Penjagaan tubuh badan adalah terpulang kepada usaha masing-masing untuk mengekalkan atau mencapai satu bentuk badan yang ideal. Ianya berpandu pada niat serta tekad seseorang itu.
Kelihatan semakin kurus dan ramping, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita kelihatan cantik di laman Instagram. Ada juga yang risau jika dia jatuh sakit.
Bagi pengikut Rozita Ibrahim atau lebih gemar dikenali sebagai Bonda Rozita akan sering melihat posting di laman Instagram
miliknya itu penuh dengan motivasi serta semangat seorang usahawan. Tambahan, ada juga telatah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.Terdahulu, ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tampak ramping dan kurus. Namun, setiap apa yang di kongsikan itu adalah satu bentuk motivasi yang ingin dia tujukan buat semua pengikutnya.
Bonda Rozita juga pernah memuatnaik satu posting pada 8 Julai yang mengatakan dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas. Dia juga menjelaskan usia bukanlah cabaran bagi seseorang itu untuk menjaga kesihatan badan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya,
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya,
“Akhirnya saya kenal punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Ohmymedia! dan Bonda Rozita
This website uses cookies.