Pesona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor sudah mula menyerlah ketika baginda masih bertugas sebagai Penyampai Berita lagi. Kecantikan wajah dan butir bicara yang jelas tatkala menyampaikan berita membuatkan penonton tidak jemu dan terus ‘melekat’ di kaca televisyen.
Ads
Tidak hairanlah, Tengku Permaisuri Norashikin berjaya menggondol Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 kerana bakat yang dimiliki. Lahir sebagai seorang rakyat jelata, kompas hidup Tengku Permaisuri Norashikin berubah sepenuhnya apabila baginda berkahwin dengan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada penghujung bulan Ogos 2016.
Kini selepas lebih tiga tahun bergelar DYMM Tengku Permaisuri Selangor, baginda akhirnya berkenan berkongsi sisi peribadi kepada umum menerusi naskhah ‘My First Year Journey – From TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor – An Anecdotal Experience’. Buku eksklusif cetakan terhad ini baru sahaja dilancarkan pada 16 Disember lalu di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis pelancaran buku berkenaan.
Menariknya, buku ini memuatkan gambar-gambar eksklusif baginda yang belum pernah disiarkan sebelum ini dan buku ‘My First Year Journey’ ditulis oleh kakak DYMM Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Yang Berbahagia Datin Dr Norely Abdul Rahman.
Pada majlis pelancaran, Tengku Permaisuri Selangor bertitah, “Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas majlis pelancaran buku pada petang yang berbahagia ini. Sesungguhnya saya berasa amat berbesar hati dan teruja dengan penerbitan buku “My First Year Journey” ini walaupun pada masa sama perasaan saya bercampur baur dan kadangkala berbelah-bahagi, apatah lagi saya seorang yang tidak gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dan peribadi saya sejak dahulu lagi.
Jadi penerbitan buku ini sebenarnya mengambil masa yang agak lama kerana setiap kali ditanya oleh penulis buku ini iaitu kakak saya sendiri, Yang Berbahagia Datin Dr. Norely Abdul Rahman, saya seringkali menangguhkan permintaan beliau itu. Oleh kerana saya juga seorang yang teliti, jadi saya mahu setiap penceritaan itu ditulis secara terperinci tanpa ditokok tambah dan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Alhamdulillah selepas hampir 3 tahun buku ini berjaya disiapkan.
Ads
Buku ini sebenarnya bertujuan untuk berkongsi pengalaman saya menempuhi pelbagai pengalaman baharu buat pertama kali, khususnya membabitkan protokol istana dan adat istiadat di dalam Balairung Seri. Namun lebih menarik, tujuan saya adalah untuk turut membawa pembaca merasai pengalaman yang saya lalui dan memperoleh pengetahuan baharu mengenai adat istiadat, bahasa istana dan susur galur sejarah Kesultanan Selangor.
Saya juga amat terharu dan berbesar hati dengan sokongan dan input yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan khususnya yang membabitkan hal-hal berkaitan adat istiadat istana. Menjunjung kasih Tuanku.
Life is about learning. I am happy to share with everybody the learning curve that I had to go through, while settling in this new role of mine. This book is intended to spread positivity and to emphasize that I am only human and in no way, shape or form, perfect. I hope this book will be well received by everyone and I am happy to announce that part of the proceeds from the sales of this book will go to the charity that is closest to my heart, SPCA Selangor.”
Buku kisah perjalanan hidup Tengku Permaisuri Norashikin, seorang Permaisuri yang lahirnya sebagai seorang rakyat jelata adalah sebuah naskhah yang pastinya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca. Buku ini berharga RM160 senaskhah dan sebahagian hasil jualan daripada buku ini akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan kepada SPCA Selangor.
Sumber: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun Ayu Raudhah dan suami sudah pun mempunyai tiga orang anak sebelum ini, namun pengalaman melahirkan cahaya mata keempat pada 14 Februari lepas nyata mengundang 1001 perasaan bagi ibu muda ini. Mana tidaknya, jika sebelum ini proses kelahiran anak-anak mendapat bantuan epidural untuk tahan sakit… kali ini, Ayu bersyukur kerana diberi nikmat sakit bersalin semula jadi tanpa epidural.
Kongsi adik perempuan Rozita Che Wan ini, “Syukur Ayu telah selamat melahirkan anak ke-4.. it’s a boy! Alhamdulillah… setiap anak ada rezekinya dan pengalaman setiap anak lain-lain. Rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat doktor nak sambut.
Kali ni betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban, dan contraction. Bukaan 3 cm – 10 cm 1 jam lebih je. Maybe dah anak ke-4. Sebelum ni baby girl memanglah senang, sebelum tu 2 boys dengan epidurals so tak sempat nak rasa sakit. Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh ambil epidural, dia tak sanggup tengok Ayu sakit.
Kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experience bersalin betul-betul, sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap bersama orang tersayang. Suami dan mama bergilir-gilir dekat labour room.”
Sambil menegaskan tidak pernah merancang soal anak, isteri Zaquan Adha ini sedia menerima rezeki anak dari Allah dengan tangan terbuka. Memasuki usia lebih seminggu, anak keempat Zaquan dan Ayu diberi nama yang cukup indah iaitu Muhammad Aisy Al Khaliq.
Sementara itu, menerusi posting Zaquan pula… kembar kepada Aidil Zafuan ini berkesempatan mendedahkan maksud tersirat nama anaknya. “Alhamdulillah, baby dah cukur rambut. MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA. Muhammad – Yang terpuji, dirahmati.. Aisy – Mewah, kaya-raya, kemakmuran hidup.. Al Khaliq – Pencipta (Asma Ul Husna).”
Zaquan dan Ayu sah bergelar suami isteri pada tahun 2011. Hasil perkahwinan yang dibina, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Kredit: Instagram Ayu Raudhah & Zaquan Adha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Putri N. Rex jenama tudung lokal dari Malaysia menjanjikan keselesaan, material berkualiti tinggi serta hasil kerja terbaik pada harga yang berpatutan. Diasaskan oleh seorang wanita berhijab yang penuh semangat, Putri Rex, jenama ini telah berada di pasaran selama lebih 5 tahun.
Kerjasama dan kolaborasi ini adalah peluang terbaik di mana melihat kepada situasi semasa ia bersesuaian dengan tagline“Embracing Sillaturrahim”. Putri dan Yuna telah berkawan baik sejak di usia muda dan mereka berhubung secara maya sejak Yuna berhijrah ke Los Angeles, sebagai mengukuhkan ikatan silaturrahim.
“Walaupun kolaborasi ini memakan masa yang lama, tetapi prosesnya sangat mengujakan. Kami berharap semua orang kekal selamat sepanjang pandemik ini dan menggayakan hijab kami sepanjang sambutan Aidilfitri nanti, begitu juga ketika hari-hari biasa. Sambutan Aidilfitri tentu sekali menyatukan mereka yang sudah lama tidak bersua terutamanya sanak saudara di kampung mahupun yang berjauhan.”
Embracing Silaturahim dalam konteks ini bersesuaian dengan misi kami untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan setia, membina kepercayaan dengan pelanggan seluruh dunia serta dari seorang wanita kepada wanita yang lain.
Kolaborasi ini istimewa buat para pelanggan setia Putri N. Rex serta peminat Yuna seluruh dunia. Selain itu, istimewanya lagi kolaborasi ini ialah untuk mereka yang sedang dalam proses untuk berhijab.
Koleksi Grace Easy Hijab menjadi koleksi paling laris kami dan kini koleksi Yuna tampil dengan edisi semi-instant shawl dilengkapi dengan inner, dengan variasi 10 warna berharga RM98 setiap satu. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba koleksi ini yang merupakan gaya kegemaran Yuna!
KENAPA PILIH YUNA?
Yuna adalah antara ikon fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain. We like her for who she is. Karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata kami.
Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana. Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis.
Untuk info lanjut layari www.putrinrex.com atau kunjungi stor fizikal di Isetan, KLCC.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...