Tahniah diucapkan kepada Kasteriya bin Shuib atau lebih dikenali sebagai Wira Kastrya kerana berjaya merangkul tempat ketiga pertandingan pencarian mekap artist melalui platform digital majalah NONA anjuran FCC Malaysia. Sepanjang enam episod pencarian Fabulous MUA dijalankan, pelbagai cabaran dan rintangan telah dilalui olehnya sehingga melayakkannya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Siapa sangka,minat dalam dunia solekan membawa Wira Kastrya menerokai bidang solekan.Bukan itu sahaja, jejaka dari Kuala Lumpur ini juga turut mengusahakan perniagaan Spa diberi nama Spa Pura Vida.
Tidak sah jika soalan mengenai penglibatan awal dirinya dalam dunia solekan tidak ditanya kerana ia merupakan titik permulaan segalanya. Semasa kecil, saya tidak tahu apa-apa mengenai alat mekap tetapi saya suka melihat benda-benda yang cantik. Apabila usia semakin meningkat dewasa, saya mula berminat membelek majalah-majalah yang memaparkan ruangan fesyen dan muka depan yang mana model dan personaliti dirias cantik.
Terdetik di hati, alangkah bagusnya jika saya dapat menyolek seseorang seperti yang saya lihat di dalam majalah. Pada masa yang sama, saya sering menjadi bidan terjun apabila diminta menyolek rakan-rakan penari ketika membuat persembahan.
“Ketika itu, saya jadi bidang terjun menyolek penari-penari untuk membuat persembahan. Bermula dari situ, saya belajar sendiri asas dan teknik solekan dan lama-kelamaan ia mencetuskan minat untuk saya mengembangkan lagi bakat dalam bidang solekan,” ujar Wira yang telah sembilan tahun berkecimpung di dalam dunia solekan dan pernah dinobatkan sebagai Top 5 Malaysian Makeup Artist Awards 2019, pertandingan bertaraf nasional.
.
Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, jelas Wira dia kini sedang dalam proses mengambil Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 dalam bidang solekan dan bercadang mengambil sijil VTO (pengajar vokasional) untuk memantapkan lagi ilmu dalam bidang solekan.
“Saya amat menggalakkan semua makeup artist, mak andam di luar sana mengambil sijil SKM ini supaya kita bukan sahaja jadi makeup artist yang berbakat tetapi berilmu serta berkelayakan. Selain itu, saya juga sedang berusaha untuk mengembangkan bisnes spa di mana spa ini menggabungkan konsep Day Spa, Medi Spa dan Beauty Makeup Studio di bawah satu bumbung,” jelas Wira seorang anak muda yang ternyata mempunyai perancangan masa hadapan yang teliti untuk dirinya.
Dalam sibuk merencana masa hadapan, Wira juga memasang angan-angan untuk mempunyai rangkaian kosmetik sendiri memandangkan dunia solekan mampu diterokai dengan lebih meluas lagi. Untuk menjadi jurusolek yang mahir bukan mudah kerana seseorang perlu mempunyai asas dan ilmu mengenai solekan. . Wira belajar sendiri dan kembangkan bakat dalam bidang solekan. Selain minat dan belajar sendiri, Wira turut mengikuti kelas-kelas solekan dan minat menjadi make up artist semakin menebal di dalam dirinya.
.
.
Amat meminati hasil seni Pat Mcgrath kerana dia merupakan salah seorang jurusolek terbaik yang menghasilkan solekan beauty dan creative makeup. Tambah Wira lagi, setiap sentuhan Pat Mcgrath mempunyai magis tersendiri! Antara selebriti tempatan yang pernah mendapat sentuhan Wira termasuklah Fatiya Latiff, Tasya Shilla, Sasha Saidin, Jihan Muse, Amelina, Julia Farhana Marin, Lana Nodin Zahirah McWilson dan Haneesha Hanee. Wira juga bertuah kerana sentuhannya juga pernah mendapat kepercayaan golongan VIP dan kerabat diraja kerana Wira mempunyai gaya solek tersendiri yang lebih mengetengahkan konsep soft and sultry glam make up untuk menaikkan lagi seri para pelanggannya.
“Bila sebut tentang tulang belakang dalam karier saya, tentulah keluarga yang banyak menyokong walaupun pada mulanya mereka menentang apabila saya mula serius dalam bidang ini. Stigma jurusolek lelaki sebagai lelaki lembut dan sebagainya . Tetapi saya buktikan kepada keluarga, siapa saya sebenarnya ialah siapa yang mereka kenal. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka menyokong minat saya,” ujarnya lagi.
Berkongsi kisah pahit sepanjang penglibatannya dalam industri solekan Wira terpaksa mempertaruhkan duit simpanan untuk membeli rumah semata-mata untuk membeli barang solekan yang bermutu tinggi.
“Ketika mula-mula serius dalam bidang ini, saya sanggup gunakan duit simpanan yang saya khaskan untuk beli rumah semata-mata nak beli alat solekan yang high end bila client pernah pandang sinis barangan make up biasa yang saya gunakan. Saya jadikan pengalaman itu sebagai azam untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi. Saya nekad dan tak mahu orang pandang rendah dengan kebolehan kita dan hanya memandang dari segi luaran semata-mata”.
Wira amat menghargai setiap hasil solekan yang dihasilkan dan merasa bersyukur dan berterima kasih apabila hasil kerjanya dihargai oleh para pelanggan.
.
“Senyuman yang terukir di wajah pelanggan adalah penghargaan yang tidak ternilai buat saya.
Sempat melontarkan beberapa pandangan bernas untuk kesinambungan Fabulous MUA di masa akan datang, Wira amat berharap musim seterusnya dapat menampilkan episod yang lebih mencabar.
“Antara cabaran yang saya rasa unik adalah seperti pergi mekap stranger tepi jalan atau makeup ikut peredaran masa tertentu seperti 70an sehingga 20-an. untuk menguji knowledge peserta, Selain itu, jangkamasa episod juga boleh dipanjangkan ke satu jam. Wira doakan agar Fabulous MUA akan mendapat sokong dari segenap lapisan masyarakat, Insyaallah”.
This website uses cookies.