Sememangnya usia mempengaruhi tahap kematangan individu. Tidak terkecuali selebriti popular Indonesia, Luna Maya. Sebagai public figure, aktres ini sudah lali merasai kemewahan hidup glamor namun realitinya Luna kini lebih selesa hidup sederhana.
Menerusi wawancaranya bersama YouTuber terkenal negara seberang, Boy William yang bertandang ke kediaman Luna, jelitawan ini mengakui gemar menghabiskan masa di rumah jika tidak terlibat dengan apa-apa jadual seni.
Meskipun berstatus selebriti kelas A di negara kelahirannya dan mampu menghuni kediaman lebih besar namun aktres ini memilih untuk hidup bersederhana. Yang penting kata Luna, selesa!
Ujar pemilik nama Luna Maya Sugeng ini lagi, rumah berkenaan dibeli dengan harga sekitar RM2.6 juta dan selepas selesai proses ubah suai mengikut kehendak dan cita rasanya serta harga pasaran semasa nilai kediaman ini dipercayai mencecah sehingga lebih RM 7 juta.
Tatkala ditanya mengenai kehidupan Luna sewaktu kecil, selebriti ini lantas membuka bicara. “Saya memang mahu rumah impian yang homey dan cosy. Waktu kecil dulu saya hidup sederhana.
Tak pernah kekurangan tapi bukan lahir dari keluarga yang lavish atau silver spoon. Maksudnya kami sekeluarga juga mampu untuk keluar bercuti ke luar negara.
Memang duit itu penting tapi ia bukanlah nombor satu. Bila berlakunya pandemik (Covid-19) seperti hari ini, saya terfikir jika koleksi-koleksi mewah saya itu boleh jadi cash,
memang saya mahu tukar.It’s nice to have beg mahal-mahal tapi saya dah ada a lot! Apabila sudah berusia seperti ini, beg yang kulitnya buaya sudah tak penting lagi. Mahu ubah pemikiran bahawa less is more dan mahu hidup seadanya. Tak beli baju baru atau sepatu baru.
Pada fasa hidup sekarang, saya mahu ‘kaya’ teman, ‘kaya’ knowledge, ‘kaya’ pengalaman dan berkat. Apa guna berhabisan untuk nampak sesuatu yang kelihatan grand dan kaya serta barang super mahal tapi kalau jiwa dan hati kita kosong?” tegasnya.
Dari apa yang diperkatakan Luna, pasti ramai memahami bahawa selebriti ini semakin rasa lebih tenang dengan kehidupan yang tidak terlalu menonjol dan mewah. Bagi Luna, dia lebih bahagia apabila dikelilingi insan tersayang, harta yang diberkati dan pengetahuan berguna.
Jika dihitung kekayaan milik Luna, sudah tentu dia mampu memiliki lebih daripada apa yang dinikmati sekarang namun wanita cantik ini memilih untuk bersederhana kerana sudah puas dengan segala yang dimiliki sebelum ini.
Luna kini berusia 40 tahun dan selain aktif dengan karier seni, dia juga merupakan pengasas jenama kecantikan NAMA yang diasaskan pada tahun 2019.
This website uses cookies.