Pengacara, hos serta jurucakap bagi jenama Wardah Beauty yang baharu sahaja mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.
Ads
Dayah menerusi hantaran di laman sosialnya berkongsi momen memberi kejutan kepada suami, Kapten Hanif Hamidi tentang berita gembira itu. Menerusi video yang dikongsikan, Dayah meminta suaminya menyebut perkataan ‘I am pregnant’ yang dieja.
Bekas pengacara 3R itu mendedahkan usia kandungan dan memohon titipan doa agar kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.
“In my second trimester now, Alhamdulillah. Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both ibu serta baby. Moga dipermudahkan bersalin kelak. This means the world to us, more than anything else,” tulis Dayah.
Pelantun lagu Lebih Dari Terindah itu menzahirkan penghargaan buat insan yang sentiasa prihatin tentangnya. Malah beliau turut mendoakan agar mereka yang menantikan kehamilan.
Ads
“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan. Walau mungkin kita tidak pernah bersua. Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh ALLAH, insya-ALLAH,” tulis Dayah.
Untuk rekod, Dayah atau Nur Hidayah Abu Bakar berkahwin dengan suami yang juga merupakan bekas rakan sekelasnya, Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.
Ads
Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia tiga tahun. Ketika melahirkan Fahri, suaminya tidak dapat berada di sisi kerana bertugas di Australia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas hati! Itu luahan peminat bola sepak Malaysia yang kecewa dengan mutu pengadilan Ryuji Sato selaku pengadil dalam pelawanan Malaysia menentang Vietnam, malam tadi.
Seperti berdendam dengan skuad Harimau Malaya, pengadil dari Jepun ini dilaporkan berat sebelah apabila membuat beberapa keputusan tak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Ini selepas pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan 0-2 pada minit 64.
Dikatakan tindakan Ryuji Sato itu berkemungkinan kerana Azam Azmi Murad menendang muka pemain Vietnam apabila berada di luar luar padang menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.
Namun lebih mengejutkan ia bukanlah kali pertama Ryuji Sato ‘berpihak’ kepada Vietnam. Bahkan senario sama turut berlaku ketika Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum wisel penamat ditiup.
Sebaik saja pelawanan Malaysia dan Vietnam tamat malam tadi, media sosial milik Ryuji Sato ‘diserbu’ peminat bola sepak tanah air mengkritik sikap pengadil tersebut yang dilihat berat sebelah dan kerap membuat keputusan luar biasa.
Selain itu, komen di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dipenuhi dengan kritikan terhadap Sato yang menjadi punca Malaysia terpaksa melalui laluan berliku untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pada saingan Piala AFF 2022.
Pada perlawanan terbabit Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam menerusi jaringan yang disumbangkan Nguyen Tien Linh (29′),Que Ngoc Hai (penalti pada minit 64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Produk Jamu Mak Dara diketahui dan diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat.
Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi. Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
Sumber: Keluarga
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan sentiasa membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang versatil. Samada dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan tartlet, saiz kiwi yang kecil sangat padat dengan zat penting termasuk digelar juara buah-buahan serta heavyweight terkecil di dunia. Menerusi buah kiwi Zespri™ New Zealand, terdapat dua jenis yang popular di pasaran iaitu hijau dan emas.
MENGHINDARI PENYAKIT
Kesibukan tugas kerapkali membuatkan tubuh anda kekurangan zat makanan. Hal ini boleh melemahkan sistem imunisasi dan membuatkan anda mudah diserang penyakit. Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.
Telah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam pengimunan tubuh. Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang sama dengan dua biji oren. Ini terbukti amat berkesan dalam melancarkan perpindahan plasma dan penyimpanan bersel vitamin C di dalam tubuh.
Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting. Gabungan kedua-dua antioksiden larut air dan larut lemak membolehkan buah kiwi melindungi tubuh dari radikal bebas. Selain daripada vitamin dan antioksidan, buah kiwi mengandungi kuantiti potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus.
Kandungan vitamin C dan karotenoid dalam buah kiwi turut membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga menyimpan enzim proteolisis yang digelar actinidin untuk meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin. Maka secara tidak langsung, ia adalah baik untuk usus anda juga.
MILIKI USUS YANG SIHAT
Mengalami sembelit adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Tetapi jika anda mengambil sebiji buah kiwi dalam diet harian, anda tidak perlu risau lagi. Buah kiwi mengandungi banyak serat yang serupa dengan semangkuk bran. Maka, ia dapat memberikan kelegaan daripada kesan sembelit.
TINGGI TENAGA DAN RENDAH GULA
Buah kiwi juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Ia merupakan sumber tenaga yang penting, malah kajian juga menunjukkan bahawa ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah bagi setiap hidangan 120 gm (sebiji kiwi saiz besar). Ini bermakna tahap glukosa darah tidak akan bertambah secara mendadak.
Buah kiwi adalah pilihan berkhasiat bagi pesakit kencing manis yang memerlukan perangsang tenaga sepanjang hari, berbanding dengan snek yang tinggi kandungan lemak atau gula.
TIDUR YANG MELEGAKAN
Tidur yang cukup amat penting untuk membantu menjimatkan tenaga dan mencergaskan anda untuk sepanjang hari. Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki kualiti tidur, menenangkan dan menstabilkan mood seseorang kerana kepadatan kalsiumnya yang tinggi. Namun begitu, bagi warga tua yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah, disyorkan agar memakan buah kiwi sejam setengah sebelum tidur.
BUAH KIWI MASAK
Untuk memastikan buah kiwi hijau sudah masak untuk dimakan, pegang buah di antara ibu jari and jari telunjuk kemudian tekan secara lembut; buah kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan. Jika buah kiwi agak keras semasa ditekan, ia tidak boleh dimakan kerana belum lagi mencapai tahap kemanisannya.
Buah kiwi boleh ditinggalkan untuk masak selama beberapa hari hingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan. Letakkan buah kiwi di dalam beg kertas bersama buah epal, pisang atau pir untuk mempercepatkan proses masak. Buah kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.
WASPADA
Buat sesetengah individu, buah kiwi boleh meninggalkan kesal alahan yang kuat kerana kandungan enzim actinidin. Simptom yang biasa dilaporkan ialah kegatalan di sekitar mulut dan bibir, tapi terdapat juga kes yang lebih serius seperti sesak nafas atau jatuh pengsan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...