Diam tak diam, pelakon Farah Nabilah mengumumkan kehamilan anak kedua yang kini sudah memasuki trimester kedua! Farah Nabilah Saipuddin, 31 tahun berkongsi berita gembira tersebut melalui muat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
“Bismillah Masya-Allah. Chapter 2, Insya Allah”- tulisnya diikuti tanda pagar 25 minggu dan enam bulan kehamilan. Hantara tersebut disertakan dengan sebuah video pendek memaparkan dirinya berada di tepi pantai sambil mengusap baby bump.
Terdahulu, Farah memuat naik foto dirinya dan keluarga yang dirakamkan di tepi pantai bersama suami dan anaknya. Malah foto berkenaan mendapat reaksi pelbagai dari peminat dan rakan artis yang turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat dirinya.
Untuk rekod, Farah dan suaminya, Amirul Yunus mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan seoranga anak lelaki Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.
Sebelum ini Farah pernah mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada rumah tangga dan membesarkan anak Dalam situasi pandemik COVID-19 belum pulih, Farah Nabilah mengaku bukan mudah hendak kembali berlakon.
Pemilik trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini sememangnya tampak berseri hamil kali kedua dan berharap proses kehamilan dan kelahiran kali ini dipermudahkan dalam apa jua situasi. Berkongsi foto Raya bersama keluarga, Farah Nabilah sekeluarga menyambut Aidilfitri di Kelantan pada tahun ini.
This website uses cookies.