Umum mengetahui pelakon versatil Nad Zainal dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Putri akibat komplikasi penyakit sejak minggu lalu akibat pendarahan di paru-parunya.
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap rakan baiknya yang turut berlakon bersama dalam drama siri Dendam Seorang Isteri, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk pelakon terbabit bersama kenalan dan rakan artis lain yang berlangsung di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
View this post on Instagram
Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu turut dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal. Menurut Fasha, dia tidak sangka ramai yang hadir dan mendoakan agar Nad kembali sembuh. Selain Fasha, pengarah, Shahrulezad turut meluahkan rasa terharu sebaik sahaja melihat ramai orang datang ke majlis tersebut.
Dan pada masa yang sama, Pengarah terkemuka, Shahrulezad Mohameddin berkata, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon tersebut.
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, Shahrulezad turut mengajak peminat dan rakan artis yang lain menghebah dan menviralkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.
NONA mendoakan Nad Zainal kembali sembuh hendaknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***