Fesyen

Fesyen ‘Lapar Perhatian’ Hukumnya Haram, Teguran Padu DR KAMILIN JAMILIN Buat Ramai Tersentak!

Menyarung pakaian pelik yang mengundang perhatian ramai tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Islam. Itu teguran padu Dr Kamilin Jamilin pada sesetengah artis yang berpakaian menonjol dan lari dari kebiasaaan walaupun tertutup auratnya.

Nasihat Dr Kamilin Jamilin itu disampaikan berikutan terdapat segelintir selebriti wanita yang tampil dengan gaya unik dan di luar kotak pada acara-acara anugerah, kononnya atas niat seni tidak sewajarnya terjadi, malah boleh mendedahkan mereka kepada perbuatan yang mendatangkan dosa.

Dr Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pendakwah serta pensyarah di Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah USIM berkongsikan pendapatnya di laman sosialnya memberitahu, pakaian sedemikian dilarang dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan sifat riyak perasaan lebih hebat dari orang lain.

@drkamilinjamilin 🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian “Syuhrah” (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

“Pemakaian begini salah dan dilarang dalam Islam walaupun tidak mendedahkan aurat namun ia termasuk dalam kategori Libas Al Syurah iaitu pelik dan mengundang perhatian, malah ia boleh jadi pembaziran,” jelasnya.

Tambah Dr Kamilin, apabila seseorang itu terbiasa berpakaian demi undang perhatian, lebih susah untuk menjaga hati. Dalam pada itu, Kamilin meminta selebriti wanita dan umum berhati-hati kerana tindakan itu mampu memberi impak besar kepada seseorang termasuk menghalang mereka daripada masuk ke dalam syurga.

Sementara itu, menjengah ke ruang komen video tersebut, penyanyi Aina Abdul dikaitkan memandangkan pada malam Jumaat lalu penyanyi berkenaan muncul dengan gaya luar fesyen ‘blazer gergasi’ pada acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman juga pernah membuat teguran tentang isu artis berpakaian dan berfesyen pelik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian yang pelik mengundang perhatian ramai (viral), pada hari kiamat ALLAH akan dipakaikan dia dengan pakaian yang sama, kemudian dimarakkan api neraka padanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud – sanad hasan)

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share