Akur dengan ketentuan Ilahi bukan bermakna usahawan kosmetik ini tidak mahu mengalah dengan perjalanan hidupnya. Kini Joy Revfa terus bangkit serta fokus bisnes dan anak sahaja.

Ads

Dua kali gagal perkahwinan dan pernah putus tunang Joy Revfa percaya bahawa setiap ujian pasti terselit sebuah hikmah.

Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa

Bukan masa untuk meratapi nasib wanita yang mempunyai nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin ini terus bangkit demi anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia tujuh tahun.

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.

Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa
Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa

Saya terus bangkit dan segera move on demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” kata pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini.

Wujud istilah serik untuk berkahwin lagi? “Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.

Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa
Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa

Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

Ads

Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah…saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” kata usahawan berjaya yang kini fokus bisnes dan anak sahaja.

Tiada masa untuk merenung masa lalu, Joy Revfa terus bangkit membina empayar niaganya. Baharu sahaja melancarkan gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 keluaran syarikatnya.

Ads
Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa
Fokus Bisnes Dan Anak, Kini JOY REVFA Tak Menang Tangan
Foto: Koleksi Peribadi Joy Revfa

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik.

“Bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.

Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” kata Joy Revfa penuh semangat dan kini tak menang tangan menguruskan perniagaannya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI