Kejelitaan yang dimiliki oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah mencuri tumpuan kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Ramai yang menyifatkan kejelitaan milik Puteri Kerabat Diraja Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh bondanya, Azrinaz Mazhar Hakim.
Perkongsian foto terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah melalui @bruneiroyalfamily
mendapat pujian dari KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Instagramnya @airtangan_tunkuazizah_l.fKedua-dua cahaya matanya iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Bekas personaliti televisyen ini telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Kini Azrinaz Mazhar Hakim telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya. Azrinaz Mazhar Hakim juga sedang hamil anak keempatnya dan usia kandungan memasuki 7 bulan.
YTM Puteri Ameerah Bolkiah yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu telah pun berusia 13 tahun pada tahun ini. Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).
This website uses cookies.