Anak Presiden Indonesia Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Erina Gudono dalam majlis yang diadakan penuh meriah, Jumaat lalu. Presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar upacara bersiram pasangan muda itu yang menjadi adat masyarakat tempatan di Instagram (IG) miliknya.
Anak Presiden Indonesia Joko Widodo adalah graduan lulusan ACS International di Singapura dan memiliki kelab bola sepak Liga 2, Persis Solo bersama ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir. Kaesang anak bongsu Jokowi yang berusia 27 tahun itu adalah YouTuber.
Namun siapakah menantu Jokowi ini? Ini dia beberapa fakta menarik tentang Erina yang rupanya bukan calang-calangan wanita jelita yang berjaya mencuri hati putera bongsu Jokowi ini.
1-Finalis Putri Indonesia 2022
Wanita yang bernama penuh Erina Sofia Gudono ini ternyata sudah dikenali ramai sebelum kisah cintanya dengan Kaesang Pangarep didedahkan kepada umum. Terdahulu Erina ialah finalis Miss Indonesia 2022 mewakili Jogjakarta. Dalam pertandingan ratu cantik itu, beliau berjaya menduduki senarai 11 tangga teratas.
2. Graduan dari universiti ternama
Erina dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 11 Disember 1996. Menurut profil Erina Gudono di laman web Puteri Indonesia, beliau merupakan graduan jurusan Pengurusan Kewangan dan kini sedang menyambung pengajian Pentadbiran Awam peringkat sarjana di Columbia University pada tahun 2021.
3. Berasal dari keluarga ternama
Bakal menantu terakhir Jokowi itu berasal daripada keluarga yang disegani. Erina adalah anak kepada Allahyarham Profesor Dr Mohammad Gudono dan Dr Sofiatun Gudono. Bapa Erina merupakan ahli akademik dan pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Gadjah Mada sebelum meninggal dunia pada 22 Julai 2016.
4. Meraih pelbagai gelaran
Selain memiliki pencapaian pendidikan yang membanggakan, Erina juga meraih pelbagai gelaran termasuk Eureca Runner Up Business Plan Competition pada 2017, finalis Dimas Diajeng Sleman Daerah Istimewa Jogjakarta pada tahun 2018 dan Puteri Indonesia 2022.
Ads
5. Bekerja sebagai penganalisis
Erina Gudono memulai kariernya secara profesional pada 2020 di Bank Indonesia sebagai Assistant Manager Apprenticeship. Ketika ini, beliau dikhabarkan bertugas di JP Morgan sebagai penganalisis.
6. Aktif kegiatan sosial
Ads
Wanita jelita berusia 26 tahun itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial. Antaranya pernah bergabung dengan Harapan Fian Jogjakarta, Komuniti Sekolah Marginal yang terlibat dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan dan kesihatan untuk golongan terpinggir. Selain itu Erina juga aktif dalam pertubuhan Takesbook Indonesia yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak miskin.
7. Ibu mempunyai butik ternama
Sofiatul ibu kepada Erina Gudono membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian suaminya dengan membuka butik fesyen yang diceburi dan ternama di sana.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Serein Tamimi, wanita berketurunan Palestin-Amerika ini berjaya mengulangi kejayaan wanita-wanita Islam di seluruh dunia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting di negara asing. Selepas Ilhan Omar dan Rashida Tlaib dilantik sebagai anggota kongres di Amerika Syarikat… Naila Hassan pula mencipta sejarah tersendiri di New Zealand apabila dilantik menjadi Supritendan Polis di sana.
Dan kali ini skrip sama turut ‘ditulis’ Serein Tamimi… wanita berusia 22 tahun yang berjaya menamatkan kursus kepolisan selama enam bulan yang merangkumi ketahanan mental kecergasan fizikal masing-masing. Daripada enam pelatih terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki yang mengikuti kursus berkenaan, hanya tiga sahaja berjaya.
Bersandarkan keputusan cemerlang yang diraih sepanjang sesi tersebut, kini Tamimi bergelar pegawai polis di Paterson, sebuah kota di Fillmore County, Minnesota, Amerika Syarikat (AS). Selain Tamimi, dua lagi polis wanita yang mengangkat sumpah sebagai pegawai polis di Paterson pada 11 Jun lalu ialah Yeniry Medina dan Gabriela Toribio.
Memetik laporan Northjersey.com, Tamimi datang ke AS ketika dia berusia kurang daripada setahun dan mengikuti persekolahan menengah di sana sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang keadilan di Montclair State University. Yang pasti, Tamimi mempunyai latar belakang akademik yang baik dan cemerlang.
Sebaik mengangkat sumpah pelantikan jawatan menjadikan dia polis wanita pertama di Paterson yang memakai hijab. Atas kepercayaan yang diberikan, wanita hebat ini mahu menjadi sumber inspirasi dan contoh terbaik khususnya dalam kalangan generasi muda Muslim agar mengejar impian. Selain mahu mengubah persepsi penduduk di Paterson tentang Islam dan Muslim.
“Saya mahu berada bersama komuniti di sini dalam apa jua keadaan sekalipun dan sentiasa ada di samping masyarakat dan ingin mereka tahu jika memerlukan sesuatu, mereka boleh terus bertanya kepada saya.
Dalam masa sama, saya mahu tunjuk kepada masyarakat yang orang Muslim tidak seteruk seperti yang digambarkan di media. Kami adalah orang-orang yang ramah, kami gembira dengan apa yang kami lakukan dan kami ada untuk komuniti,” katanya.
Terdapat lebih 400 anggota polis di Paterson dan 57 daripadanya adalah kaum wanita. Menurut Ketua Polis, Troy Oswald… beliau nyata bangga dengan pencapaian tiga pegawai wanita muda tersebut yang salah seorangnya ialah wanita Palestin-Amerika pertama yang mengenakan hijab. Pun begitu, Oswald enggan menjadikan ia focus utama sebaliknya lebih komited menjaga keamanan di Paterson.
“Ini bukan tentang apa yang kita pakai. Ini juga bukan tentang agama yang dipraktikkan. Ini tentang kemampuan untuk berkomunikasi dan memperlakukan semua orang secara adil,” ucapnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar dah masuk 20 tahun usia perkahwinan Mark Adam dan isteri. Wow, dah lebih sedekad rupanya!
Untuk rekod, Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.
Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.
Isteri Mark Adam iaitu Norazah Redzuan atau dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre bersyukur dengan kebahagiaan serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat mereka selama hampir 20 tahun bergelar suami isteri.
Memetik perkongsian isteri Mark Adam yang pernah dimuat naik di Instagramnya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka tahun lalu: –
“Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan menunaikan segala tangungjawab yang telah diamanahkan olehNya…tanggungjawab sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat, sebagai seorang Isteri dan juga seorang anak.”
Norazah turut meluahkan bahawa banyak ujian yang perlu ditempuh sepanjang mereka membina kebahagiaan bersama.
“Lebih sedekad, semestinya dalam melangkah terkadang diuji dengan ujian yang kadang terasa berat, hingga kadang terduduk dan menangis, ketawa dan gembira bersama.
“Peritnya setiap ujian itu hanya Allah yang tahu dan faham. Allah menguji setiap orang berbeza-beza ujiannya.
“Syukur Alhamdulillah That we had to make this relationship last and more stronger. We still have a lot of struggles to encounter but I know we can surpass anything as long as we are willing and choosing to love each other.
“Syukur Ya Allah for the opportunity till to this level. Semoga Allah melindungi perkahwinan kita ini hingga ke Jannah Insyaallah..”
NONA mendoakan agar Mark Adam dan isteri kekal bahagia selamanya sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memahami impian ramai wanita yang mendambakan kulit wajah cerah, sihat dan sempurna, NOIR memperkenalkan formulasi terbaharu dalam rangkaian
penjagaan kulit wajah terkini dikenali sebagai WHITE SERIES.
NOIR WHITE SERIES mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita
untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan
keserian wajah.
Rangkaian terbaharu WHITE SERIES ini telah dilancarkan oleh pengasas NOIR, Madammu sambil disaksikan oleh 150 hadirin terpilih terdiri daripada usahawan NOIR dari seluruh negara. Meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, kejelitaan Madammu tetap menyerlah tatkala memperkenalkan rangkaian produk terbaharu NOIR itu.
Menurut Madammu yang ditemui ketika pelancaran tersebut berkata rangkaian WHITE SERIES diperkaya dengan formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak Kakadu plum dan Chamomile.
“Lebih istimewa lagi, ekstrak Kakadu premium yang terkandung di dalam set penjagaan kulit wajah ini berasal dari Australia Barat. Ekstrak Kakadu plum atau nama saintifiknya, Termonalia Ferdinandiana adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buahan lain.
Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi,”ujarnya yang turut berkongsi mengalami masalah jeragat di tubuh ketika hamil tetapi masalah ini tidak melibatkan bahagian wajahnya sekaligus memperlihatkan keberkesanan produk WHITE SERIES yang telah digunakan sejak setahun yang lalu.
Set lengkap penjagaan wajah White Series terdiri daripada Pencuci Wajah, Face Toner, Serum dan Face Cream ini turut mengandungi Niacinamide dan Arbutin. Kombinasi kandungan premium produk ini mampu menjadikan kulit wajah tampak lebih sihat dan cerah secara sempurna 10 kali lebih efektif.
Sebagai salah satu pemain industri kecantikan utama di Malaysia, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd sentiasa peka dengan teknologi kecantikan semasa yang sentiasa berkembang pesat untuk memenuhi kehendak kecantikan dan kesejahteraan para wanita.
NOIR sentiasa berusaha untuk memberi dimensi baharu dalam penghasilan rangkaian produk kecantikan yang bermutu tinggi, premium dan halal sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Pada majlis tersebut juga para usahawan NOIR diraikan dengan pelbagai barangan istimewa termasuklah pemberian beg kosmetik secara percuma serta barangan kemas bagi anugerah pakaian terbaik.
Kesemua produk terbaharu White Series ini boleh didapati secara atas talian di laman web www.noirbeautyworld.com atau melalui usahawan NOIR di kawasan berhampiran anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...