#FabulousMUA Seorang Mekap Kiri, Seorang Kanan…Hasil Solekan ShahZard Duo Memang MANTAP

Kemunculan awal jurusolek pasangan duo ini di sesi uji bakat Fabulous MUA benar-benar mencuri perhatian. Tertanya-tanya bagaimana agaknya hasil karya yang bakal ditonjolkan bila seorang mekap di sebelah kiri dan seorang lagi pula mekap di sebelah kanan.

Ternyata personaliti dan kelainan yang ada dalam kumpulan Duo ShahZard ini telah berjaya mencuri hati juri. Keupayaan ShahZard Duo dalam bidang solekan ini memang lain daripada yang lain dan hasil yang ditonjolkan juga begitu sempurna, tak ada istilah kening senget sebelah atau shading gelap sebelah.

Malah ShahZard Duo memegang gelaran Jurusolek Duo Pertama di Malaysia. ShahZard Duo dianggotai oleh Shahrul Aznan Ishak dan Muhammad Rohaizat Bahanan. Menggabungkan nama keduanya, maka terciptalah ShahZard Duo ini. Masing-masing memiliki Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering dari Politeknik Merlimau, Melaka.

Bercerita tentang terciptanya jurusolek duo pertama di Malaysia ini tak sangka rupa-rupanya penyanyi Haiza merupakan pencetus kewujudan kumpulan ini. “Sebenarnya kami berdua tak pernah merancang nak wujudkan jurusolek duo ni. Semuanya berlaku secara kebetulan.

Segala-galanya bermula bila kami berdua terlibat dalam sebuah program di ASTRO yang melibatkan penyanyi Haiza Hanafi. Disebabkan Haiza sound check agak lama masa tu, lagi setengah jam sebelum show bermula baru Haiza datang ke makeup room. Salah seorang daripada kami diberi peluang untuk siapkan Haiza.

Jadi dalam masa setengah jam tu kami berbincang untuk buat sama-sama. Secara tak sengaja mekap seorang sebelah dan tanpa dirancang hasil nampak sama. Haiza terus cakap pertama kali ada duo makeup dan hasil sama macam seorang buat.

Dari situ kami terfikir untuk wujudkan duo makeup ni, sebab belum lagi ada duo makeup dalam industri ini berbanding pereka fesyen dan penyanyi duo. So, why not kalau kami wujudkan duo makeup dalam Malaysia ni,” terang pasangan duo yang berusia 28 tahun ini.

9 tahun berkecimpung dalam dunia solekan bukan suatu jangka masa yang singkat. Namun pencapaian demi pencapaian yang dikecap oleh ShahZard Duo telah menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang dalam bidang yang mereka cintai ini. “Jika bercakap tentang pengalaman manis, banyak momen yang telah tercipta sepanjang penglibatan kami.

Di antaranya adalah kepercayaan yang diberi oleh selebriti kepada kami berdua. Bukan senang kami nak yakinkan mereka tentang duo nie. Namun, bila ada artis yang sudi ambil kami sebagai personal makeup artist tu adalah satu detik yang paling happy buat kami.

Selain itu dikenali di kalangan jurusolek ternama tanahair juga adalah salah satu kenangan manis bagi kami. Maklumlah, bermula daripada menyolek pelajar-pelajar Politeknik untuk majlis makan malam saja. Siapalah kami, tak dipandang pun sehingga sekarang kami digelar Makeup Duo dan dikenali. Dah rasa macam selebriti pula. Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk merasa semua ni dan kami cuma berharap semua dapat terima kami seadanya,” bicara ShahZard Duo penuh harapan.

Ketika diajukan pandangan ShahZard Duo tentang masa depan bidang solekan ini, tutur mereka, “Bagi kami menjadi jurusolek duo ini memang boleh pergi jauh. Sebab ada kelainan dan kerana setiap jurusolek memang mencari treadmark

masing-masing. Jadi kami buat satu kelainan di situ iaitu Duo Makeup. Dalam dunia solekan ini memang boleh pergi jauh tapi yang penting kita kena pandai cari arah tuju untuk jual hasil karya,” ulas ShahZard Duo.

Saksikan ShahZard DUO dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap.

Share
Published by
Hamizatul Maizan