Sebagai ibu bapa sudah menjadi bertanggungjawab mereka untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk mencorakkan masa depan anak mereka. Ada sebahagian ibu bapa sudah menetapkan setiap anak perlu bekerja sebagai itu dan ini bila besar nanti dan tidak kurang juga yang memberi kebebasan kepada anak-anak mengikut minat masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on

 Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya hidup susah dan oleh sebab itu mereka mempunyai pandangan tersendiri dalam pilihan bidang kerja yang dipilih oleh anak-anak. Cuba letakkan diri kita sebagai ibu atau bapa, apabila anak tersayang menyatakan hasratnya untuk menjadi makeup artist sebagai kariernya. Apa yang kita fikir dan akan lakukan.

Ads

#FabulousMUA Mengapa Bila Anak Nak Jadi Makeup Artist Ramai Ibu Bapa Bangkang?

Salah seorang peserta Fabulous MUA, Arda Dhia mempunyai pengalaman apabila ibunya tidak merestuinya pilihan kerjayanya sebagai makeup artist. Kongsinya, “Mak saya seorang ibu tunggal dan membesarkan saya bersama adik di rumah nenek. Sebagai anak sulung sememangnya keluarga terutama mak mahukan saya memiliki kerja yang ada masa depan dan terjamin.

Jadi selepas habis sekolah saya mula bekerja sambilan sebagai makeup artist di sebuah bridal. Mak beranggapan pekerjaan itu sekadar suka-suka untuk dapatkan duit. Namun bila saya habis diploma dan buka bridal sendiri maka bermula lah episod pergaduhan dalam keluarga.

Ini kerana keluarga beranggapan saya tidak akan mampu membayar balik pinjaman pendidikan dan akan menyusahkan mereka kelak. Mak juga risau saya tidak mampu membeli aset, tapi alhamdulillah saya berjaya buktikan dapat bayar pinjaman dan beli kereta serta tiada hutang hasil titik peluh sebagai jurusolek. Akhirnya keluarga saya menerima dan reda dengan rezeki yang Allah SWT telah tetapkan untuk saya,” kongsi Arda Dhia yang berasal dari Johor Bahru ini.

#FabulousMUA Mengapa Bila Anak Nak Jadi Makeup Artist Ramai Ibu Bapa Bangkang?

Pengalaman yang serupa juga telah dikongsi oleh jurusolek profesional, Ayang Kamell. Kongsinya, “Di awal pembabitan dalam bidang ini memang saya juga mendapat tentangan daripada keluarga. Sebab masa tu saya masih di bangku sekolah dan universiti. Keluarga juga menentang sebab bidang solekan bukan dalam bidang yang dipelajari dan kata mereka itu adalah pekerjaan perempuan, tak sesuai untuk lelaki.

Namun selepas belajar saya terus aktif sebagai jurusolek dan merupakan kerja sambilan di hujung minggu dan masa lapang. Sehinggalah saya diterima bekerja di sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik lalu saya meneruskan minat menjadi kerjaya sepenuh masa.

Pada masa itu keluarga sudah mula memahami dan apatah lagi setelah hasil kerja membuahkan pendapatan yang tetap kepada saya. Hari ini keluarga pula yang selalu bertanya apa update saya tentang dunia solekan, alhamdulillah,” ulas Ayang Kamell.

 

#FabulousMUA Mengapa Bila Anak Nak Jadi Makeup Artist Ramai Ibu Bapa Bangkang?

Nampaknya Arda Dhia tidak keseorangan apabila peserta Fabulous MUA, Wira juga mempunyai pengalaman yang sama. “Memang masa mula-mula dulu ibu bapa saya juga tidak merestui pilihan kerjaya sebagai makeup artist ni.

Ads

Ibu bapa saya menentang bila beranggapan kerjaya ni tak stabil dan pendapatan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi saya bekerja keras untuk tingkatkan diri, buat networking and marketing untuk cari klien.

Lama-kelamaan bila saya berjaya buktikan bahawa bidang ni boleh cari makan dengan syarat buat dengan ikhlas dan tak menjadi feminin walaupun kerjanya menyolek wanita lain,” kongsi Wira.

#FabulousMUA Mengapa Bila Anak Nak Jadi Makeup Artist Ramai Ibu Bapa Bangkang?

Pasangan ShahZard Duo pula beruntung apabila kedua ibu bapa merestui pilihan mereka. Kongsi mereka, “Syukur alhamdulillah mak ayah kami berdua merestui apa yang kami buat sekarang. Bukan sahaja merestui mereka juga nampak bangga dengan kami tambah-tambah dengan chemistry kami berdua.

Kami juga bersyukur sebab mak ayah kami berdua terus rapat macam saudara-mara. Bila hari raya atau musim buah kedua-dua buah keluarga akan saling menziarah. Sama ada datang ke Perak atau pergi ke Melaka.

Ads

Kunci kejayaan kami adalah apabila setiap kali kami dalam kereta nak keluar pergi makeup mesti akan call mak ayah masing-masing beritahu kami akan pergi buat makeup. Pesanan mak ayah Melaka, “Buat baik-baik jangan bagi orang tunggu biar kita tunggu,”. Pesanan mak ayah Perak pula “Makeup elok-elok jangan sesekali bercakap kasar dengan klien,”. Jadi mak ayah kami memang sokong apa yang kami buat,” kongsi ShahZard Duo.

#FabulousMUA Mengapa Bila Anak Nak Jadi Makeup Artist Ramai Ibu Bapa Bangkang?

Makeup artist yang menjadi buruan selebriti, Bee Ramza juga pernah ditentang oleh keluarganya apabila berhasrat untuk menjadi jurusolek. Kongsinya, “Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa saya juga tidak terkecuali. Mereka mahu melihat saya kerja makan gaji, baru boleh ada comitment hidup dan stabil.

Saya berjaya yakinkan mereka dengan tunjuk bank statement lepas beberapa bulan bekerja sendiri sebagai makeup artist. Lepas tu mereka menerimanya. Nasib baik famili saya jenis open maksudnya mereka tak kisah asalkan kita boleh berdikari. Cuma sebab saya ada 5 orang abang, jadi mereka overprotective sikit tambah-tambah daddy saya sudah tiada,” kongsi Bee Ramza.

Tambah Bee Ramza lagi, “Arwah daddy nak saya jadi doktor gigi. Sebab dia ada klinik sendiri, jadi dia selalu cakap nak ada anak doktor gigi sebab nanti boleh klinik sebelah sebelah. Tapi sebenarnya cita-cita saya nak jadi peguam.

Kita merancang, Allah SWT pun perancang, kan? Sampai sekarang tak ada seorang pun dalam famili saya persoalkan kerjaya ini. Mereka supportive dan kadang-kadang bila berkumpul mereka pula excited nak dengar perkembangan saya. Sebab mereka semua lain-lain bidang, ada doktor, cikgu dan jurutera.

Keluarga suami pun sama, mula-mula memang tak suka sebab saya tak ada kerja tetap. Tapi saya buat method sama. Kena buktikan kita mampu. Memang duit bukan segala-galanya, tapi tak ada duit apa pun tak boleh buat sekarang kan? Lepas tu saya hanya buktikan yang saya boleh ada komitmen lain macam beli rumah, beli kereta sendiri. Cukup dah, alhamdulillah,” kongsi Bee Ramza.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI