Sememangnya usia mempengaruhi tahap kematangan individu. Tidak terkecuali selebriti popular Indonesia, Luna Maya. Sebagai public figure, aktres ini sudah lali merasai kemewahan hidup glamor namun realitinya Luna kini lebih selesa hidup sederhana.
Menerusi wawancaranya bersama YouTuber terkenal negara seberang, Boy William yang bertandang ke kediaman Luna, jelitawan ini mengakui gemar menghabiskan masa di rumah jika tidak terlibat dengan apa-apa jadual seni.
Meskipun berstatus selebriti kelas A di negara kelahirannya dan mampu menghuni kediaman lebih besar namun aktres ini memilih untuk hidup bersederhana. Yang penting kata Luna, selesa!
Ujar pemilik nama Luna Maya Sugeng ini lagi, rumah berkenaan dibeli dengan harga sekitar RM2.6 juta dan selepas selesai proses ubah suai mengikut kehendak dan cita rasanya serta harga pasaran semasa nilai kediaman ini dipercayai mencecah sehingga lebih RM 7 juta.
Ads
Tatkala ditanya mengenai kehidupan Luna sewaktu kecil, selebriti ini lantas membuka bicara. “Saya memang mahu rumah impian yang homey dan cosy. Waktu kecil dulu saya hidup sederhana.
Tak pernah kekurangan tapi bukan lahir dari keluarga yang lavish atau silver spoon. Maksudnya kami sekeluarga juga mampu untuk keluar bercuti ke luar negara.
Memang duit itu penting tapi ia bukanlah nombor satu. Bila berlakunya pandemik (Covid-19) seperti hari ini, saya terfikir jika koleksi-koleksi mewah saya itu boleh jadi cash, memang saya mahu tukar.
Ads
It’s nice to have beg mahal-mahal tapi saya dah ada a lot! Apabila sudah berusia seperti ini, beg yang kulitnya buaya sudah tak penting lagi. Mahu ubah pemikiran bahawa less is more dan mahu hidup seadanya. Tak beli baju baru atau sepatu baru.
Pada fasa hidup sekarang, saya mahu ‘kaya’ teman, ‘kaya’ knowledge, ‘kaya’ pengalaman dan berkat. Apa guna berhabisan untuk nampak sesuatu yang kelihatan grand dan kaya serta barang super mahal tapi kalau jiwa dan hati kita kosong?” tegasnya.
Dari apa yang diperkatakan Luna, pasti ramai memahami bahawa selebriti ini semakin rasa lebih tenang dengan kehidupan yang tidak terlalu menonjol dan mewah. Bagi Luna, dia lebih bahagia apabila dikelilingi insan tersayang, harta yang diberkati dan pengetahuan berguna.
Jika dihitung kekayaan milik Luna, sudah tentu dia mampu memiliki lebih daripada apa yang dinikmati sekarang namun wanita cantik ini memilih untuk bersederhana kerana sudah puas dengan segala yang dimiliki sebelum ini.
Luna kini berusia 40 tahun dan selain aktif dengan karier seni, dia juga merupakan pengasas jenama kecantikan NAMA yang diasaskan pada tahun 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Disifatkan seorang wanita yang mesra dan ‘murah senyuman’, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibunya walau anak tersayang sudah bergelar isteri dan ibu kepada lima anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid.
Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik. Adik pun senang nak pergi keluar pergi cari rezeki sebab mamy tolong tengokkan anak-anak adik sekali. Mamy tolong semua anak-anak cucu yang lain.
Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak-anak cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.”
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Dia juga selamat melahirkan anak pada Januari 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Dia turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Alangkah seronoknya dapat membelai diri di spa setelah penat bekerja atau menguruskan keluarga. Hilang segala stres! Lagipun dalam kesibukan, kaum wanita tidak sepatutnya mengabaikan penjagaan dan perawatan diri.
Khusus untuk warga Lembah Klang, sekarang tak perlu lari jauh untuk mendapatkan rawatan spa terbaik bagi melegakan segala tekanan. Mandara Spa yang terletak di Hotel Sunway Lagoon Resort & Spa merupakan destinasi ideal untuk dikunjungi tatkala anda dahagakan belaian tubuh dan wajah.
Mandara Spa, diinspirasikan dari gaya dekorasi Bali ini menjanjikan perkhidmatan spa untuk tubuh dan perawatan wajah yang pasti menjadi ingatan abadi. Jom tengok kenapa anda mesti datang sini!
(1) Privasi
Mandara Spa merupakan kawasan rehat yang eksklusif dan hanya membenarkan individu berusia 16 tahun ke atas sahaja memasuki kawasan tersebut. Cukup privasi untuk pasangan bercinta!
(2) Kemudahan Eksklusif
Bertemakan Bali dan elemen tropika, antara kemudahan spa yang ditawarkan termasuklah dua bilik spa dan Deluxe Spa Suite yang dilengkapi kemudahan bilik mandi persendirian, sebuah kawasan rehat dan santai, dan beberapa ruang khas untuk melakukan rawatan seperti urutan Thai, rawatan kuku dan sebagainya.
(3) Layanan VIP
Sementara menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, pengunjung akan dibuai dengan alunan muzik yang menenangkan jiwa sambil minum secawan air halia suam sebelum memulakan rawatan bagi memberi tenaga dan baik untuk penghadaman.
Sebelum pelanggan mendapatkan rawatan, mereka terlebih dahulu akan ditempatkan di ruang khas dikenali sebagai welcome area di mana kawasan tersebut juga turut menyediakan sebuah butik spa dan beranda yang indah dengan rimbunan pepohon nan menghijau. Sambil memilih rawatan yang bakal dijalankan, pelanggan pastinya terbuai dalam ketenangan wangian aromaterapi istimewa dari Mandara Spa.
(4) Pelbagai rawatan spa
Antara rawatan istimewa yang menjadi signature Mandara Spa termasuklah urutan aromaterapi Mandara, rawatan wajah, mandian dan skrub yang sememangnya menggunakan produk berkualiti yang dihasilkan oleh Mandara Spa.
Malah, pelanggan dapat memilih antara 30 jenis perkhidmatan spa yang ditawarkan termasuklah rawatan wajah, rawatan tubuh dan lebih istimewa pakej Ultimate Indulgence yang menggunakan ramuan spa dari jenama popular di United Kingdom, Elemis. Pastinya, salah satu rawatan spa yang ditawarkan bakal memenuhi keperluan dan kehendak anda yang dahagakan tubuh yang lebih bermaya dan wajah yang tampil lebih berseri.
Sememangnya rawatan spa terutamanya teknik urutan yang betul dan penggunaan minyak aromaterapi yang bersesuaian mampu mengembalikan kesegaran untuk tubuh badan. Usah lupa membelai tubuh untuk mengembalikan kesegarannya demi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman yang lebih bermaya. Aura positif bakal membentuk keperibadian diri anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tengok penampilan dan rupa paras Datin Arianie Abidin pasti ada yang tidak menyangka suri hati Dato’ Hattan ini sudah pun berusia 51 tahun. Dia bukan saja memiliki wajah awet muda malah mesra orangnya. Bersandarkan gaya dan aura positif Datin Arianie tidak hairanlah dia kelihatan muda.
Apatah lagi isteri kepada pelantun lagu Memburu Rindu ini merupakan bekas ketua pramugari MAS. Pastinya Datin Arianie cukup arif dalam soal penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai.
Jelitawan ini sah bergelar isteri Dato’ Hattan pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata tunggal diberi nama Adam Eiman. Rumah tangga mereka kemudian dilanda badai sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada tahun 2005.
Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh takkan ke mana. Mereka akhirnya ditakdirkan bersatu dan kembali bergelar suami isteri pada Julai 2013. Kini anak lelaki tunggal mereka meniti usia 26 tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam industri muzik.
Menerusi perkongsian Datin Arianie di media sosial, ibu kepada seorang ini memuat naik foto dirinya dan suami di sisi anak tersayang ketika majlis graduasi permata hati kesayangan.
Difahamkan Adam Eiman merupakan graduan dari Taylor’s University dan selamat bergraduasi pada Mac 2022.
Kongsinya, “We are grateful and proud of all the things you have done. Love you a lot and pray to Allah SWT to give you the ability to do more in life. Congratulations on your graduation.”
Sebagai emak, saya banyak nasihatkan Adam. Alhamdulillah, dia anak yang ikut cakap. Balik dari universiti pun, dia akan terus masuk bilik dan buat hal dia sendiri.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, dia akan maklumkan kepada saya dulu dan jenis yang suka bercerita tentang aktivitinya kepada kami berdua.
Tapi biasalah, anak lelaki pasti ada sikap degil dan nakal. Paling penting jangan terlalu mengongkong anak,” terang Datin Arianie sambil mengakui kerap mengingatkan Adam tentang masa depan dan bijak mengatur hala tuju hidup.
Kini, Adam Eiman merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang pernah memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi anugerah Album Terbaik album penyanyi Yonnyboii berjudul Deluxe Version.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!