Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 43 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
Ads
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Ads
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Ads
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Makin cantik berseri-seri wajah Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Pesona dan aura puteri diraja Pahang ini ketika hadir pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim nyata mencuri perhatian khalayak.
Penampilan Tengku Puteri Afzan dalam persalinan kurung hitam yang lengkap berhijab rona sedondon menyerlahkan lagi seri wajah anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ditambah pula solekan cantik oleh makeup artist popular, Rozlan Nassir yang natural sekaligus menyerlahkan kejelitaan semula jadi jelitawan ini. Apatah lagi puteri diraja Pahang berkenaan memiliki kulit wajah mulus dan licin.
Sejak Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lalu, momen dan gambar Tengku Puteri Afzan bertebaran di media sosial. Rata-rata warga maya memuji keanggunan beliau.
Bakal menginjak usia 24 tahun pada 11 September depan, beliau merupakan pasangan kembar kepada YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kedua-duanya disifatkan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Puteri berusia 24 tahun ini ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Kata orang, life begins at 40! Jika usia anda sudah melangkah ke fasa 4 series, ini masanya untuk melipat gandakan usaha menentang penuaan sebelum masanya.
Lihat sahaja selebriti terkenal dalam dan luar negara seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Jennifer Aniston serta ramai lagi, mereka masih kelihatan anggun biarpun usia sudah mencecah 40 tahun. Ayuh tiru rahsia muda mereka di bawah.
(a) Teliti Perubahan Kulit
Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda.
Solekan disertai teknik kontur akan menjadikan wajah nampak muda. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau false depth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah.
TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak memanipulasi teknik solekan.
(b) Pencuci Wajah Anti Penuaan
Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Gunakan pencuci wajah anti penuaan yang kaya dengan nutrien kerana rejim bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada ia semakin mengeringkan atau melembap kulit.
(c) Biarkan Kening Menebal
JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang menyebabkan jarak di antara bulu kening. Hasilnya ia menjadi semakin nipis, halus atau tidak tumbuh dengan sihat. Kening yang terlalu nipis membuatkan wajah berusia.
(d) Gunakan Krim Malam Bernutrien
Pada usia 40-an, fiber kolagen mengental dan memberi kesan kedut pada wajah.
Kuncinya, gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.
JANGAN singkatkan pemikiran dengan hanya berpendapat hanya pembedahan plastik mampu menutup kulit wajah yang semakin tua.
(e) Minum Air Suam & Teh Hijau
Ia melancarkan peredaran darah dan melembutkan kulit.
Jadikan facial menggunakan bahan semula jadi sebagai rejim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dari China, Li BingBing yang cukup terkenal filem-filem lakonannya termasuk Seventeen Years, dan sejak itu, beliau terus menjadi antara ikon cinema terkenal China menerusi beberapa filem lakonannya termasuk A World Without Thieves (2004), Waiting Alone (2005), The Knot (2006), The Forbidden Kingdom (2008), The Message (2009) dan banyak lagi.
Selain dari bakatnya, Li Bingbing juga seorang wanita yang cukup jelita, malah cukup menjaga penampilannya. Ibarat satu kemestian bagi memastikan tubuhnya sentiasa di fasa yang memuaskan, baru-baru ini Li Bingbing yang kini berumur 49 tahun mendedahkan salah satu rahsianya untuk mendapatkan tubuh idaman yang tidak semua tahu.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana Li Bingbing dapat mengekalkan kecergasan tubuh badannya di usia nya kini, menerusi video dikongsikan oleh Douyin, bintang China berkongsikan rahsia diet tertentu yang diamalkan secara konsisten dan tetap. Dalam video itu, Li Bingbing mengatakan yang dia akan memakan sayur-sayuran yang direbus dalam air panas, tiga kali sehari setiap hari.
“Anda hanya perlu merebus air masak dan anda boleh nikmatinya bila-bila. Saya rasa ini adalah cara permakanan yang paling sihat. Ia membantu mengekalkan bentuk badan anda. Saya rasa ia sangat sedap kerana anda boleh merasai rasa asli sayur-sayuran itu,” kata bintang yang pernah muncul dalam filem Hollywood seperti Transformers: Age Of Extinction dan The Meg itu.
Apabila pembantunya bertanya bagaimana Li Bingbing boleh menjamah makanan tanpa secubit garam, Li Bingbing menjawab dengan ringkas “Saya makan dengan fikiran saya.” Jadi, persoalaannya, adakah anda sanggup untuk makan sayuran rebus setiap hari demi tubuh idaman?
Sumber: The Star
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...