#FabulousMUA Peserta Bottom Two EPISOD 4 TAK PUAS HATI Dengan Keputusan Juri

1274

Kehangatan Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA Digital Pertama di Malaysia semakin terasa. Episod 4 kali ini menyaksikan 6 peserta berentap menunjukkan skil solekan masing-masing dengan cabaran yang telah disediakan.

Top 6 ini telah menerima kejutan pada episod 4 apabila tidak boleh memilih model. Dengan tema Beauty at 40, model telah sedia menanti di bilik mekap di tempat masing-masing sambil menunggu kehadiran Top 6 ini.

IKLAN

IKLAN

Sebelum itu, Makeup Artist Diraja Datin Saidatulnisa Aminuddin telah berkongsi sedikit tip untuk solekan wanita berusia. Kongsinya, “Bila dah berusia 40an solekan tetap kena ada tapi, tak sebanyak atau setebal wanita muda.

Prep tu sangat penting sebab bila dah berusia kulit mudah menjadi kering jadi fungsi solekan untuk melembapkan kulit. Pemilihan foundation yang betul juga sangat penting. Penekanan solekan wanita berusia? Kalau bagi saya, saya lebih menitikberatkan kepada kelembapan dan kesihatan kulit,” kongsi kakak kepada Ratu Rock, Ella ini.

Seperti episod sebelum ini Fiza Frizzy telah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA sebagai hos. Manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap. Kehadiran Datin Seri Maria Farida, Datin Saidatulnisa Aminuddin dan Sheila Mohamad sebagai juri jemputan telah merancakkan lagi sesi penjurian.

Namun, nampaknya keputusan juri pada episod kali ini telah disangkal oleh kedua-dua peserta Bottom Two iaitu ShahZard Duo dan Ummi Kayy. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan juri meletakkan mereka di kedudukan dua terbawah.

Luahan hati Ummi Kayy, “I dah ready to be at the Bottom Two sebab juri cakap I tak been justice to the model saya sebab I tak muda kan dia. And then mereka cakap I tak keluar daripada kotak, kenapa saya tak bermain dengan color.

I believe that I did justice pada model saya. I buat correct to the whole face. I rasa which is judge tak rasa. Saya yang paling banyak berubah sekali muka. From original Kak Jun (model) to the better one,” komen Ummi Kayy yang sudah dua kali berada di kedudukan dua terbawah.

Manakala pasangan ShahZard juga terpinga-pinga apabila nama mereka disebut sebagai kedudukan dua terbawah. “Kami terkejut sebab macam tak sangka pulak, sebab kita rasa kita dah buat sehabis baik. Dengan juri pun bagi komen yang positif. And then model pun rasa love dengan look tu sebab tak henti-henti asyik selfie. Kami tak tahu apa yang kurang lagi,” komen ShahZard Duo.

Persembahan hasil solekan Top 6 mengikut masa yang diberikan iaitu selama 1 jam.

Konsep: Inspirasi daripada Taraji P. Henson dalam filem Empire.

Ummi Kayy telah mendapat kritikan dari semua juri kerana dikatakan tidak menceriakan wajah wanita berusia. Komen Kiffy Razak, “Saya harapkan sesuatu yang lebih segar. But not like this, Ummi,”.

Konsep: Fresh Look

Bagi tak nampak terlalu berusia kami bagi sikit warna. Kami mementingkan kekemasan agar sesuai untuk ke majlis. Namun Ili Zawani Ismail kata nampak cantik tetapi tak ada faktor ‘WOW’ dalam solekan ShahZard Duo.

Konsep: Cut crease

Wira mahu serlahkah bentuk wajah wanita berusia. Buat cut crease tapi tidak terlalu dramatik. Solekan wira mendapat pujian dari Datin Seri Maria Farida apabila modelnya kelihatan segar dalam solekan tersebut.

Konsep: Barbie doll look

Model Suzana mahu bersiap untuk menghadiri majlis dengan konsep Barbie Doll Look. Suzana telah mencabar diri dengan melakukan look ini namun bersesuaian dengan usia 40an. Datin Saidatul mengaku tak berani nak carry solekan begini sebagai wakil wanita 40an.

Konsep: Beauty Look

Arda beruntung kerana mempunyai forte menyolek wanita 40an. Oleh itu, model Arda telah dipanggil oleh juri untuk melihat hasil solekan dengan lebih dekat dan teliti. Datin Saidatulnisa puji solekan arda katanya semua sempurna.

Konsep: Inspirasi dari Hollywood

Beauty is not about age kata Nik. Jadi Nik masih berkarya bermain warna untuk modelnya. Sheila Mohamad puji solekan Nik tetapi baginya solekan begini sesuai untuk acara malam bukan solekan harian biasa.

Selepas sesi penjurian, para juri berbincang untuk penyingkiran. Namun di episod ini kelima-lima juri mengambil masa yang terlalu lama berbincang berbanding episod sebelumnya.

Tahniah diucapkan kepada Wira telah dipilih oleh Juri Profesional sebagai Pemenang Cabaran Episod 4. Manakala Ummi Kayy dan ShahZard Duo menarik nafas lega apabila berpeluang beraksi di episod 5 kerana tidak ada penyingkiran pada episod ini.

Jangan lupa saksikan 6 peserta ini di episod akan datang pada 10 November 2019 jam 8.00 malam bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.