“Family Quality Time”, Anzalna & Hanif Ambil Peluang Lihat Eidrees 24 Jam Sehari!

Memasuki hari kedua tempoh kawalan pergerakan terhad, pastinya ramai mempunyai persepsi positif dan negatif mengenai situasi berkenaan. Namun, dek kerana ingin mengehadkan wabak COVID19 dari merebak dan mengancam lebih banyak nyawa, sudah pasti perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia ini perlu dipatuhi.

Bagi pelakon dan ibu kepada Mohamad Eidrees Hanif, Anzalna Nasir, ini adalah masa terbaik untuk keluarga kecilnya berkumpul dan menikmati saat-saat bersama dengan lebih harmoni tanpa perlu terkejar-kejar antara kerjaya dan urusan keluarga.

“Hanif  seorang yang workaholic dan meletakkan 100 peratus komitmen apabila ia berkaitan dengan kerja dan perniagaan yang diusahakan. Kebiasaannya, 5 hari  seminggu dia sangat sibuk dengan urusan kerja.

Selalunya weekend sahaja dapat luangkan lebih masa dengan dia. Bila cuti  sempena pergerakan terhad selama dua minggu ni memberi peluang dan ruang untuk saya dan Eidrees meluangkan lebih masa dengan dia. Kalau tak malam je baru dapat jumpa!,” ujar Anzalna ternyata teruja dapat meluangkan masa yang lebih bersama keluarga kecilnya itu.

Tambah Anzalna lagi, ada sahaja aktiviti yang dilakukan di kediaman yang dihuni oleh mereka bertiga sahaja.

“Bila anak dah berumur 10 bulan ni, sememangnya saya dan Hanif  teruja kena Eidrees bijak dan sering membuat kami tersenyum. Antara aktiviti yang kami lakukan termasuklah berenang, menonton filem, mengaji dan paling seronok bermain bersama Eidrees di mini playgound yang kami sediakan khas untuknya di dalam rumah.

Jangan tak tahu, kami juga ada planning untuk baking bersama selain mengambil peluang solat berjemaah dan mengaji bersama. Ia merupakan momen yang indah yang boleh dikenang di sebalik kegusaran dan kebimbangan tatkala negara dilanda wabak COVID19 yang bukan sahaja merisaukan rakyat Malaysia, malah dunia juga turut terkesan,” ujar Anzalna lagi.

Tidak dinafikan banyak perkara positif yang boleh dilakukan bersama oleh pasangan suami isteri apabila berhadapan dengan situasi genting seperti ini. Malah Anzalna dan Hanif memanfaatkan saat ini untuk meluangkan lebih banyak masa bersama di samping menjadikan aktiviti di dalam rumah seperti mengemas almari baju serta karaoke sebagai sebahagian aktiviti memenuhi hari.

Selain itu, Anzalna turut memuji sikap suami tersayang yang turut prihatin  dan membantu golongan peniaga kedai makan dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di media sosial miliknya.

“Kedai makan yang ada buat penghantaran (makanan). Siapa nak suruh saya tolong promosikan secara percuma, sila DM (mesej secara peribadi) kepada saya.”- tulis Hanif di InstaStory miliknya.

Prihatin dengan situasi yang melanda negara, ibu kepada seorang cahayamata ini turut menitipkan nasihat supaya orang ramai lebih menjaga soal kesihatan dan mematuhi arahan kerajaan untuk mengikuti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.

 

“Sebenarnya banyak  benda boleh di buat di rumah dan tak perlu sibuk nak keluar melainkan nak beli keperluan harian seperti makanan. Jangan mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Wabak ini sangat serius. Mengancam nyawa rakyat. Jangan degil dan selfish. Duduk rumah!”, ujar Anzalna melontarkan pandangannya.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu