadakan di MSU awal September lalu.
“Saya sebenarnya tidak membuat sebarang persediaan rapi ketika menghadiri sesi ujibakat Fabulous MUA ini kerana saya dipaksa oleh rakan baik untuk menemaninya menghadiri uji bakat tersebut. Saya sahut cabarannya untuk sama-sama menghadiri ujibakat. Tak sangka pula saya terpilih ke peringkat seterusnya dan kemudian layak menjadi top 9 Fabulous MUA. Saya anggap ini rezeki dan dorongan untuk saya meneruskan minat dalam dunia solekan walaupun saya tidak terfikir untuk menjadi Make Up Artist,” ujar Zukif jujur mengenai perjalanan yang dilaluinya sebelum terpilih menjadi top 9 peserta Fabulous MUA.
Menyentuh mengenai idola dalam dunia solekan, Zukif amat meminati hasil karya Syedewa dan Khir Khalid kerana solekan kedua-dua jurusolek professional tersebut mempunyai sentuhan yang everlasting dan sentiasa nampak cantik dan kemas. Tidak hairanlah mengapa Zukif lebih selesa mengetengahkan konsep solekan malar segar yang menjadi trademark buat dirinya kerana dirinya amat meminati solekan yang minimalis.
Mengakui baharu setahun jagung dalam bidang solekan, Zukif masih terlalu hijau dalam dunia solekan dan perlu belajar banyak lagi asas dan teknik solekan agar perjalanannya dalam dunia solekan ini lancar dan dikenali oleh golongan selebriti dan VIP. Walaupun sebelum ini dia belum berkesempatan menata rias selebriti mahupun golongan VIP, Zukif berharap penyertaannya dalam Fabulous MUA membuka platform dan ruang untuk dirinya memperbaiki skill solekan dan komunikasi memandangkan rancangan digital Fabulous MUA bukan sahaja melakukan penjurian terhadap hasil solekan semata-mata, malah social skills serta kemahiran berkomunikasi juga diambil kira memandangkan seorang make up artist yang serba boleh mampu berkomunikasi dengan baik terutamanya ketika menatarias golongan VIP, Kerabat Diraja mahupun selebriti.
Saksikan Zukif dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA NONAxFCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA. Antaranya di YouTube, Facebook dan laman web rasmi majalah NONA bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuat semangat Siti Elizad Mohamad Sharifuddin untuk bergelar seorang ibu! Meskipun sudah dua kali menjalani rawatan kesuburan IVF namun selebriti cantik ini tidak putus asa berjuang untuk hamil dan menimang cahaya mata. Enggan meratap sedih, Elizad kini lebih tenang menerima ketentuan takdir.
Ditemui Nona baru-baru ini, Elizad yang bakal menginjak usia 39 tahun akui merancang untuk menjalani proses IVF sekali lagi tahun ini.
“Saya dah dua kali buat IVF dan belum ada rezeki. Ia sebenarnya bukan desakan daripada family tau. Desakan daripada orang ramai tu yang tanya bila nak ada baby. Saya anggap itu satu semangat untuk mereka membayangkan macam mana baby Elizad nanti.
Untuk tahun ini inshaAllah saya akan cuba (jalani IVF). Cumanya rezeki, ketentuan daripada Allah. Kalau I boleh bagi, on the spot I bagi dan happy sangat.
Tapi I struggle sebenarnya, tipulah kalau kita tak pernah murung sebab kita tengok media sosial ni ramai orang upload baby cute so kita mesti nak ada seorang yang baby kita nanti muka macam mana.
Tapi belum ada rezeki. InshaAllah tahun ini saya akan cuba lagi. Kalau tak dapat (anak), saya dah masuk musim reda. I nak masuk early 40, I rasa tak apalah. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, I tetap enjoy.”
Tambah isteri Shamsul Baharin Rahman ini lagi, “Masa tahun pertama bila kahwin, I tak ready lagi waktu tu. So mungkin kesalahan mulut ni juga sebab kata tak ready.
Actually bila kita dah kahwin kita dah kena kata kita ready dah. Saya fikir ini ujian daripada Allah sebab selama ni apa je kita nak semua dapat. Tapi this one rasa macam susahnya nak dapat.
Stress bila orang banyak bertanya dekat family. Saya kasihan dekat ayah saya sebab among adik-beradik semua dah ada anak. I seorang je tak ada lagi dan seorang je perempuan. Yang lain semua lelaki.
I rasa stress bila orang bertanya dekat ayah saya sebab dia dah tua. Untuk saya, saya dah ok dah masuk musim reda. Kalau dulu, I stress tapi now semuanya ok je. Happy.”
Pada November 2020, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan IVF untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.
Perjalanan IVF pelakon, pengacara dan juga DJ radio ini turut pernah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menjalani IVF sebanyak 17 kali untuk menimang cahaya mata.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...